Friday, June 19, 2015

335 Roti Gebu + Buttons & Bows

Friday, June 19, 2015
Assalamualaikum..


Hari ni dah hari kedua puasa. Yeay. Bangun sahur ok lagi setakat ni. Bangun2 makan2 terus siap2 pergi kerja. Tapi bab mata memang ngantuk ya amat. Hahaha. Tu yang malam tidow kena awal2. Semalam buka rasa best sebab buka ramai dengan abg & kakak2. Budak kecik Affan pun ada jugak. Tapi cun2 orang nak buka, bunyi je Azan, terus Affan melalak2 cam apa, padahal dia ngantuk je. Sian mummy dia nak makan kena makan laju2. Hahaha.


Hari ni segmen Food Lover. Bukan cerita lauk buka semalam sebab tak amik gambar. Monopod hilanggggg. Stress iolls nak cari monopod iolls. Aduh mana hilangggggg ntah. Tapi nak cerita pasal roti gebu2 beli kat kedai cina hari tu. Jap, walaupun beli kedai cina tapi ni halalan toyyiban punya. Hehe. Masa hari tu balik kg, abg cakap dia lapar. Dia tanya nak tak makan roti kedai apek tepi sungai tu. Aku apa lagi, mestilah kata nak. Perghhhh roti ni lembut selembut lembutnya. Inti kaya. Sampai sekarang yang tengah puasa ni pun teringat2 lagi roti gebu2 tu. Hahaha


 
ni la roti gebu tu. masa beli tu masih panas2 lagi.
fokus kt roti gebu yang tengah aku makan tu. hahaha




Haaa pastu nak cite pasal kibbles kucing kite pulak. Dulu2 Boro makan Prodiet je. Tapi bila kucing akak stay sekali, tu yang tukar makanan lain. Sebab kalau hidang Prodiet dengan Buttons & Bows, budak2 ni mesti makan Prodiet. Habis la makanan Boro sebab Boro bukan pemakan. Toleh2 dah habis dah. Matilanakkkk. Jadi decide tukar makanan Boro ke Buttons & Bows jugak, senang. Boleh kongsi2 makan kan. Hari tu beli sekaligus 18kg. Tahan dalam 2 bulan untuk 3 ekor kucing. Bolehhhh la nak maintain. Masuk2 kan dalam bekas tutup merah camni. Terima kasih angkatkan guni yang berat tu. Hehehe

rezeki anak kucing, ada 11 botol makanan + 1 botol makanan utk straycats



Seronoknyeee diorang tidow2 tu. Boro tu duk dalam bakul tu berjam2. Tak kejang agaknye. Hahaha.  Selamat Berpuasa semua!

ok bye!
eimanhikmah


1 comment:

Nurzakiah Hanum said...

assalamualaikum
singgah pagi jumaat
comelnya miow