Tuesday, June 16, 2015

330 Short Vacay : Cameron Highlands

Tuesday, June 16, 2015
Assalamualaikum..


Hari ni mood rasa berbelah bagi. Ahh lantak lah. Aku malas betul nak layan perasaan ni, bukan ada yang kisah pun. Huhuhu.


Aku nak cerita pasal aku bershort vacay ke Cameron Highlands hari tu. Aku apply cuti untuk besday aku, sekali dapat dengan off day pastu aku dapat cuti panjang. Rugi pulak kalau tak pergi mana2. Huhu. Aku terus whatapps member aku yang cuti sama, jom pergi Cameron, dia on, terus malam tu dia booked hotel. Kawan aku booked hotel Copthorne kat Brinchang, betul2 sebelah pasar tani.


Hotel best jugak. View pun farm2 kt bawah tu. Boleh laaa nak fefeling Korea kt situ. Aku je lah yang selfie2 kat tepi tingkat sebab kalau ada balkoni cam best sikit. Time aku pergi sana, jalan sikit jem kat atas tu sebab ramai orang datang time cuti sekolah. Tujuan utama aku nak ke sana sebab aku mengidam strawberry  sundae jek. Hahaha. Gigih betul.

ni view dari hotel Copthorne tu. kalau tak silap,aku pernah stay hotel ni 20 tahun lepas. Epic betul. hahaha. kabus2 tu memang cantik ahhhhh. nyaman je rasa.
sedap betul maggi time sejuk2 kt sini, aku teringat masa 5 tahun lepas aku pergi sini rombongan dari sarawak, memang terangkat ahhh makan maggi time sejuk2..hehehe
Aktiviti pagi2 aku terus serbu pasar tani sebelah hotel ni, pergi jalan kaki je sebab dekat sgt. masa mula2 sampai pasar tani, penjual baru je nak bukak pasar, aku terus pergi kedai belakang sekali, pilih2 sayur, aku toleh je terus ramai org serbu pasar ni. hahaha
iolls suka sangat kat bunga2 cantik2 tapi taknak beli sendiri. hehehe. jadi aku amik bau je, sebab tau kalau turun bawah nti mesti layu. tapi bunga carnation tu mmg menggugat jiwa ahhhh
hasil tangkapan kat pasar tani. aku shopping sayur, jagung, keledek dengan stroberry.hehe
ni aktiviti malam masa sampai tu. sampai agak lambat dalam kul 5 ptg sebab jalan naik jem sebab ada kete slow sgt. sabar je la. sejuk2 makan tomyam panas pedassss memang meleleh dibuatnya. pas makan, jalan2 sikit, kitorang terus balik hotel sebab nak tidow, penat

comel sangat kaktus ni,kalau perasan, kaktus2 cmni lah yang Rizalman buat bunga utk Fiqa kat Pelamin Fantasia, kerlasss sgt

jalan2 dengan Ateng kat taman stroberry dengan salad. hahaha

selfie kt sini. sama jugak 5 tahun pun sibuk selfie kt sini. besar giler kaktus tu

segar sangat salad2 ni. aku rasa macam nak ngappppp je

selfie lagi. sayur belakang aku tu idok la aku tau pokok apa. hahaha

yeayyyyy dapat stroberry sundae. mengidam sangat time ni. dapat je aku terus ngap2. stroberry kt bawah tu masammmm gilerrrrr

peaceeeeeee

 duta big red stroberry farm. hahaha


mungeee cantikkkkk. mampu selfie je,hahaha

atas tu pokok anggur
kaktus comeyyyy

bye2 cameron highland, see u next time



Lepas puas berjalan dalam farm ni, perut dah kenyang, kitorang pun turun dari sini. Memang tak beriya nak pergi ladang teh ke bee farm ke sebab nak jalan rileks2 je. Lagipun aku dah puas berjalan kat sini masa dulu. Dah dapat apa yang mengidam dah la kan. Hehehe.



masa nak turun, ateng nak singgah kedai rotan tepi jalan. view tepi jalan sana cantikkkk. MasyaAllah.
sendiri selfie, sendiri tak ready. hahaha. ateng tengah shopping barang rotan kat belakang..iolss is tak minat barang2 cenggini. hahaha
cantik2 barang2 rotan ni. last2 ateng amik mangkuk rotan bertingkat2 utk letak bawang




Selamat sampai KL dalam kul 7malam sebab malam tu ada dinner pulaksss. Hiks. Busy bebenorkan. Short vacay sangat sebab pergi 1 malam je. Dapatlah iolls fefeling korea kat sini. Hahaha. 



ok bye!
eimanhikmah

No comments: