Friday, June 5, 2015

322 Selamat Bertunang akak aku!

Friday, June 5, 2015
Assalamualaikum..


Aku nak cerita pasal akak aku tunang lah. Just a simple ceremony. Sebab belah lelaki pun datang 5 orang je. Family diorang kecik. Tapi kitorang terima seadanya je. Alhamdulillah majlis settle dengan meriahnya. Takde pulak orang datang minang aku sekali. Huahuhuahuahua. Seronok sebab semua adik beradik, anak buah aku balik kampung sama. Makan sama2, gelak2 sama, dh macam raya dah. Tu baru majlis tunang, belum majlis kahwin lagi. Kalau kahwin tak tau la macam mana meriahnya.


Meh aku tunjuk gambar masa akak tunang. Sikit je, tu pun aku dapat dari wasap group family aku je.

aku dengan akak aku, aku over excited akak aku tunang

patutlah takde orang minang aku sebab aku perangai cam budak2, hahaha
anak buah aku lagi matured dari aku.

with ipar duai & kakak2 aku




Habis je majlis. Kemas2 rumah. Susun balik sofa, lipat carpet2 mak, basuh2 pinggan, kitorang pakat nak minum2 lepak2 tepi laut. Semua pakat minum je sebab perut kenyang giler makan burasak, nasi jagung, kek, kuih masa majlis. Malam tu lepak2 minum2 je. Dah lepas minum2, kitorang pakat nak pergi Dataran Mahkota tepi laut jugak. Selama ni aku tengok lain punya gambar, kali ni aku pulak yang excited bergambar kat situ. Hehehe.



 

lepak2 minum kat TOP POP Restaurant
ada live band kat sini, aku duk layan mamat tu nyanyi
abg ipar aku cakap, drummer band ni Amy XPDC
aku ohhh je

kat sini tempat yang ditunggu2, orang Pontian kalau tak bergambar kat sini, sila jangan mengaku orang Pontian
hehehe
Balik rumah, semua orang terbongkang tidow sebab dah kepenatan. Memang kaki rasa tak jejak tanah. Esok bangun pagi2, setel kan lagi kemas rumah, kemas barang2 bagai. Aku siap beli katil baru lagi, kemas bilik pulak. Penat tapi aku puas hati.

ok nak balik rumah dah. Aku dapat balik awal hari ni. Hewhewhew.

ok bye!
eimanhikmah

1 comment:

Zieta Bakar said...

Salam..tahniah..
hai..kalau berminat untuk order katering kawin boleh hubungi saya Rozita dari D Inah Catering di talian 012-2949044..
Palej serendah rm6.90 seorang serta percuma mknn pngntin dan pghntaran ..
tq^_^