Sunday, June 28, 2015

344 Nasi Kerabu Ayam Percik + Melawati Kebab

Sunday, June 28, 2015
Assalamualaikum..


Selamat berpuasa hari ke 11. Hari ni hari ahad tapi aku kena kerjaaaa. Huwaaaa. Tapi nasib baik esok cuti. Persiapan raya aku gitu2 je. Kuih raya tempah, baju raya dah siap awal2 sebelum puasa hari tu lagi. Kasut raya tengah fikir2 nak beli ke tak. Sebab rasa baru je lepas beli bulan lepas. Sebab aku ni kalau beli kasut, kasut tu merangkap kasut kerja. Takde maknenya aku beli heels or wedges pastu nak pakai pergi kerja. Memang idokla. Letih weyhh nak pakai kasut tinggi2 pergi kerja. Aku ni dah la sediakala tinggi besar, kalau pakai heels or wedges nampak cam gergasi. Vavavava.


Hari ni aku tak bawak bekal untuk buka. Rasa malas sgt nak masak apa2. Haha. Office aku ni ada buat buat delivery uollsss. Senang, order online pastu diorang hantar terus ke meja office. Alaa budak office yang buat. Setiap dish yang kite beli kena cas RM0.50 je. Berbaloi sangat. Sebab diorang yang akan turun pergi bazar pastu bawak balik office, terus hantar ke meja pastu tinggal bayar je. Senang sesangat. Hari ni aku order nasi kerabu+ayam percik pastu aku order melawati kebab. Aku berapa hari perati je orang makan kebab melawati tu, aku telan air liur je kan, takleh jadi ni, kena beli jugak ni. Sedap gilerrrr rupanya. Hahaha.


Alhamdulillah, kenyang untuk buka hari ni.

nasi kerabu + ayam percik
aku bukan penggemar makanan orang pantai timur ni tapi bila tengok member makan rasa sedap pulak
hahaha
                       

ni kebab melawati
ni pun beli sebab tengok akak ofis makan, nampak sedap sangat
sekali makan memang sedap

ni la kebab melawati
katenye kalau kt bazar orang ramai giler beratur nak beli



Jap je dah nak 2 minggu puasa. Alhamdullilah.

Ok bye!
eimanhikmah


Saturday, June 27, 2015

343 Mission 10kg : Susut sikit

Saturday, June 27, 2015
Assalamualaikum…


Lemah betul rasa kalau kena kerja hari ni. Uwaaaa nak cuti lama2. Tadi aku bangun tidow pun lambat2, puas golek2 baru aku bangkit dari tilam. Hahaha. Tak senonoh tol.  Dah 10 hari puasa. Mission 10kg aku masih berjalan. Beriya kan aku. Tapi ada gak kantoi berapa hari aku makan nasi. Muahahahaha. Gara2 buka puasa kul 10lebih, aku terus rasa nak makan nasi, lapar gilerr weyhhhh. Hari tu aku ke Tg.Malim. kalau ikutkan boleh dapat sejam je dari KL, tapi aku yang drive terus sesat barat sampai Tg.Karang. Hahaha. Kelakar betul. Balik lalu highway, sejam dah sampai KL semula. Membazir minyak kete aku je, cis!


Tadi aku timbang berat yeayyyy turun sikit. Ada berapa kilo lagi nak kena teruskan ni. Tapi tengok kuih raya tu sedapnyeee la hai. Aku berangan nak buat popia nestum horlick tu. Anak buah aku suka betul. Tapi bila nak buat pun tak tahu lagi. Tunggu aku off day kang aku buat la. Sedap nyeeeeee. Tunggu yek nanti ucu buatkan yek untuk korang. Huhuhu


                   



27/6/2015
Berat : 74.7kg
Tinggi : 162cm
BMI : 28.5
Kategori : Gemuk (Overweight)
Total loss : 2.9kg


ok bye!
eimanhikmah


Friday, June 26, 2015

342 Food Lover : Jemput jemput ayam

Friday, June 26, 2015
Assalamualaikum..


Hari ni aku berbuka puasa kat office.  Murah rezeki hari ni sebab nasi lemak free. Lepas tu aku bawak nugget ayam aku resepi ciptaan sendiri. Tapi tak sure la kalau memang ada resepi ni sebab aku buat sesuka hati aku je. Bila dah buat sekali, rasa sedap pulak. So semalam aku beli ayam kisar sampai 8 keping. First2 dulu2 aku beli jenama Ayamas. Tapi ayam kisar dia cam lembik sangat. Pastu semalam beli jenama Ramly, ayam kisar dia besttttt. Dia gentel2 dengan telur n kobis2 jadi senang nak goreng.

Bahan-bahan:
Ayam kisar
Kobis
Carrot
Telur
Garam
Minyak

Cara-cara:

Kobis dengan carrot potong halus2. Gaul semua sekali dengan ayam kisar pastu letak garam sebagai perasa. Pastu masuk telur jugak. Gentel semua sama sekata. Pastu goreng sampai masak. 

Sedapppppp. Suka pulak aku makan makanan camni. Senang pastu kenyang. Aku makan dari buka, sampai tengah malam ni pun kenyang lagi. 






Hari ni punya la busy, sampai sekarang baru dapat up entry ni. Huhuhu. Sabar je lah.

Sekarang masih di office = ='

ok bye!
eimanhikmah


Thursday, June 25, 2015

341 Thursday Throwback : Chocolate Forest

Thursday, June 25, 2015
Assalamualaikum…


Lama dah aihhh tak bertrowback ni. Tak sempat nak godeh2 gambar2 lama. Hari ni cuti, so godeh2 tab ada gambar masa away day tahun lepas. Lama dah ni baru nak up kat entry. Hehehe. Yeay hari ni dah masuk puasa ke-8. Alhamdulillah. Cun2 pulak hari ni off day kan. Boleh la nak godeh2 blog ni lelama. 

Away day ni tahun lepas lagi. Office yang wat ni, aku tinggal join je. Duk la kt email kata nak pergi chocolate forest, aku ingat nak pergi ladang coklat ke, rupa-rupanya pergi tempat lain. Saje diorang letak nama tempat ni chocolate forest. Sat lagi aku bagitau apa tu chocolate forest. 

masa ni baru2 sampai..rupa-rupanya tempat ni hutan..jalan2 dalam hutan weyhhh
ni la tempat dalam hutan tu, diorang letak kerusi2, frame2 gambar untuk jadikan tempat ni rilex2 gittewww
ada trek dalam ni yang boles mask hutan dalam2 lagi tapi kitorang tak masuk la, serammmm iollsss
pastu diorang tunjuk pokok paling besar dalam hutan ni...
aku memang panjat sampai atas pokok tu nak tengok betapa besar pokok ni tapi memang besar gilerrr weyhhh

Dah habis merayap dalam hutan ni. Kitorang pergi Hotel Sri Malaysia untuk makan dengan solat. Makanan masa trip ni memang berbaloi2. Tapi aku lupa pulak nak tangkap gambar masa ni. Masa tu makan sate tak ingat dunia. Memang sedapppp ahhh. Sampai sekarang terngiang-ngiang sate kt tempat ni time tu. Hahaha. Hari dah nak mendung masa ni. So diorang suh kitorang cepat2 naik bus untuk ke Chocolate Forest. Cun2 nk sampai tempat tu hujan memang lebatttttt gilerrr. So takleh turun bus, kena stay dalam bus. Masa dalam bus, tourist guide bagitau apa tu Chocolate Forest. Aku nak explain tepat2 pun aku dah ingat2 lupa. Hahaha. Alaaa sebenarnya nak bagitau view antara awan dengan kabus dengan titisan air hujan. Camtulah lebih kurang. Sebenarnya saje bagi nama Chocolate Forest. Bagi aku, sebenarnya nak tunjuk kabus je bagi aku. Hahaha. Tapi aku suka la tempat2 cenggini. Fefeling Korea kejap. Ehmm tak habis2 Korea aku, tapi tanah Korea pun tak jejak lagi. Hahaha.


fefeling korea dengan payung belang2 tu. Masa ni hujan renyai2, memang sejuk sangat. Tapi kabus tebal sangat memang tak nampak apa la sebenarnya. 

Sebenarnya aku ada banyak gambar cantik2 time kt sini. Tapi kat camera orang, dah suh wasap tapi takde sampai sekarang. Huuuu sedihhh. Tapi takpe lah. Kite diamkan je. Huhuhu. Dah lepas pergi sini, kitorang ke Tokong Cina pulak.. Cantik tempat ni, bersih je. Oppsss jangan salah sangka, memang tempat sembahyang diorang, tapi kita boleh je nak jalan2 kat situ.

besar gilerr patung belakang tu

dalam ni memang banyak patung2 sembahan diorang

setelah naik tangga yang tinggi tu




tempat ni bersih sangat, memang terjaga tempat ni.
ada tembok sebelah sana, ada pemandangan yang cantik sangat. tapi mana ntah gambar nya. 

Tempat ni dekat je sebenarnya. Kat Genting Highlands. Jalan2 makan2 sampai semula kat ofis dalam kul 7lebih. Aku sampai rumah dalam kul 8 kot cmtu. Bagus arrange benda camni, hilang stress kat ofis kan. Tahun ni tak tau la ada lagi tak away day camni.


ok bye!
eimanhikmah

Wednesday, June 24, 2015

340 Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015

Wednesday, June 24, 2015

Assalamualaikum...




















Ni aku saje2 try. Kot boleh menang ke kan voucher shopping tu boleh belanja mak aku shopping, dia suka naw shopping jubah2 kan. Sekarang koleksi jubah mak aku banyakkkkk dekat 50+++ kottttt. Hahaha


syarat mudah untuk join giveaway adalah seperti berikut :
  • tajuk entry "Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015"
  • dan daripada link tersebut, pilih 5 items daripada “Jualan Raya Meletop 2015” yang korang nak sangat-sangat daripada nile.com.my

ni antara items yang aku pilih.


Product: Haniya Mix Color Blouse
Price Meletop: RM19.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 4.00pm 
Quantity: 80 pieces


Product: Haniya Embroidery DressPrice Meletop: RM29.90
Date: 02/07/2015
Time: start: 2.00pm 
Quantity: 80 pieces


Product: Haniya Mixed Color Blouse
Price Meletop: RM14.90
Date: 02/07/2015
Time: start: 3.00pm 
Quantity: 200 pieces



Product: Travel Durable Backpack Malaysia
Price Meletop: RM19.90
Date: 10/07/2015
Time start: 4.00pm 
Quantity: 60 units


Product: Indentation Woman Bag
Price Meletop: RM7.50
Date: 03/07/2015
Time: start: 3.00pm 
Quantity: 150 pieces


Pastu email ke give_away@nile.com.my berserta dengan detail dan tajuk :

Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015

link blog :
nama penuh :
no. telefon :

Tarikh tutup penyertaan pada 14 Julai 2015 dan boleh check result kat LINK ni. nak tau lebih lanjut pasal give away boleh rujuk LINK ni jugak. 

Doakan boleh menang sempena bulan puasa yang mulia ni. Hehehe


ok bye!
eimanhikmah


Tuesday, June 23, 2015

339 Drama Review : Hidayahmu Ramadan

Tuesday, June 23, 2015
Assalamualaikum..


Bila masuk je bulan ramadhan, mesti TV3 buat cerita pasal bulan ramadhan. Selalu aku tunggu cerita yang malam2 tu. Dari start cerita Syurgamu Ramadan sampai ke Hidayahmu Ramadan yang sekarang pun aku follow. Tapi bab touching, aku takleh tahan cite Syurgamu Ramadan la. Aku nangis weh setiap kali tengok drama tu. Bila orang tegur nape nangis, mula rasa sebal muka sebab malu. Huahuahuahua. Kalau ada ulangan, confirm aku takkan pernah miss punyalah. Hahaha.



Tapi kali ni aku tak sempat nak layan malam2 sebab ngantuk nak bangun pagi2. So aku rekod je. So esoknye, ke bila2 masa free, baru aku layan cite ni berturutan. Baru besttttttt. Senang sebab iklan pun aku skip. Hahaha.


Sinopsis cite ni. I google je uollssss.


Sinopsis drama Hidayahmu Ramadan Tv3
Hidayah dan Nazir adalah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Dek kerana kemiskinan keluarga Hidayah, ibu bapa mereka pula jarang berhubung antara satu sama lain. Selepas 11 tahun, Nazir kini menyambung pelajaran ke universiti dan sedang mengikuti semester akhir. Hidayah merupakan pelajar Tingkatan Enam. Hidayah menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti seperti Nazir.

Namun segalanya berubah selepas  ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Hidayah tinggal sebatang kara dan ketika itu Nazir tampil memberi pertolongan dan memberi perhatian kepadanya. Melihat keakraban hubungan mereka, ibu Nazir mula merancang untuk memisahkan dua hati ini kerana tidak rela bermenantukan Hidayah.


Gitulah sinopsis nya yang aku jumpa. Kalau ikutkan sinopsis atas tu cam separuh je. Maknanya kena ikuti lah cerita ni dari awal. Jadi yok lah tengok cerita ni untuk tahu kisahnya apa. 







Ok bye!
eimanhikmah

338 Bukan rezeki awak

Assalamualaikum..


Hari ni dah masuk puasa ke-6. Esok dah seminggu. Yeay lagi 3 minggu nak raya. Bukan tak suka Ramadhan, cuma seronok nak meraikan hari raya dengan family nanti. Hehehe. Aku puasa kali ni simple2 je. Setakat ni, aku tak pernah lagi pergi bazar Ramadhan. Padahal dekat je dengan rumah. Memang dah niat taknak pergi. Sebab aku dengan akak aku memang nak masak je untuk sahur dan buka.  Tapi tak tau la kan, kot2 teringin nak makan kuih2 or lauk2 yang rare, kat bazar ramadhan lah boleh jumpa. Hehehe.


Aku dengar2 kat bazar ramadhan pun sekarang mahal. Betul ek. Sian pembeli kan, penjual jual mahal, kite ni takde masa nak masak, rushing ke kenalah jugak beli. Beli2 pastu tak sedap pulak. Selalu nye penjual ni, kalau nak jual petang,pagi2 lepas sahur dah start masak. Pastu bawak pergi bazar, mana ada dah nak panas2 kan dah. Yang tu jugak diorang jual. Sabar je lah.


Semalam kat fb, aku nampak ni. Sian nyeeeeeee penjual ni. Kalau macam ni aku kesian gilerrrr. Memang bukan rezeki penjual tu. Ni mesti sebab meja dia tak kuat nak tampung air2 berat atas meja tu. Mesti banjir kat bazar tu. Huhuhua. Sabar la abang yek, bukan rezeki awak semalam.







Hari ni kerja shift kul 11-8malam tapi 7.30petang aku dah chow balik dah. Buka dalam kereta apa yang ada, sampai rumah baru makan. Sedapnya kuih cara berlauk. Hahahaha. 


Ok bye!
eimanhikmah

Sunday, June 21, 2015

337 Mood Swing

Sunday, June 21, 2015
Assalamualaikum...


Hari ni mood swing sikit. Be like...




Seriously aku rasa aihhhhhhh. Dah la puasa, tapi ada pulak nak buat kite sakit hari. Nak gembira2 je pleaseeeee...


ok bye!
eimanhikmah


Saturday, June 20, 2015

336 Mission 10kg : Sup Telur

Saturday, June 20, 2015
Assalamualaikum..


Hari ni dah hari ke-3 puasa. Makin hari makin tak sahur aku. Haha. Hari pertama makan telur rebus, hari kedua makan kerepek pisang, hari ni sahur aku minum air secawan je. Hahaha. Aku amik nikmat sahur je. Kalau tak sahur, sama cam kite sahur cara Yahudi. Semoga esok aku boleh sahur betul2. Diet aku dah kelautttttt. Aduh. Puasa memang puasa tapi kalau disertai diet kan lebih bagus. Hehehe. Tapi bila nampak lauk sedap, memang kelautttt la diet aku.

Guane nih. Camner aku nak sekat makan aku. Konon2 rasa rugi bila makan ramai2 tak makan nasi sama2. Semalam cam gitu jugak. Hahaha. Aku rasa aku kena wat mission diet lah. Kalau aku wat mission diet camni, aku boleh buktikan. Haaa cenggitu kaedahnye. Beriya hari tu beli weight scale kan. Chaiyokk chaiyokk Eiman!

Hari ni aku nak makan sup telur jek. Sup telur je ok. Ko jangan nak pandang2 lauk2 lain. Hahaha. Tapi sedapnye la hai udang masak lemak. Kikiki. Ok tak tak, aku memang nak makan sup telur je. Resepi sup telur ni senang je.

Bahan-bahan
Telur 2 biji
Bawang putih
Air 1liter
Minyak masak
Garam

Cara-cara
Potong hiris-hiris bawang putih pastu tumis
Agak2 dah kekuningan terus masuk air
Tunggu lama sikit dalam 2-3 minit, masuk telur 2 biji tu pastu kacau2 pastu masuklah garam.
Pastu siapppppp. Yeay boleh makan.



Eh terbuat resepi pulak. Hahaha. Dah la sup telur je, kalau sup daging best jugak. Hahaha. Semoga aku boleh bertahan untuk diet. Mission 10kg aku chaiyok chaiyok.





20/6/2015
Berat : 77.6kg
Tinggi : 162cm
BMI : 29.6
Kategori : Gemuk (Overweight)


ok bye!
eimanhikmah


Friday, June 19, 2015

335 Roti Gebu + Buttons & Bows

Friday, June 19, 2015
Assalamualaikum..


Hari ni dah hari kedua puasa. Yeay. Bangun sahur ok lagi setakat ni. Bangun2 makan2 terus siap2 pergi kerja. Tapi bab mata memang ngantuk ya amat. Hahaha. Tu yang malam tidow kena awal2. Semalam buka rasa best sebab buka ramai dengan abg & kakak2. Budak kecik Affan pun ada jugak. Tapi cun2 orang nak buka, bunyi je Azan, terus Affan melalak2 cam apa, padahal dia ngantuk je. Sian mummy dia nak makan kena makan laju2. Hahaha.


Hari ni segmen Food Lover. Bukan cerita lauk buka semalam sebab tak amik gambar. Monopod hilanggggg. Stress iolls nak cari monopod iolls. Aduh mana hilangggggg ntah. Tapi nak cerita pasal roti gebu2 beli kat kedai cina hari tu. Jap, walaupun beli kedai cina tapi ni halalan toyyiban punya. Hehe. Masa hari tu balik kg, abg cakap dia lapar. Dia tanya nak tak makan roti kedai apek tepi sungai tu. Aku apa lagi, mestilah kata nak. Perghhhh roti ni lembut selembut lembutnya. Inti kaya. Sampai sekarang yang tengah puasa ni pun teringat2 lagi roti gebu2 tu. Hahaha


 
ni la roti gebu tu. masa beli tu masih panas2 lagi.
fokus kt roti gebu yang tengah aku makan tu. hahaha




Haaa pastu nak cite pasal kibbles kucing kite pulak. Dulu2 Boro makan Prodiet je. Tapi bila kucing akak stay sekali, tu yang tukar makanan lain. Sebab kalau hidang Prodiet dengan Buttons & Bows, budak2 ni mesti makan Prodiet. Habis la makanan Boro sebab Boro bukan pemakan. Toleh2 dah habis dah. Matilanakkkk. Jadi decide tukar makanan Boro ke Buttons & Bows jugak, senang. Boleh kongsi2 makan kan. Hari tu beli sekaligus 18kg. Tahan dalam 2 bulan untuk 3 ekor kucing. Bolehhhh la nak maintain. Masuk2 kan dalam bekas tutup merah camni. Terima kasih angkatkan guni yang berat tu. Hehehe

rezeki anak kucing, ada 11 botol makanan + 1 botol makanan utk straycats



Seronoknyeee diorang tidow2 tu. Boro tu duk dalam bakul tu berjam2. Tak kejang agaknye. Hahaha.  Selamat Berpuasa semua!

ok bye!
eimanhikmah


Wednesday, June 17, 2015

334 Syukur Ramadan 1436

Wednesday, June 17, 2015
Assalamualaikum..

Yeayyyy esok puasa. Malam ni dah boleh terawikh. Tapi aku kerja. Terawikh lepas balik kerja je la. Barang dapur satu pun tak beli lagi. Kang kalau aku serbu NSK malam ni mau nye jem dalam tu. Dalam NSK pun boleh jem tau. Matilanakkkk. Memandangkan puasa tengah bulan, memang idoklah boleh nak makan lauk bazar Ramadan tu hari2 kan. Lagi pun kerja, memang tak sempat nak pergi. Tahun ni kejap je dah puasa. Dulu kecik2 puasa selalu hujung tahun, sekarang tengah2 tahun dah puasa pastu raya.

Dengan ini aku nak mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Aku nak minta maaf kalau ada salah silap. Aku sentiasa nak memperbaiki diri tapi kadang2 terpesong. Bukan terpesong apa, kadang2 aku buat dosa bertingkat2. Pastu rasa menyesal. Semoga Allah ampunkan aku. Amin Ya Rabbal Alamin.


 
Boro nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. pose jgn tak pose. boro takpe tak pose sebab boro nak jadi gendut cm mama boro. hikhihkhik

ok bye!
eimanhikmah

Tuesday, June 16, 2015

333 Short Vacay : Teluk Kemang, Port Dickson

Tuesday, June 16, 2015
Assalamualaikum..




Lepas2 dah celebrate besday seharian. Esoknye terus chow pergi Teluk Kemang pulak. Memang dari gunung sampai kelaut iolls bercuti. Hahaha. Over betul. Saje nak lepak2 je ni. Sebab along dah booked apartment kan. Aku tinggal join je. Duk satu rumah ramai2. Melayan anak buah nak mandi kolam dengan mandi laut. Pastu selfie. Pergi petang sebab tunggu kak Fety balik kerja dulu. Aku memang cuti lama dah. Dalam kul 3 petang terus chow, dalam kul 5 sampai. Letak2 barang terus anak buah ajak mandi laut. Jom mari berendam sampai kembang. Huhuhu




ni masa odw nak pergi sana

petang tu mandi2 kolam depan apartment, rendam budak ni, diam je la pulak dia sebab selalu kalau kena air melalak cam apa dah. hahaha

kepopop kemang hahaha

berendam kat laut, cantik pulak gambar ni

malam tu lepak2 kt tepi pantai, makan2 mee, stimboat. nasib baik sedappp. mee goreng dia marvelousssss
esok balik dah, memang betul2 short vacay

trademark affan : buat hidung kembang! hahahah


Tamat sudah short vacay ke Cameron, celebrate besday pastu short vacay ke Teluk Kemang pulak. Dah start kerja. Lusa nak puasa dah. Dah confirm hari Khamis puasa sebab dah ada pengumuman puasa kat TV cam selalu. Tak dapat tengok sebab tengah kerja. Huhuhu. Selamat menjalani Ibadah puasa, semoga mendapat keberkatan dari-Nya. Amin.


ok bye!
eimanhikmah

332 Happy Birthday To Me

Assalamualaikum..


Haaa ni nak cerita pasal besday iolls pulak pada 11 June hari tu. Balik dari Cameron pastu makan Yama Sushi G tu, esoknya celebrate besday iolls pulak. Memang cuti ni makan jeeee. Lepas2 makan memang tak larat nak jalan. Yang paling kelakar, aku semangat pagi2 nak amik cake kt baker, sekali baker tak buat lagi kek aku. Hahaha. Call baker, dia cakap balik kerja kang dia buat, malam kul 9 nanti datang amik kat rumah dia. Haha. Jadi siang2 tu celebrate, aku takde kek. Tapi aku ok je. Sebab bukan nak makan sekali gus kan. Kali ni aku celebrate besday kat Chili’s. Hehe. Teringat2 kentang goreng Chili’s tu sedapnyeeee la hai. Order punya order, takde kentang goreng. Ingat nak side dish tapi bila dah habis makan, tu kenyang dah, tak larat nak makan.


Lepas lepak2, jalan2. Siap pergi klinik sebab selsema. Malam tu pergi amik kek. Yeayyy kek comel ngat. Suka gilerrr. Malam tu acah2 tiup lilin dalam kete je sebab perut memang takleh masuk dah. Tengok coklat meleleh2 tu memang tergoda jugak tapi seriously takleh masuk dah. Terima kasih bagi hadiah kek comel. Hehehe. Keesokkan nya pergi Port Dickson pulak, baru makan kek tu. Sedap terangkat seyhhhh. Kang nak order lagilah.



ni lah kek besday iollss. comel kan kan kan
Sebenarnya dalam choc molten kat chili's dah tu yang tak kisah kek besday lambat sikit 
acah2 makan jagung tapi separuh gak habis hehehe
ni lah yang aku order,tapi takde kentang goreng huhuhu tapi kenyang ya amat. Alhamdulillah




Takde hadiah2 besday or suprise besday party pun. Celebrate kecik2 je. Aku ok je. Esok bawak kek pergi holiday kat PD, sekali hadap je family aku cakap sedapppp sangat. Pasni nak order lagi. Boleh order kat dkakesdezzert kat instagram. Happy Besday to me yang ke 27tahun. Still nak menikmati zaman single mingle, jangan tanya nak kawen bila. Hahaha.


ok bye!
eimanhikmah

331 Food Lover : Yama Sushi G

Assalamualaikum..


Beberapa hari sebelum pergi CH, akak office dah plan nak pergi makan2 sushi lagi. So akak tu booked tempat tu start kul 6 petang sampai 9.30 malam. Aku punya lah speed dari CH tapi sampai KL kul 7petang gak sebab masa nak turun dari CH, ada kereta slow sangat. Sakit pulak hati kite. Huhuhu. Memang simpan perut dari CH sebab nak makan sushi ni.


Sampai je restoran ni, ada 2 orang je, akak tu dengan member lagi sorang. Campur aku dengan Ateng jadi 4 orang. Order sushi sytle ala-carte. Perghhhh memang menggugat jiwa ahh. Aku nak order pun pening sebab banyak sangat pilihan. Apa nama menu pun tak ingat, berbelit lidah iolls nak sebutnya. Hahaha.


with Kak Safa Comeyyyy
presentation sushi kt sini memang bestttt
mampu selfie je time sebab dah kenyang sangat
tapi dalam cawan martini kalau tak silap sushi udang
rasa memang meletop
With ateng
see presentation sushi sampai rasa sayang nak makan
salmon..iolls memang tak reti la nak makan yang mentah2 camni tapi kat sini punya salmon ni sedapppppp
aku, ateng, kak safa & uyun
ni sayur sushi
time ni aku kenyang sangat dah, kak safa cakap, bayar mahal2 utk selfie je. tapi aku makan banyak sangat dah time ni
balik tu rasa sengkak perut takleh jalan dah. hahaha




Alhamdulillah, sentiasa dimurahkan rezeki. Boleh makan macam2 sementara boleh makan sekarang ni. Jap lagi nak update pasal besday iollss pulak. Hehehe



ok bye!
eimanhikmah