Sunday, May 24, 2015

317 Kisah aku si pemakai spec

Sunday, May 24, 2015
Assalamualaikum..


Selamat hari ahad. Hari kerja macam biasa. Hari ni jugak kat office takde orang jual makanan. Aku kan rajin bawak bekal, hari ni aku masak telur goreng sambal. Malas betul nak defrost kan ayam tu. Masak simple2 sudah. Asalkan kenyang. Hekhekhek


Aku start rabun dari zaman Diploma lagi. Time tu aku ada subjek Harvest, lecturer aku omputih mualaf. Baik la lecturer ni tapi aku tak tau la nak cakap cmner, style dia ngajar dia tulis pakai marker yang refill tu. Korang bayangkan eh, marker tu sampai tertanggal dah sticker tepi tu tapi lecturer aku still lagi refill2 marker tu sampaikan dakwat tu memang nampak tak nampak je. Time tu aku perasan yang aku start tak nampak sgt. Aku sampai angkat tangan bagitau lecturer aku, ‘Sir, I can’t see anything’. Lepas tu lecturer aku jawab, ‘Eiman, you should wear a spec’. Aku cam haaaa kena pakai spec ke, aku rabun ke. Sebab kawan2 aku still lagi nampak, aku je yang tak berapa nak nampak.


Bermula hidup aku pakai spec, 1st spec wat kat Kuching, Sarawak. Aku pakai  spec tu sampai habis Degree. Spec tu pakai sampai patah batang frame. Masa ni pun aku pow mak aku. Hahaha. Cakap kat mak, kena pakai spec sebab tak nampak kt dalam kelas. Mak bagi duit terus pergi buat. Hahaha. Spec ni warna coklat maroon. Kat mana ntah spec tu tak ingat dah. Habis madu sepah dibuang. Hihihi.

Pastu 2nd spec buat masa aku nak start kerja. Pun pakai sampai patah frame. Spec tu warna hijau lumut. Masa tu buat kat Penang. Sampai sekarang ada lagi simpan. Masa tu aku suspect rabun aku makin kuat. Sebab masa tu ada family konvoi dari KL ke Johor. Ada 4 bijik kete. Aku drive dengan ayah aku. Ayah aku ni mata dia elok sangat, tak rabun pun. Masa aku drive tu, ayah aku perasanyang aku tak alert sgt. Ayah aku cakap, aku drive ke tengah ke tepi. Last2, ayah aku suh berhenti kt RnR Ayer Keroh, ayah aku pulak drive kete sampai Johor. Esoknye terus pergi buat spec baru lepas kena marah dengan ayah. Huuuu.


Latest spec yang aku pakai sekarang. Yang aku buat tahun lepas lepas kejadian kat atas. Hahaha. Kitorang satu family actually ada favourite kedai mata kat kampung. Optometrist tu memang bagus. Alatan yang dia guna pun bagus. Jual frame spec pun yang latest2. Service pun bagus. Harga pun ok. Sampai masa kena service mata pun diorang akan sms. Tapi aku tak pernah pun wat follow up. Muahahaha. Sebab aku rasa spec yang aku pakai ni ok je sampai sekarang. Akak aku yang dari Penang pun sanggup balik kampung dulu untuk buat spec baru or beli contact lenses. Kedai tu memang bestttttt. Boleh dikatakan semua family aku memang pergi kedai tu.


Aku ni bukan all the time pakai spec. Aku wajib pakai spec bila drive dengan tengok wayang je. Lain2 aku tak kosser nak pakai selalu. Hahahaha. Bila tengok tv, aku tak pakai spec pun. Disebabkan perangai aku ni la, aku selalu tertinggal spec aku. Bila sampai office, aku terus bukak spec letak tepi. Nanti nak balik baru aku sibuk cari spec. Ada satu hari tu, aku simpan dalam beg. Elok je aku turun, pergi kat kete, bila start drive, aku rasa samar2 je, menggagau cari spec, mati2 ingat tertinggal kat office, naik office semula, cari belakang PC, bawak kerusi dalam surau, dalam toilet semua takde. Bila turun semula ke kete, rupanya spec dalam beg. Isk benci, penat tau tak. Diri sendiri salahkan, padan muka. Bahahaha.


Aku ikutkan hati tak suka rabun. Hilang nikmat tau. Nak pakai spec mata hitam pun takleh sebab kena pakai contact lenses. Nak pakai contact lenses pulak leceh. Nak wat spec tinted hitam pun tak wat2 lagi. Sekarang, dalam family aku yang tak pakai spec ayah aku n along je. Best kan. Apa pun aku bersyukur aku tak buta. Rabun sikit je. Hehehe. Alhamdulillah.


aku pakai jenama Lee Cooper, kak eda pun Lee Cooper,
Bonda nye Bonia, Kak Teha pun Lee Cooper
semua spec dari kedai yang sama, waktu buat je lain2



Perghhh panjang pulak iolss membebel hari ni. Hikhikhik. Tu la best kalau kerja hari ahad. Banyakkkkk sgt masa terluang.



Ok la bye!

eimanhikmah

2 comments:

Ezy Loy said...

ok la kite geng rabun..
meh sep sikit!
haha

yg sebenarnya org rabun ni comel..
saye ni tgh berkire2 nk wat spek baru..
bile la duit nk jtoh dr langit ni..

miss eimanhikmah said...

cik Ezy : sep sep sep mi mi mi...hehehe..insyaallah, ada rezeki boleh buat spek baru..jgn beli novel byk tau! hehehe