Saturday, May 9, 2015

302 Food Lover : Chili's

Saturday, May 9, 2015
Assalamualaikum…


Hari Khamis hari tu pergi wat daftar Haji. Muda2 la bagus daftar haji, tinggal masuk duit je. Duit jalan2 boleh simpan, duit pergi Haji takkan tak boleh simpan kanzzzz. Untuk daftar haji kena ada RM1300. Aku ingat nak daftar haji kena ada RM1300 dalam akaun,rupanya diorang nak tengok je. Cam aku, aku tunjuk EPF statement je, kat akaun 1 adalah lebih sikit RM1300 tu, so boleh la daftar haji. Pergi kaunter, bagi borang, click sana, click sini, siap dah daftar haji.

Pastu aku teringin sangat nak makan kat Chili’s. Tapi aku wat take away je. Aku order BBQ Beef Ribs, Crispy Honey-Chitpotle Chicken Crisper dengan Molten Chocolate Cake. Aku tengok dalam order ada air margarita, liquor bagai, tu yang taknak makan kat situ. Huhuhu.

BBQ Beef Ribs paling the best. Best sangatttt. Lembut sangat daging tu cecah makan dengan sos dia, pergghhhh sedap sampai menjilat jari. Crispy Honey-Chitpotle Chicken Crisper pulak tak best sangat, cm biasa2 je. Tepung crispy tu tebal sangat, aku bagi burung gagak makan je. Aku baling2 kt padang, burung gagak datang makan.  Rezeki diorang. Molten Chocolate Cake pun terbaikkkkk. Aku bab2 makan cake, aiskrim memang laju. Hahaha. Dia punya lelehan coklat tu memang terangkat. Hehehe.


Aku makan kat padang je. Orang lain datang nak execise, aku pulak dtg makan. Tak sedar diri dah gemuk. Sampai ada orang tegur, sedapnye makanan. Hehehe. Tak toleh kiri kanan, ngap ngap terus habis. 

Molten Chocolate Cake
Crispy Honey-Chitpotle Chicken Crisper
BBQ Beef Ribs







Next time nak pergi lagi. Molten Chocolate Cake tu terngiang ngiang je dalam kepala otak. Hahaha

ok bye!
eimanhikmah

No comments: