Wednesday, May 6, 2015

300 Short Vacay : Penang

Wednesday, May 6, 2015
Assamualaikum..

Lamanya tak update blog. Aku busy giler sejak dua menjak. Busy meronggeng katenya. Hahaha. Pastu terpaksa private sekejap blog atas sebab2 yang tak boleh dielakkan. Tapi dah public semula dah. Aku join contest tapi tak menang. Iollss ok je. Takde rezeki kt situ tapi banyak lagi rezeki mendatang. InsyaAllah.

25April & 26April hari tu aku bershort vacay ke Penang. Mula2 plan nak pergi dengan akak aku je. Tibe2 kawan aku nak ikut, aku on je lah. Aku ajak je diorang tidow kat rumah akak aku. Tapi jalan2 diorang pergi sendiri je. Kawan aku berjalan2 lagi hebat, seluruh pelosok Penang diorang round. Aku pergi yang dekat2 je. Sesaje pergi sebab nak jalan2 dengan mak & kak Eda aku je.

Makan kari kepala ikan paling best kat Balik Pulau. Santap kari kepala ikan, perghhh kenyang. Pastu malam tu makan kat Kapitan pulak. Kt Kapitan ni nasi beriyani dia memang heaven la. Aku makan nasi beriyani plus Cheese Nan. Haha. Tak ingat diet dah time ni. Pastu pergi Batu Feringghi. Time kat sini la aku jumpa Mia Ahmad aka Yuhanis. Dapatlah berselfie dengan dia. Hewhewhew. Tapi kalau jumpa Syarul Ridzwan aku rasa lagi excited kot. Hahaha

Esoknya, mula2 kak eda aku ajak makan kat Kayu Nasi Kandar tapi tak jadi sebab kawan2 aku nak makan kat Kapitan semula. Diorang dah mengidam nak makan nasi beriyani lagi. Hahaha. So kitorang ke Queensbay je. Kat sini aku tengok wayang je. Kak eda aku nak sangat tengok Avengers : Age of Ultron. Dia nak belanja, aku on jek. Hikhikhik.

Petang tu balik ke KL semula dalam kul 6ptg. Aku sampai KL dalam kul 10malam. Kejap je drive dalam 4 jam je. Maka tamatlah short vacay aku ke sana. Maka habis la habis duit aku shopping kt sana. Hahaha.


ni masa baru2 sampai, atas jambatan lagi 

hidangan pertama, kari kepala ikan

mak, kak teha & kak eda at Kapitan

time ni lah jumpa Mia Ahmad kt Batu Ferigghi

ni lah dengan kawan2 aku : aku, aina. yana, bibiyana. nama semua nak sama2. hahaha

aku jumpa abg Thor aku kat Queensbay

Next time boleh pergi lagi. Aku nak makan puas2 lagi. Kat Penang, tempat makan dia banyak gilerrr. Ni aku pergi tak plan2 apa2 pun. Main pergi je.


ok bye!
eimanhikmah

No comments: