Tuesday, May 5, 2015

298 Premium Outing 2015

Tuesday, May 5, 2015
Assalamualaikum…


Wahhh ligat aku update blog hari ni. Biar la, blog aku kan. Suka hati aku ahh. Hahaha. Memang aku busy sokmo minggu lepas. Macam2 aku buat. Macam2 tempat aku pergi. Dua tempat aku dah cover kt last 2 entry lepas. Kali ni aku nak update family day dengan officemate aku pulak. Punyalah susah nak arrange family day ni, kesian kawan2 aku yang jadi ajk penginapan. Kitorang semua dapat cuti serentak. Cuti pulak on 2May & 3May, time satu Malaysia pun cuti. Memang penuh la semua tempat.

Alang2 dah cuti serentak. Tu yang plan nak wat family day ni. Plan ke Port Dickson. Port Dickson je yang dekat dan best. AJK penginapan naik pening nak cari apartment or hotel. Nasib baik AJK penginapan berjaya jumpa apartment dan hotel2 untuk yang berpasangan. Kitorang siap tempah baju tema limegreen. Best gilerrr ahh family day kali ni. Tapi Port Dickson jem gilerr. Tensen iolls nak tempuh jem kt sana. Tapi Alhamdulillah, sampai dengan selamatnya.

Bermula gambar2 time family day ni. 

 
Premium Outing 2015

ni masa baru2 sampai, nak check in kt penthouse

i am eiman. sesuai pulak Naelofar hijab dengan t-shirt limegreen aku tuh

kanak2 ribena

ateng,aku & yana

yang amik gambar tu manager kitorang, manager paling sempoi sekali

kanak2 ribena bersama manager, yang indian tu pun manager kitorang jugak

lagi kanak2 ribena

sukaneka time, nampak tak aku tengah passing belon air ke kawan aku kat belakang

cantik ahhh gambar guna go-pro ni



Dah habis2 main games, gelak2, makan2 kfc tepi laut, berendam bak badak kat pantai tu, malam tu kitorang ada BBQ pulak. Malam ni yang meriah sangat. siap ada besday celebrate untuk yang lahir dari bulan Januari sampai lah June. Bila sampai June, maknanya termasuk aku la sekali la tu. Hehehe




sate ayam sate kambing

besday celebration, yang pakai baju biru tudung hijau tu memang besday dia pun 2may tu. happy besday ibah!

tengok aku tengah makan kek hahaha

pemandangan matahari terbenam dari penthouse. subhanallah

Selesai BBQ malam tu, perut dah kenyang ya amat, time untuk tidowwww. Semua orang penat termasuk aku yang jadi AJK hadiah merangkap pengacara bidan terjun malam tu. Hahaha. Esok bangun pepagi, kawan2 aku dah ajak main Banana boat. Tapi diorang takut jatuh, last2 main pelampung boat kat bawah ni. Best gak. Aku paling seronok sangat, aku duduk, aku meniarap, aku berdiri. Hohoho. RM20 sorang, kayo pokcik tu.


pelampung boat.

Next station, kitorang melawat Ostrich Farm. Kanak2 nye sorang je, tapi yang besor2 ni yang excited sangat masuk dalam ni. Hahaha.

selfie dulu kt entrance ostrich farm tu

ni la kanak2 yang ada dalam ramai2 kitorang ni, hahaha, si comel ni nama Alexis

selfie dengan ostrich

aku berdiri atas telur ostrich, telur ni menampung berat hampir 120kg

selfie dengan ular saweeeee


selfie dengan keldai pulak

ni aku makan burger rusa, sedapppppp cuma rasa masin sikit
Dah puas meround dalam ni, time to go back home. Badan dah melengas2. Tapi kawan aku ajak pulak makan seafood. Mula2 tak tau nak makan kt mana. Kawan aku sepanjang jalan duk Google, jumpa la Ana Ikan Bakar ni kt Bangi. Memang dekat je dari exit highway tu, u-turn terus jumpa kedai. Lauk memang sedap, service pun laju, harga pun murah. Perut kenyang, hati gumbira. Tak sempat nak amik gambar lauk, dah habis ngap semua. Hohoho

butter prawn ni pergghhhhh menjilat jari

dah setel makan, tengok kawan aku senyum lebar


Sesampai je rumah. Letak baju kotor dalam baldi. Mandi, solat, tidowwwwww. Penat giler. Esoknya aku kerja kul 8pagi hokkeyyyy. Cuti dah habis.

ok bye!
eimanhikmah

No comments: