Monday, May 18, 2015

311 Terasa Hati

Monday, May 18, 2015
Assalamualaikum..



Masa aku dok berblog walking. Hamboihhh sempat! Sempat je kalau aku, hari isnin, keje so so je. Lagipun puasa pulak kan. Aku terkesima dan terasa hati dengan entry satu blog ni. Terasa hati sebab kena kat batang hidung sendiri. Kadang2 kita rasa kita bagus, tapi sebenarnya tak pun. Kita rasa kita baik tapi sebenarnya tak pun. Terasa hati wehhh. Cuma kadang2, orang lain tak hargai kehadiran aku. Tapi entahlah, aku still terasa hati. Wahai hati, bertabahlah.

14 perkara luar biasa jika anda..
“JANGAN MENUNGGU”
*************************

1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.
2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka.  akan dipedulikan ….
5. Jangan menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, t√Ępi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.
6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
7. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.
8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.
9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.
11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka kita akan berjaya.
12. Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!
13. Jangan menunggu waktu luang utk Tuhan,
Tapi luangkan waktu utk Tuhan,
14. Jangan memulakan perniagaan dgn modal yang kotor untuk menunggu dapat untung besar baru bertaubat kerana Tuhan tidak akan merestui usaha kita. Maka kita pasti tidak akan berjaya.



Dan… Jangan menunggu lama lagi untuk share tulisan ini kepada semua orang yang anda kenal…
Sehingga kita semua tersedar dari lena yg panjang dan berjaya bersama..
Sehingga kita semua tersedar dari lena yg panjang dan berjaya bersama..


Tuhan memberkati!






No comments: