Tuesday, May 5, 2015

297 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

Tuesday, May 5, 2015
Assamualaikum..


Aku rasa ramai orang pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (PBAKL15). Aku pergi secara tak sengaja. Tak plan pun pergi sebab aku tau kalau pergi sana, mesti sesak giler ramai orang. Tapi terpergi jugak. Mula2 nak pergi jumpa kawan akak aku je nak pass barang je. Sebabkan jem jalan nak ke LRT Taman Melati, so kawan akak aku terus ke PBAKL15 tu dulu. Jalan jem sebab orang nak masuk highway Kuantan tu haaa. Tensen iollsss nak tempuh jem kat situ dekat sejam.

Alang2 dah sampai, dah pass barang kat kawan kak Teha, terus la meround kt dalam PBAKL15 tu. Iolls ni bukanlah peminat buku ke novel ke. So tak tau nak beli apa. Cuma yang aku teringin sangat nak beli novel Teman Lelaki Upahan. Aku rasa aku adore sangat dengan Kyra Lidya dengan Ezwan Lutfi dalam cerita tu. Haha. Pegang pegang letak, pegang pegang letak semula. Last2 beli jugak dengan harga RM25. Boleh la. Kang kalau tak beli, aku pulak menyesal tak beli. Huhuhu.

Masa aku mula2 sampai tu, Dr. Ezani dari Masterchef tu tengah promote buku resepi Inspirasi Dapur dia kt pentas. Aku tengok je la dari jauh. Pastu akak aku kata, dia teringin nak beli sebab gambar2 dalam buku tu kawan dia yang amik gambar. Bila dah beli, bila tengok gambar2 resepi dalam buku tu memang terbabboommm cantik gilerrrrr dan nampak sedap. Iolsss rasa nak makan je gambar tu. Hahaha. Cun2 tengah beli buku tu. Dr.Ezani datang kat booth tu. Dapat lah berselfie dengan Dr.Ezani. Hehehe


Odw nak balik, ada satu tempat tu sesak gilerrr. Aku ajak akak teha masuk sekali, dia taknak sebab penat dan sesak giler dalam tu. Rupanya Ungku Ismail datang. Menyesal tak masuk pastu bengang giler tengok kawan aku berselfie dengan Ungku Ismail. Takde rezeki nak jumpa. Lain kali la kot.


masa mula2 sampai. akak aku call kawan dia. mana ntah kawan dia time ni. dah la ramai orang kat sini


ni la dr.Ezani tu




Entah bila aku nak baca novel Teman Lelaki Upahan tu. Dalam plastik lagi bersampul. Hahaha.

ok bye!
eimanhikmah



p/s : aku rasa mcm comel je pakai tudung satin cmtu. hahahahahaha

2 comments:

Farrah MF said...

Bestnya dapat pergi PBAKL. Akak dah lama tak pergi beli buku di sana :)

miss eimanhikmah said...

Farrah MF : kena tunggu next PBAKL la br dpat pergi, time ni buku murah