Friday, May 15, 2015

309 Food Lover : Lauk paling win

Friday, May 15, 2015
Assalamualaikum..

Aku ada virus tak suka angkat call no yang pelik2. Selalu terbayang2 orang jual insuran je. Haha. Tapi tadi aku dapat call dari Swcorp. Alaaa company yang uruskan sisa pepejal tu. Aku ada buat aduan pasal longgokan sampah kt kawasan rumah aku. Aku hantar aduan ke DBKL kena reject, aku hantar ke Swcorp takde respond pulak. Ahh takleh jadi ni, aku terus report ke Jabatan Perdana Menteri. Haaaa baru mengagau semua orang kan. Pum pang pum pang, aku turun rumah tadi haaa dah bersih pun tempat tu. Lepas ni kalau jadi lagi, aku memang buat aduan lagi kt Jabatan Perdana Menteri. Biar menggelabah lagi diorg tu.



Ok habis dah membebel pasal diorang tu. Hari ni segmen Food Lover. Hahaha. Over tak aku bersegmen bagai kan. Muahahaha. Aku macam orang lain jugak, tengah bulan sengkek oiiii. Hahaha. Dan makanan paling win bila tengah bulan ni adalah nasi berlaukkan telur goreng letak kicap. Hahaha. Perghhh ni pekena tetengahari, tengok pulak tv memang sedap weh. Aku makan bertambah2 lagi tu. 

ni la lauk aku makan tadi, layan pulak drama omputih kt channel DIVA, perghhh memang layan. Alhamdulillah.



Telur sekarang kecik2 betul, aku tadi kena goreng 3 bijik telur baru nampak standard telur masa aku kecik2 dulu. Huhuhu.

ok bye!
eimanhikmah

1 comment:

Ezy Loy said...

nasik telo kicap memang terbaik!
nasik panas2.. pehhh..
layannn..