Wednesday, May 27, 2015

320 Wordless Wednesday : Pujuk Memujuk

Wednesday, May 27, 2015
Assalamualaikum...


Jadual kerja dah keluar, yeay aku banyak cuti panjang. Seronok nyeeeee. Tapi apa plan nak buat ek. Jalan2 best gak nih. Nak pergi jalan2 mana eh. Pergi Cameron Highlands macam best je. Teringin nye nak makan ice cream strawberry kat atas sana. Saje nak gedik2 kan. Hehehe






Aku blurrr hari ni. Entah apa aku fikir. Sedapnya aku tengok kawan aku makan pulut kuning cecah kari ayam tapi perut aku kenyang makan nasi lauk paprik tadi. Dengan perut2 aku blur jugak. Hahaha 


ok bye!
eimanhikmah

Tuesday, May 26, 2015

319 Game of Throne

Tuesday, May 26, 2015
Assalamualaikum..


Hari ni cuti. Layan Game of Throne dulu ahh. Best pulak cite ni. Nanti nak tengok dari season 1-4 terus. Tapi tak tau bila. Hahaha. Aku tengah cuba nk memahamkan cite ni. Watak dia melambak2,ada berapa king ntah. Cmner nak paham kalau terus2 lompat season 5. Hahaha.

Aku rekod je cite ni kt HBO. Ada masa or cuti baru tengok. Ada orang ajar aku tengok cite ni. Layan gak cite ni. Kena la aku sediakan external hard disk nak amik Game of Throne dari season 1-4 nanti. 



Style novel2 omputih ni ek. Cite dia memang hebat gilerrrr. Terfikir pulak diorang buat cite mcm ni. Kalau kat Malaysia, ada Merong Mahawangsa je. Hahaha. Cite ni sebenarnya 18sx, jadi kanak2 jangan tengok hokeeeyyy. Yang besar2 je boleh tengok. Hehehe


ok bye!
eimanhikmah

Monday, May 25, 2015

318 Hujan Rahmat

Monday, May 25, 2015
Assalamualaikum..


Hari ni pergi kerja hujan lebat sangat. Dah lama gak arr aku pergi tak hujan time tengahari. Hujan rahmat la tu. Alhamdulillah







ok bye!
eimanhikmah

Sunday, May 24, 2015

317 Kisah aku si pemakai spec

Sunday, May 24, 2015
Assalamualaikum..


Selamat hari ahad. Hari kerja macam biasa. Hari ni jugak kat office takde orang jual makanan. Aku kan rajin bawak bekal, hari ni aku masak telur goreng sambal. Malas betul nak defrost kan ayam tu. Masak simple2 sudah. Asalkan kenyang. Hekhekhek


Aku start rabun dari zaman Diploma lagi. Time tu aku ada subjek Harvest, lecturer aku omputih mualaf. Baik la lecturer ni tapi aku tak tau la nak cakap cmner, style dia ngajar dia tulis pakai marker yang refill tu. Korang bayangkan eh, marker tu sampai tertanggal dah sticker tepi tu tapi lecturer aku still lagi refill2 marker tu sampaikan dakwat tu memang nampak tak nampak je. Time tu aku perasan yang aku start tak nampak sgt. Aku sampai angkat tangan bagitau lecturer aku, ‘Sir, I can’t see anything’. Lepas tu lecturer aku jawab, ‘Eiman, you should wear a spec’. Aku cam haaaa kena pakai spec ke, aku rabun ke. Sebab kawan2 aku still lagi nampak, aku je yang tak berapa nak nampak.


Bermula hidup aku pakai spec, 1st spec wat kat Kuching, Sarawak. Aku pakai  spec tu sampai habis Degree. Spec tu pakai sampai patah batang frame. Masa ni pun aku pow mak aku. Hahaha. Cakap kat mak, kena pakai spec sebab tak nampak kt dalam kelas. Mak bagi duit terus pergi buat. Hahaha. Spec ni warna coklat maroon. Kat mana ntah spec tu tak ingat dah. Habis madu sepah dibuang. Hihihi.

Pastu 2nd spec buat masa aku nak start kerja. Pun pakai sampai patah frame. Spec tu warna hijau lumut. Masa tu buat kat Penang. Sampai sekarang ada lagi simpan. Masa tu aku suspect rabun aku makin kuat. Sebab masa tu ada family konvoi dari KL ke Johor. Ada 4 bijik kete. Aku drive dengan ayah aku. Ayah aku ni mata dia elok sangat, tak rabun pun. Masa aku drive tu, ayah aku perasanyang aku tak alert sgt. Ayah aku cakap, aku drive ke tengah ke tepi. Last2, ayah aku suh berhenti kt RnR Ayer Keroh, ayah aku pulak drive kete sampai Johor. Esoknye terus pergi buat spec baru lepas kena marah dengan ayah. Huuuu.


Latest spec yang aku pakai sekarang. Yang aku buat tahun lepas lepas kejadian kat atas. Hahaha. Kitorang satu family actually ada favourite kedai mata kat kampung. Optometrist tu memang bagus. Alatan yang dia guna pun bagus. Jual frame spec pun yang latest2. Service pun bagus. Harga pun ok. Sampai masa kena service mata pun diorang akan sms. Tapi aku tak pernah pun wat follow up. Muahahaha. Sebab aku rasa spec yang aku pakai ni ok je sampai sekarang. Akak aku yang dari Penang pun sanggup balik kampung dulu untuk buat spec baru or beli contact lenses. Kedai tu memang bestttttt. Boleh dikatakan semua family aku memang pergi kedai tu.


Aku ni bukan all the time pakai spec. Aku wajib pakai spec bila drive dengan tengok wayang je. Lain2 aku tak kosser nak pakai selalu. Hahahaha. Bila tengok tv, aku tak pakai spec pun. Disebabkan perangai aku ni la, aku selalu tertinggal spec aku. Bila sampai office, aku terus bukak spec letak tepi. Nanti nak balik baru aku sibuk cari spec. Ada satu hari tu, aku simpan dalam beg. Elok je aku turun, pergi kat kete, bila start drive, aku rasa samar2 je, menggagau cari spec, mati2 ingat tertinggal kat office, naik office semula, cari belakang PC, bawak kerusi dalam surau, dalam toilet semua takde. Bila turun semula ke kete, rupanya spec dalam beg. Isk benci, penat tau tak. Diri sendiri salahkan, padan muka. Bahahaha.


Aku ikutkan hati tak suka rabun. Hilang nikmat tau. Nak pakai spec mata hitam pun takleh sebab kena pakai contact lenses. Nak pakai contact lenses pulak leceh. Nak wat spec tinted hitam pun tak wat2 lagi. Sekarang, dalam family aku yang tak pakai spec ayah aku n along je. Best kan. Apa pun aku bersyukur aku tak buta. Rabun sikit je. Hehehe. Alhamdulillah.


aku pakai jenama Lee Cooper, kak eda pun Lee Cooper,
Bonda nye Bonia, Kak Teha pun Lee Cooper
semua spec dari kedai yang sama, waktu buat je lain2



Perghhh panjang pulak iolss membebel hari ni. Hikhikhik. Tu la best kalau kerja hari ahad. Banyakkkkk sgt masa terluang.



Ok la bye!

eimanhikmah

Saturday, May 23, 2015

316 Premium Hi-Tea

Saturday, May 23, 2015
Assalamualaikum…

Hari tu masa pergi outing Premium kt PD, ada duit lebih sikit. Mula2 plan nak pulangkan je tapi better buat makan2. Simple hi-tea je. Order mee goreng, meehun goreng, karipap, kuih seri muka, air sirap dengan nescafe je. Aku memang teringin sangat nak makan karipap dengan meehun goreng, Alhamdulillah dapat jugak. Kenyang makan, balik kerja terus terbongkang tidow. Hahaha.















Next time boleh plan makan2 kat luar pulak. Bila buat dalam office ni, takleh nak ketawa besar2 kan. Ni pun amik gambar senyap2 je semua. Tu aku guna shutter smile, aku suh kawan2 aku senyum lebor2, tu yang ada gambar mulut aku tutup sebab nak suh kawan aku yang senyum lebor2.

Tak lama lagi besday i olls, tak sabar nyeeee.


ok bye!
eimanhikmah

Friday, May 22, 2015

315 Food Lover : Saji Mee Kari

Friday, May 22, 2015
Assalamualaikum..


Aku dah berapa hari dah berangan nak wat cheesekut. Alaaa yang senang wat takyah bakar2 tu. Ada berapa orang blogger buat cheesekut tapi aku asyik la lupa nak beli bahan. Tadi round2 cari barang, lupa pulak nak singgah pergi Mydin cari bahan2. Last2 memang tak buat la. Busy cam anak ada 4 orang! Hahaha.

Pagi tadi nak pergi makan, perut lapar, main masuk je la kedai makan ni. Amik lauk ayam masak paprik. Aku amik siap2 dengan kacang panjang, carrot semua, pastu aku tengok harga RM3 je. Alhamdulillah rezeki hari jumaat. Makan dua orang RM10.20 je. Murah gilerrrr. Memula dah masuk dah restoran Kari Kepala Ikan, tapi kari kepala ikan tak siap lagi, tak koserr nak tunggu. Haha.

Bila dah malam2 lapar pulak lagi. Masuk dapur, tengok2 stok makanan ada makanan segera je. Aku masak je la apa yang ada. Ni bukan kes makanan hujung bulan ehhhh. Yang ada Saji Mee Kari yang aku menang dulu. Tak pernah makan lagi. Ni la first time nk masak. Rasa not bad la. Tapi kat hati, aku rasa Maggi kari lagi sedap. Dah kenyang, nak layan movie 50 First Date jap kt Fox Movies. Daaaaa…





ok bye!
eimanhikmah

314 Throwback Thursday : Final Sem Part 6 Diploma

Assalamualaikum…



Semalam tak sempat sangat nak update blog. Kerja tunggang langgang semalam. Sampai rumah, lepak2 terus tidow. Punya la penat. Nasib baik hari ni cuti. Hehehe. Cuti pun aku meround cari barang pun penat jugak. Huhuhu. Aku hari tu belek2 gambar dalam PC, aku tertengok gambar masa aku final sem part 6 Diploma. Mase ni memang dah habis exam, tinggal nak balik semenanjung je. Sebelum balik memang wajib meround bandar Kuching dulu.

Time ni aku cam kurus sikit. Makna tak nye, time ni tahun 2009. 6 tahun lepas dah. Hahaha. Tapi aku still pakai baju yang aku pakai dalam gambar ni. Dulu baju ni loose2, sekarang dah macam sarung nangka! Muahahahaa.

nurul, lako, aku, syu & ellie

jet, halis, zila, capik, budak yg sebelah capik tu junior kitorang tapi lupe nama dia hahaha

masa ni makan kat chicken hartz, sorang makan kena bayar sekali rm40 ke bape entah pastu makan sampai puas

kitorang mmg conquer tempat ni, sampai penat pekerja restoran ni kena topup je makanan sebab kitorang makan banyak hahahaha



dengan baya, baya ni dah mak orang dah, nama anak dia pun iman jugak



yang dah kenyang dah boleh kuar, ada time limit nak duk dalam restoran ni tapi tak ingat bape lama ntah, 2 jam kot


hahahaha time ni selamba giler bergambar kat atas pentas sebab nk amik gambar kt sarawak plaza tu 

filzah, baya, zila, lako & weeda


time ni tiba2 terkejut jumpa lecturer, nama lecturer tu Sir Syukri
yang pakai kemeja belang2 tu

jalan2 buat kali terakhir kat bandar Kuching, lepas ni memang tak tau lagi nak pergi bila

landmark wajib bergambar kalau datang Kuching

dah puas meround, kitorang plan main bowling pulak
bape frame ntah conquer hahaha

lako, nabila & aku



time ni memang hari2 terakhir kelas ni, tempat wajib bergambar kt dalam UiTM Sarawak kt U-floor

ni semua member2 aku, semua kerja bahagian ladang, ada yang jadi lecturer Perladangan jugak, aku je tercampak ke bidang lain hahaha


Kalau nak masuk gambar memang banyak gilerrrrr. Aku pun tak larat nak pilih. Rindu kat diorang ni sangat. Lepas2 habis2 belajar Diploma ni, ramai gak yang sambung degree kt UiTM Shah Alam. Lepas habis study kat UiTM Sarawak, aku takde rezeki nak ke sana lagi. Aku dengar yang UiTM Sarawak ni dah besarrrrr. Dah best dah. InsyaAllah ada rezeki, aku memang nak ke sana jalan2. 



Ok dah lenguh tangan.


ok bye!
eimanhikmah

Wednesday, May 20, 2015

313 Wordless Wednesday : Gloomy

Wednesday, May 20, 2015
Assalamualaikum…




Serius hari ni rasa hati mendung je. Semendung hari macam nak pergi keje tadi. Sepanjang jalan mendung pastu hujan. Aku nak senyum pun larat. Aku tadi teringin sangat meehoon goreng tapi tengok takde orang jual pulak. Lapar. Bertambah2 la gloomy aku hari ni. Haipp takleh taip bebanyak. Hahaha.




 


Semoga kejap2 lagi aku tak gloomy macam sekarang. Hakak2 office, silalah puji tudung i cantik hari ni. Hahaha.



ok bye!
eimanhikmah

Tuesday, May 19, 2015

312 Drama Review : Dia...Isteri Luar Biasa

Tuesday, May 19, 2015
Assalamualaikum..


Drama Hati Perempuan dah habis, habis la rindu kt Tengku Zaril pulak. Muahahaha. Minggu ni start drama Dia..Isteri Luar Biasa (DILB) pulak. Aku rekod je, balik kerja kerja baru tengok. Best la gak untuk first episode kan. Layan kan je laaaaa. Yang paling aku kelakor, Keith Foo jadi lembut. Hahaha. Aku tak baca pun novel cite ni, so aku tak tau watak2 yang ada. Aku rasa lepas ni aku gila bayang kat Shukri Yahaya pulak. Ok sila geli kt situ. Hahaha. Aku dah lama minat Shukri Yahaya ni sebab dia comel. Hiks.

Drama ni pasal Dewi yang nak anak tanpa kahwin. Dia nak try nak mengandung secara haram tapi tak boleh, so dia kena cari suami kawen kontrak, lepas mengandung dia nak minta cerai tapi tak boleh sebab dia alahan teruk. Camtu lah yang aku faham dari aku baca synopsis tu. Lepas ni kena la tengok tiap2 hari untuk tau cerita sebenar. Keith Foo dengan Fathia cam match je sama cam drama Arianna Rose dulu tapi hero dalam drama ni Shukri Yahaya tu iaitu Dr.Amzar.





Aku memang dah set awal2 nak rekod drama ni petang ni. Nak tengok apa jadi. Tasabar tasabar. Hehehe


ok bye!
eimanhikmah



Monday, May 18, 2015

311 Terasa Hati

Monday, May 18, 2015
Assalamualaikum..



Masa aku dok berblog walking. Hamboihhh sempat! Sempat je kalau aku, hari isnin, keje so so je. Lagipun puasa pulak kan. Aku terkesima dan terasa hati dengan entry satu blog ni. Terasa hati sebab kena kat batang hidung sendiri. Kadang2 kita rasa kita bagus, tapi sebenarnya tak pun. Kita rasa kita baik tapi sebenarnya tak pun. Terasa hati wehhh. Cuma kadang2, orang lain tak hargai kehadiran aku. Tapi entahlah, aku still terasa hati. Wahai hati, bertabahlah.

14 perkara luar biasa jika anda..
“JANGAN MENUNGGU”
*************************

1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.
2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka.  akan dipedulikan ….
5. Jangan menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, t√Ępi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.
6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
7. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.
8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.
9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.
11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka kita akan berjaya.
12. Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!
13. Jangan menunggu waktu luang utk Tuhan,
Tapi luangkan waktu utk Tuhan,
14. Jangan memulakan perniagaan dgn modal yang kotor untuk menunggu dapat untung besar baru bertaubat kerana Tuhan tidak akan merestui usaha kita. Maka kita pasti tidak akan berjaya.



Dan… Jangan menunggu lama lagi untuk share tulisan ini kepada semua orang yang anda kenal…
Sehingga kita semua tersedar dari lena yg panjang dan berjaya bersama..
Sehingga kita semua tersedar dari lena yg panjang dan berjaya bersama..


Tuhan memberkati!






310 Lemau

Assalamualaikum..


Weekend lepas aku cuti dan aku berjaya duduk rumah je lepak2 depan tv. Hahaha. Ada la kuar sikit pergi cari roti pastu pergi bayar bil tenet. Tu pun kuar tak lebih 3 jam. Memandangkan tenet kena potong, jadi aku duk diam2 depan tv. Hari tu aku cakap nak polish kete tapi malas ahhh. Hari ni masuk keje sudah. Biase la isnin, lemau sikit nak2 aku puasa hari ni. Nak buka puasa apa eh. Malas ahh nak taip bebanyak hari ni. So isnin ni be like,


Hahaha. Tak senonoh kan aku. Masuk2 keje lemau lagi. Spirit spirit come to my world.


bye!
eimanhikmah

Friday, May 15, 2015

309 Food Lover : Lauk paling win

Friday, May 15, 2015
Assalamualaikum..

Aku ada virus tak suka angkat call no yang pelik2. Selalu terbayang2 orang jual insuran je. Haha. Tapi tadi aku dapat call dari Swcorp. Alaaa company yang uruskan sisa pepejal tu. Aku ada buat aduan pasal longgokan sampah kt kawasan rumah aku. Aku hantar aduan ke DBKL kena reject, aku hantar ke Swcorp takde respond pulak. Ahh takleh jadi ni, aku terus report ke Jabatan Perdana Menteri. Haaaa baru mengagau semua orang kan. Pum pang pum pang, aku turun rumah tadi haaa dah bersih pun tempat tu. Lepas ni kalau jadi lagi, aku memang buat aduan lagi kt Jabatan Perdana Menteri. Biar menggelabah lagi diorg tu.



Ok habis dah membebel pasal diorang tu. Hari ni segmen Food Lover. Hahaha. Over tak aku bersegmen bagai kan. Muahahaha. Aku macam orang lain jugak, tengah bulan sengkek oiiii. Hahaha. Dan makanan paling win bila tengah bulan ni adalah nasi berlaukkan telur goreng letak kicap. Hahaha. Perghhh ni pekena tetengahari, tengok pulak tv memang sedap weh. Aku makan bertambah2 lagi tu. 

ni la lauk aku makan tadi, layan pulak drama omputih kt channel DIVA, perghhh memang layan. Alhamdulillah.



Telur sekarang kecik2 betul, aku tadi kena goreng 3 bijik telur baru nampak standard telur masa aku kecik2 dulu. Huhuhu.

ok bye!
eimanhikmah

Thursday, May 14, 2015

308 Throwback Thursday : Senibong

Thursday, May 14, 2015
Assalamualaikum..

Hari ibu baru je berlalu beberapa hari lepas. Aku dengan adik beradik jarang celebrate hari ibu ni. Sebab kitorang jarang ada kat kampung time hari ibu. Tapi mak kitorang ok je, takde nak sentap2 punya. Sebab mak tau yang anak2 dia akan balik hujung bulan ni untuk majlis akak aku tunang. Selalu kitorang akan celebrate hari ibu, besday anak buah, besday ayah, besday along dengan besday semua orang lah, aku tak ingat dah besday siapa. Muahahahaha. Selalu celebrate combo cmtu. Senang.

Tapi selalu besday aku tak sempat nak celebrate reramai cmni. Sob sob. 


Teringat tahun 2012, kitorang sambut hari ibu dengan besday semua masa makan2 kat Senibong. Senibong tu memang syurga makanan laut. Best la gak. Banyak choice. Tapi kalau korang tanya Senibong ni kat mana, jangan tanya aku, google sendirik. Hahaha

Pas makan2 kat sini, kitorang meround pasar Karat pulak. Aku ni nama je orang Johor, tapi pasar Karat ni aku tak pernah pergi pun. Alaa sama cm Danau Kota gak. Ada orang panggil Pasar Segget. 






ni kat Pasar Karat tu
















Tak sabar nak balik kampung nanti. Tak sabar aku nak bantai kek tunang akak aku. Hahaha. 

ok bye!
eimanhikmah