Thursday, April 23, 2015

294 Throwback Thursday : KLPac Theater

Thursday, April 23, 2015
Assalamualaikum..


Hari ni aku nak throwback kisah masa kt UiTM dulu. Zaman2 muda mudi, selenge je time tu. Kalau lecturer tak ajak, memang sampai ke sudah aku tak pernah tengok teater. Yang ajar subjek English time tu lecturer India. Nama dia kalau tak silap Sir Alfred. Dia cakap ada teater best, tajuk dia ape ntah. Tak koser nak ingat. Ok masuk2 dalam tu, ohhh camni rupanya pentas teater. Mase tu pentas tu kecik je. Propnye diorang guna kerusi je pastu hentak2 kaki. Jalan cerita jangan tanya la,lagi lah tak koser nak ingat. Hahahah.

Yang paling sadis, lecturer aku tu boleh sewa bas paling buruk sekali nak pergi tempat teater tu. Perghhhh dengan takde air-cond, boleh cayaq mekap aku. Tapi kitorang maintain cun lah kan. Memang muka ngadap tingkap je lah. Hahaha. Alaaa tempat teater tu kt KLPac kt Sentul Park. Dalam tempat tu cantikkkk. Ada bangunan lama2. Memang kaki gambar kan, jap lagi korang tengok lah. 


korang nampak tak bas tu, sadis kan. tapi selamat la pergi balik time ni hahaha

masa diorang tengah berteater dalam tu takleh pegang handphone, so bila dah habis baru bergambar2 dengan diorang tu, yang pakai dress hitam 2 orang tu, yang rambut simpul kalau tak silap berlakon jadi mak2

time ni dress up ni dah paling cun dah, pakai lipstick skit, eye shadow sikit..kelakor bila ingat balik hahaha

another actress, kalau korang ingat pelakon yang tinggi tu ada berlakon iklan Digi, kalau ingat laaaa

sesi posing memposing sebab dalam ni cantik sangat

budak lelaki baju hitam tu la officemate aku sekarang, dh kawen hokeyyyy

haaaa ni laaa bangunan yang cantik tu, aku rasa lah bangunan cam bangsal padi dulu2 la..memandai2 je aku kannnn

bab posing aku memang paling over hahaha

bab lompat pun paling over..=p

dari kiri, tunang orang, isteri orang, isteri orang, single oppssss

posing lagi



Aku saja nak jadikan setiap khamis sebagai #throwbackthursday aku. So ada la feed tetiap minggu aku untuk gambar2 yang dulu2. Aku selalu je pergi Sentul tapi aku tak perasan pulak KLPac ni kt mana. Yelah yang dulu pergi, uncle driver bus tu yang bawakkan. Nak pergi lagi sekali tak ingat dah.


ok bye!
eimanhikmah

No comments: