Friday, April 17, 2015

287 Kuih Dadar Inti Pink

Friday, April 17, 2015
Assalamualaikum..


Ingat tak aku ada belikan mak aku kuali Tefal. Aku bawak balik kampung nak bagi dia. Mak aku awal2 cakap nak wat kuih dadar. Kalau orang Johor cakap kuih ketayap. Alaa yang kulit kuih kaler hijau tapi inti dalam kaler coklat hitam tu. Pagi2 mak aku dah suh ayah beli kelapa parut. Sekarang susah nak cari kelapa parut sebab orang pakai santai segera je. Nak wat kuih dadar nak kena pakai kelapa parut. Nasib baik ayah jumpa. Bermula projek aku dengan mak aku. Hehe.

Alaaaa gula Melaka habis pulak. Aku tanya mak aku boleh ke pakai gula biasa. Mak aku cakap boleeeeehhhhh, kita yang buat kuih, bukan kuih buat kite. Gittewwww. Maka jadilah inti tu kaler merah sebab kalau putih je nampak cam pucat sgt. Aku cakap kat mak letak sirap lah. Tengok idea aku tu sesuka hati je. Hahaha. Jadilah inti kuih dadar aku pinkish2. Yang kulit kuih dadar tu pulak mak aku guna daun pandan. Blender daun pandan, tapis air dapat kaler hijau. Traditional jek.

Pastu test lah buat kulit kuih dadar tu kat kuali tefal. Tapi kuali Tefal tu besar sgt. Last2 pakai kuali goreng telur yang aku belikan dulu jugak. Kuali goreng telur jenis tak melekat. Habis kuih dadar aku wat makan masa ngeteh petang.

Selamat menjamu selera kuih dadar inti pink aku!









Nak wat kuih dadar kuih tradisional cmni bukan susah pun sebenarnya. Campak2 je jadi terus kuih. 


ok bye!
eimanhikmah

No comments: