Friday, April 17, 2015

286 Picnic kat Morib

Friday, April 17, 2015
Assalamualaikum..

Aku dah macam cerita back-to-back. Dari lambat ke cepat. Hohoho. Sebab banyak sangat benda yang aku wat sepanjang minggu lepas. Hari isnin hari tu aku dengan officemate pergi picnic kt Morib. Akak officemate aku ni booked Rumah Peranginan Persekutuan Morib. Rumah not so bad. Rumah banglo kayu tapi aircond. Tapi lautnyeeeee jauhhhhhhhh sangat (nampak tak betapa jauhnye tu)  sampai ke tengah air sampai buku lali jek. Kat situ aku frust sikit takleh nak berendam. Hahaha. Budak kecik pun takleh mandi.

Abg aku dah cakap dah yang pantai Morib tu tak best. Dia tanya kenapa tak pergi Port Dickson terus. Aku cakap ntah la, akak tu dah siap booked rumah tu takleh cakap apa la. Yang seronoknya pergi picnic kali ni sebab pergi ramai2 sampai 7 bijik kereta. Amik ko! Next time kang boleh pergi tempat lain yang lebih mencabar sikit. Bermalam pun best.

Kawan2 aku semua dah pakat2 bawak makanan. Aku bawak perut jek. Hahaha. Sebab sehari sebelum tu aku baru je balik dari Johor kan. Malas nak prepare apa2. Setiap sorang bawak sikit2, hamik ko penuh meja. Dah sampai sana masak lagi mee goreng, BBQ, kentang goreng bagai. Sampai malam tak habis, siap kena tapau. Aku tak tapau sebab kalau tapau takde sapa nak makan nanti.

Meh layan gambar.











tengok air laut tu, budak kecik pun takleh mandi. Huhu. Tunggu next trip nak pergi Port Dickson pulak.

ok bye!
eimanhikmah

No comments: