Friday, April 17, 2015

285 Ayah Umrah

Friday, April 17, 2015
Assalamualaikum..

Semalam aku cerita aku pergi makan roti charcoal yang sedap sgt tu. Pagi tu aku sebenarnya aku pergi hantar ayah umrah kt KLIA. Aku berangan nak pergi pagi2 sebab takut jem. Nk kuar dari KL mana yang tak jem kalau waktu peak kan. Last2 aku terbangun lambat jugak sebab malam sebelum tu aku balik kerja kul 12 malam. Gitu gini tidow lambat jugak akhirnya. Bila dah sedar, cepat2 mandi n bersiap. Aku guna waze nak pergi KLIA sebab waze boleh tunjuk jalan mana yang tak jem, jalan mana yang jem. Huhu.

Ok lah sampai KLIA, aku tunggu kat situ sorang2 dalam 1 jam. Sebab mak, ayah, kakak2 aku tak gerak lagi dari rumah abg yang kt Sepang tu. Sebab sebelum tu ingat memang nak pergi rumah abg aku tu tapi kang  aku masuk dalam, pastu duduk 5 minit,nak kena kuar balik dari Sepang tu malaslah.

15 April tu jugak besday along aku. Happy besday along yang ke-38tahun. Takde apa2 sangat nak buat sebab along pun kt Johor. Tapi kitorang gedik2 makan red velvet, choc cake, dengan choc indulgence kt Secret Recipe KLIA tu sementara tunggu ayah masuk Internatioal Imegresen tu.

Semoga ayah selamat pergi dan balik. Ayah excited sangat sebab ayah dah lama tak pergi Makkah. Last dia pergi dalam 20tahun lepas kot. Alhamdullilah, company dia nak support pergi sana. Ramai jugak jemaah dari company ayah. Aku tak pesan2 apa kat ayah, ayah mesti tau anak dia nak apa kalau ayah berdoa depan kaabah tu. Amin Yaa Rabbal Alamin.



ayah dan mak tersayang
kt secret recipe
check2 beg ayah





Ayah pergi selama 12 hari. Semoga ayah sihat selalu untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah. Amin Yaa Rabbal Alamin.

ok bye!
eimanhikmah

No comments: