Sunday, April 5, 2015

280 Aku malas betul nak ingat password

Sunday, April 5, 2015
Assalamualaikum..



Aku sekarang kerja dengan sistem. Sistem tu sistem ni sampai aku naik pening. Setiap sistem ada password. Ko bayangkan dalam hidup aku ada belas2 password aku kena ingat. Tak masuk no pin bank. Nasib baik aku buat no pin tu same je untuk semua bank. Aku pernah simpan kad bank kawan aku dalam purse. Tapi aku lupa, selamba aku pergi cucuk kad dia pastu masuk no pin aku sampai 3 kali, haaa pastu kena kad kena telan. Haaa mengamuk la kawan aku tu sebab kad kena telan pastu kena pergi bank untuk amik kad baru. Dah la takde transport, tak pandai drive, kena mintak tolong orang drive kan. Memang mencosss la kawan aku tu tak tegur aku 3 hari. Tapi sekarang baik dah. Hahaha.


Nak bukak pc pun ada password. Macbook pun ada password. Kenkadang pc office kena block sebab salah masuk password atau pun password expired. Aku selalu password expired. Sebab aku malas nak tukar2 password. Kang aku kena marah manager sebab aku akan mintak tolong diorang anta email ke IT helpdesk untuk bg password baru kat aku. Email gmail ke yahoo pun ada password. Tu password lain2 jugak. Email fb pun lain. Banyak giler password. Ke aku sorang je yang jenis banyak password ehhh. Kalau ingat takpe jugak. Ni lupa.


Aku rasa aku kena tulis setiap password dalam satu kertas pastu simpan baik2. Anytime lupa boleh bukak kertas tu. Ohhh ni la password tu, ohhh ni lah password ni. Dah lama nak buat tapi tak buat2. Lebih kepada malas. Hari tu aku check akaun PTPTN, orang tu pun bagi no akaun PTPTN yang kena aku ingat jugak. Matilanakkkkk.



Kena start ni tulis password ni. Bukan setakat password, username, no acc, no pin, semua kena tulis. Jangan malas2 boleh tak??




bye!
eimanhikmah

4 comments:

Ezy Loy said...

buat sume password same je..
baru nk senang ingt..
haha

miss eimanhikmah said...

cik Ezy : sebelum ni mmg sama, pastu bila expired or reset terus tukar jd lain

kucen master said...

satu org dpt hack, abis semua akaun dia sapu

http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/kucing-beranak-lagi.html

miss eimanhikmah said...

kucen master : matilanakkk kalau kena hack..huhuhu