Saturday, April 4, 2015

279 Anak Anak Bulus Kesayangan

Saturday, April 4, 2015
Assalamualaikum..


Tadi masa tidow, aku kena kacau. Kena kacau dengan kucing, bukan kena kacau dengan benda2 halus. Pantang betul nampak tangan ke kaki ke,habis digigit2. Tu kerja Lucy. Lucy ni baik je, sebab kalau dia gigit2 tangan ke kaki ke tak sakit pun. Aku rasa dia rindu mummy dia. Mummy dia akak teha aku tu la. Akak aku balik kampong jaga baby Affan. Dia tengah cuti 2 minggu sekarang. Anak bulus kena tinggal sebab ada baby. Aku lah kena jaga anak2 bulus ni.


Rupanya, Lucy cari tangan suh orang gosok2 badan dia. Badan dia gemuk sangat. Takleh nak jilat bulu sendiri. Aku rasa dia gatal kat badan. Sebab lepas aku gosok2, garu2 badan dia, dia terus ok. Alahai manja betul. Aku amik dia masuk dalam selimut plus kena gosok2 dia duk diam je. Baik je Lucy ni.


lucy the superpower cat!


Si Loki pulak, jangan harap la orang nak gosok2 dia. Bila dukung pun nak gigit tangan orang. Gigit sakit pulak tu. Loki ni dominan sikit. Ada satu hari tu, Boro tidow macam biase atas rumah dia. Atas rumah Boro tu aku letak towel supaya selesa sikit diorang nak tidow. Bila nampak Boro tidow atas tu, terus Loki terkam Boro. Terkulat2 Boro tidow kat lantai je. Padahal tu rumah Boro. Pastu Loki tidow terkangkang atas tu. Sakit pulak hati kiteww tengok nye. Hahaha. Loki ni aku tak peluk2 sangat sebab dia garang. Tapi dia manja, dia boleh duk kat dada orang pastu wat macam hisap susu. Sampai basah baju dibuatnya.


tidow pun berbantal, time ni dia tidow dgn aku




Boro pulak. Bagi aku kucing paling baik sekali. Aku bela dia sekor2 je dekat 2 tahun. So dia memang takde kawan. Kawan dia adalah aku. Kawan tidow, kawan masak, kawan mandi. Sampailah akak aku pindah masuk rumah aku dia bawak Loki dengan Lucy.


port sembunyi boro



bestfriend



Mula2 Boro stress la jugak sebab ada kucing lain kat kawasan dia. Sebelum ni dia satu rumah tu kawasan dia. Bila datang Loki yang dominan tu, dia rasa tak suka. Suka terperuk bawah katil je. Lucy pun sama. Sebab rumah dah lain, dia rasa lain. Tapi lama2, diorang ok. Dah boleh main2 sama. Yang bestfriend Boro dengan Lucy je.  Boro tak ngam dengan Loki. Jantan sama jantan kot. Tapi bila makan sebelah2, tidow sebelah2, lepak sebelah2, jalan sebelah2 tu no hal. Cuma takdelah nak jilat sesama diorang tu, tu aku tak pernah nampak lagi. Boro jilat Lucy, Lucy jilat Boro tu aku selalu nampak.


time ni elok je tidow berdua

Bila dah 2 tahun lebih bela kucing ni, aku jadi sayang kucing. Aku memang bawak makanan kucing dalam beg. Kalau jumpa kucing jalanan, aku bagi makan. Lega hati kalau nampak diorang makan. Alaa bukan susah pun, kucing2 tu tak mintak kari kepala ikan pun nak makan. Aku beli kibbles yang murah sikit. Aku jadikan stok. Anytime nampak kucing jalanan, aku bagi makan. Habis dalam bekas, aku topup lagi. Kalau kat fb tu kalau tunjuk kucing kena dera ke, kena langgar ke aku tak berani nak tengok. Kesian. Aku tak dapat bayangkan Boro Lucy or Loki kena macam tu. Sampai hati orang yang buat macam tu.



Apa yang berlaku kat fb aku taknak cerita. Macam2 orang macam2 ragam. As long as aku jaga Boro Loki Lucy baik2 aku duk je diam2. Yang selalu concern pasal kucing ni akak aku la. Dia check taik budak2 tu berdarah ke tak, dia tengok budak2 makan ke tak, minum ke tak, gitewww la. So far aku jaga Boro, Boro ok je. Sihat je. Memang dia tak gemuk cam Loki dengan Lucy tapi dia paling sihat. Berat dalam 4.5kg to 5kg.


Tak dapat bayangkan kalau kucing2 aku takde nanti. Mesti tak best. Aku bela diorang macam anak sendiri dah. Akan datang kalau aku tak bela kucing dalam rumah pun mungkin aku akan tolong kucing kt luar sana. InsyaAllah.



bye!
eimanhikmah

7 comments:

Ezy Loy said...

comel giler lucy..
gemokkkkkk..
haha..

saye xreti nk bela kucing ni..
lg satu takot sikit ngn kucing..
teheee

f|r@n|$ said...

panjang lebar citer pasal kucing...
hehehe...

btw, aku adalah seorg yg penakut kucing....
haha

miss eimanhikmah said...

cik Ezy : ha a lucy paling gemok. dia suka main air..hehehe

miss eimanhikmah said...

f|r@n|$ : dulu aku takut jgk tp lame2 jd syg pulak

Mialia Amelia said...

wah banyak nya kucingggg.. gemuk2 dan manja pulak tu. hehe. luar rumah sy skarang ni ada byk ank kucing. but actually kucing yg kitorang betul2 bela tu sikit je, diorang just suka lepak kat rumah ni, hehe

Mialia Amelia said...

wah banyak nya kucingggg.. gemuk2 dan manja pulak tu. hehe. luar rumah sy skarang ni ada byk ank kucing. but actually kucing yg kitorang betul2 bela tu sikit je, diorang just suka lepak kat rumah ni, hehe

miss eimanhikmah said...

cik Mialia : skrg ada 3 ekor kucing kt umah..best la diorg dtg lepak,boleh bg mkn sekali..mak sy pun cmtu jgk, dia tk bela kucing dlm rumh, tp kt luar rumah mak selalu bg mkan