Thursday, April 2, 2015

277 Thurdays Throwback : Naik Laser

Thursday, April 2, 2015
Assalamualaikum..


Beberapa hari ni aku duk godek2 aku nye blog. Sampai tunggang langgang dibuatnya. Siap kena private kan. Tukar template bagai. Saje je. Hehe. Aku suka yang putih cmni. Same cam dulu tapi dulu cm kosong sgt. Tentibe jadi hijau putih pulak, padahal aku duk sibuk cari template white pink. Entah la tak jumpa pulak. Tapi bila dah siap edit cm lawa pulak. Sejak dah kerja ni, tahap kreatif cm makin kureng. Boleh la ni ek. Asalkan diri sendiri happy pun jadilah!



Bila aku godek2 pc aku ni haa. Aku jumpa gambar zaman2 belajar. Walaupun gambar DLSR, tapi takde grafik card, gambar tetap kureng. Iskkk ni buat rasa nak cepat2 beli grafik card. Dulu ex-bf akak aku belajr kt ALAM. Ntah cmner, kitorang terjoin diorang nya camping. Camping uoll tepi laut lagi. Aku ni menyibuk jugaklah join camping diorang. Tapi kitorang tidow chalet. Malu lah nak join tidow dalam khemah kan. Hehehe.


Masa tu coach tu best giler, layan kitorang macam adik2 je. Sempoi je. Dengan anak buah dia, garang nak mampus! Bila dia jerit, satu laut dengar. Haha. Part paling best, masa tu budak2 ni nak balik kem diorang, budak2 ni kena naik laser. Aku dengan akak aku naik bot. Of coz la laju kalau naik bot kan. Yang laser tu slow sebab kena ikut kelajuan angin. Coach tu bawak kitorang jalan2 kat laut. Tengok kapal dagang yang besar bagak tu. Aku rasa cm nak tenggelam je kapal tu sebab besar sangat. Time ni memang best giler la aku rasa walaupun diorang dah tak heran sangat pun. Aku je over. Hahaha.


Tapi bila tengah2 laut tu, coach suh tukar naik laser pulak. Ko bayangkan tengah laut tu kena lompat to laser tu. Memang la pakai life jacket tu, tapi kecut jugak lah. Tapi aku lompat je. Bergegor bot dibuat aku. Hahaha. Masa naik laser ni memang best giler. Coach tu suh aku handle laser tapi aku tak berani. Coach tu suh anak buah dia terbalik laser, amik ko memang terbalik terus. Naik lemas aku! Nebes ioll yang gemuk ni nak panjat laser tu. Last2 dapat jugak. Separuh nyawa dah nak hilang. Cis punya coach!
 



ni aku dah ready2 nak balik kem

ni lah laser tu, xde enjin..ada tali2 je

ni lah kapal dagang tu, aku rasa cam nak kena hempap je


dengan akak aku, kak teha



ni la coach sempoi tu

aku dah naik laser, aku peluk je tiang tu sampai laaa....

sampailah laser tu terbalik..huahuahuahua
time ni aku rasa cm nak nangis dah

susah giler nak naik semula..time tu coach tu kt bot tu gelakkan aku sebab susah nak naik semula

time nak balik dah



pengalaman yang menyeronokkan. Tak tau bila lagi dapat macam ni.


bye!
eimanhikmah

2 comments:

Ezy Loy said...

mak ai.. bestnye!
nk join! xajk pon.. huhu

miss eimanhikmah said...

cik Ezy : best sgttttt..nti kalau ada kite ajak ekkk