Sunday, March 1, 2015

256 Cerita balik kampung

Sunday, March 1, 2015
Assalamualaikum..

Kite balik kampong seminggu dah seminggu lepas tapi cerita balik kampong baru nak cerita. Bukan takde internet tapi malas gila nk online. Hehe. Bukak hp online fb dengan insta, pastu tutup. Dah nama balik kampong, memang kerja nya melepak je la. Golek-golek depan tv, borak-borak petang dengan mak ayah, adik beradik semua. Borak-borak punya borak, sampai dekat maghrib. Dah semua solat lewat-lewat. Hahaha. Selalu mak ayah kalau solat on time. Jarang la nak nak lewat-lewat solat ni. Dah nama anak yang balik kansss.

Seronoknya kalau dapat balik kampong selalu. Seronoknya lebih dari dapat pergi berjalan overseas. Siapa takde kampong ruginya. Request je cakap kat mak nak donut, mak buatkan. Nak asam pedas, mak buatkan. Semualah. Mak bebel jugak, kalau anak-anak balik, anak-anaklah masakkan untuk mak, ni tak, mak jugak masak. Hehe. Masalahnya, kitorang balik kampong sebab nak makan masakan mak. Mak geleng kepala je. Nasiblah mak. Anak-anak rindu mak. Rindu masakan mak. Hehehe.

jalan jalan Jusco cuci mata

jalan jalan pasar lambak cuci mata gak

selfiee sattt


Tak tau pulak yang cousin kawen hari tu. Sehari sebelum tu baru mak cakap, pastu rasa macam budak kecik, awal-awal cakap nak ikut. Siap pinjam baju kurung mak. Aku ni balik kampong, bawak balik t-shirt dengan jeans je. Hikhikhik. Nasib baik sama saiz dengan mak,senang! Dah namanya pergi wedding, takkan aku nak makan kuih je. Of course la termakan nasi beriyani. Hancuss diet aku. Tapi aku makan sikit je. Sikit je. Tak kenyang pun perut. Aku redhoooo. Haha. To cousin, Selamat Pengantin Baru. Kembar ko tu anak dah 3, ko baru nak kawen. Haha. To cousin baru Niena, welcome to Haji Rahim’s family. Lepak-lepak rumah pengantin cousin, kitorang pun gerak untuk ke wedding lagi satu. Kat situ betul, memang makan kuih je.

cousin's wedding, cousin yang pengantin lelaki tu

odw to wedding..mom, kak teha n kak eda



Pastu kitorang adik beradik kengkonon nak buat BBQ. Kengkonon macam tak diet, kengkonon macam tak kenyang makan nasi beriyani kat wedding cousin. Kengkonon rajin la. Tapi tak buat pun. Petang tu kitorang pergi makan pisang goring. Malam sebelum tu, kitorang plan-plan la bagai semua. Dalam wasap, along wasap, jom kita pergi makan pisang goreng best. Ok lah, kitorang yang perempuan, semua perempuan sebab memang semua perempuan. Mak, along, kak eda, kak fetty, kak ain, kakak ya, adik pa dan aku. Semua perempuan, man not allowed. Hahaha. Pergi naik satu kereta je. Sumbat semua orang. Kanak-kanak masuk bonet. Hahaha. Bukan bonet la, kereta MPV kan. Bonet tu seat belakang sekali. Bila sampai kedai, kedai penuh takde seat langsung. Kedai pisang goreng je kot. Cuti raya cina, orang balik kampong, nak minum-minum petang, so kedai penuh. Ok takpelah, kedai penuh, tunggu je orang lain habis makan, kitorang berdiri je la kat tepi kedai. Dalam 10minit jugak lah. Kitorang semua ok je. Memang takde lah nak marah or buat muka bengang, just tunggu je. Sekali ada seorang pakcik ni, rasa segan kot. Dia bangun padahal dia tak habis makan lagi. Pakcik tu bangun suh kitorang duduk. Tapi dalam masa yang sama, menantu ke anak pakcik tu jelling-jeling bengang kat kitorang. Eh apasal pulak ko nak jelling-jeling kak oi. Kitorang tak halang pun ko nak makan kat situ. Kadang-kadang orang ni, time kita tengah tunggu turn nak dapatkan meja, ko sengajalah nak makan lambat-lambat pastu nak sapu habis makanan atas meja, pastu ko sedut semua air atas meja tu padahal air dengan makanan atas meja tu anak ko punya dan anak ko taknak makan dah. Of fine, membazir amalan syaitonnn. Huhuhu. Pastu akak tu move to another meja, dia makan lagi. Kitorang semua gelak. Akak tu lapar lagi. Huahuhuahua.


ni lah pisang goreng best yang kitorang ingt pisang goreng cheese! haha

cantik kan sagu ni dibungkus belang belang

Ok tak baik kutuk orang. Kitorang dah dapat meja, so sesi order mengorder. Mintak pisang goreng 2 pinggan, laksa 4 pinggan, air bercawan-cawan. Sesampai je pisang goreng, eh bukan pisang goreng cheese ke? Kitorang tanya budak kedai tu, takde pisang goreng cheese ke? Dia kata, memang takde, tak buat pisang goreng cheese. Tipah tertipu! Hahaha. Orang kampong tak makan cheese weh. Mahal. Orang Johor makan pisang goreng dengan sambal kicap je. Lagi sedap. Terus terkam along, mana pisang goreng cheese? Eh mana ada along cakap nak makan pisang goreng cheese. Gigihlah bukak wasap, tengok balik wasap memang along tak cakap pun pisang goreng cheese tapi pisang goreng best. Tipah tertipu lagi. Hahaha. Bukan pisang goreng cheese pun sodap. Habis licin 2 pinggan. Laksa pun habis.

Seronoknya balik kampong, lepak dengan adik beradik. Bukan selalu. Rindu kat adik-beradik. Kali ni yang tak balik kampong abang yang no.2 je sebab dia ada job nak amik gambar orang kawen. So dia tak balik, takpelah. Nanti boleh jumpa.

Asam pedas mak paling takleh blah. Mula-mula tu, mak dah kuarkan ikan siakap. Mak dah siang-siang semua, dah bersihlah. Pastu suh kak teha aku masak, tengah basah-basah ketiak masak, cun-cun makcik aku datang anak beranak. Memang time tu tengah semerbak bau asam pedas satu rumah, orang dah bau, takkan tak pelawa makan kan. Dah siap masak, panggillah diorang makan. Rugi diorang makan asam pedas tu sebab akak teha aku yang masak. Huahuahua. Sebab kalau mak aku yang masak, menjilat jari lah diorang. Masak tak berapa banyak, so habis first round. Second round, kitorang suh jugak mak masak. Perghhh yang mak masak la sedap. Siap masak asam pedas ikan kitang yang ayah pancing sendiri kat laut. Freshhh dari laut. Perghhh sedap jugak. Gambar asam pedas ikan kitang takde tapi gambar ikan kitang ada untuk orang tak tau ikan kitang. Hehe

Oklah tu cerita balik kampong seminggu. Orang lain rasa macam takde apa-apa tapi bagi aku, tu yang paling best. Seronoknya sampai rasa taknak balik KL semula. KL bosan! Balik dengan 3 ekor kucing, riuh rendah dibuatnya. Macam biase lah, diorang wat tawaf kat dalam kereta tu. Tunjuk gambar je lah. Tapi gambar gelap sebab balik malam.

duk kejar cicak budak 2 orang ni!

semua tidow dengan aku atas katil. syoknya diorang ni tidowwwww


Bye!

eimanhikmah

No comments: