Monday, March 30, 2015

276 Terima kasih Team Suria.FM & Red.FM

Monday, March 30, 2015
Assalamualaikum..


Semalam balik kerja terus pergi Selayang Mall sebab mak nak kuali Tefal kat SengHeng. Aku jugak promote kat mak yang kuali Tefal tu murah. Aku pun terbeli untuk aku jgk.  RM42 untuk saiz 26cm, murah oi! Masa nak masuk ke dalam Selayang Mall, aku nampak cam ada Suria FM & Red FM road show. Alahh yang bagi2 hadiah tu. Masa aku sampai, crew Suria FM tu tanya nama Perdana Menteri  ke-4. Ada akak tu dah jawab then dapat hadiah. Soalan sng2 je tu.


Pastu diorang tanya, apa benda merah yang paling besar yang ada kat badan korang, aku aim beg aku. Aku terus hulur ke depan, aku lupa yang aku pakai baju merah, bila akak sebelah aku tegur, aku terus tukar ke baju pulak. Hahaha. Aku dah kedepan nk join. Game nya, minum air badak sampai habis dan bila habis minum, kena buat muka garang. Sekali, aku seri dengan akak sebelah. Pastu nak penentuan, kena main osom pulak. Last2 akak tu menang, aku dapat Nata De Coco jek.

nata de coco yang dpt smlm


Pastu crew tu tanya lagi, siapa ada Instagram. Apa lagi, aku kedepan lagi lah. Muka aku lagi. Haha. Diorang suh selfie dengan diorang pastu hashtag #suriafmmalaysia & #redfmmalaysia. Aku paling lambat selfie dengan diorang sebab macam nervous. Tapi last2 aku menang jugak sebab aku paling cepat upload. Dapat hadiah dari Saji. Ada macam2 dalam beg tu. Rejeki orang kata. Alhamdulillah.

selfie dgn crew suria fm tu


ni lah yg dlm beg tu, semua produk saji


Pastu last sekali, game Captain & Hook. Main pegang hidung dengan telinga cara bersilang. Main2 punya main, aku final 2. Penentuan pemenang, kena darabkan berapa jari aku dengan berapa jari akak lg sorg tu. Aku tengok jari dia 5, jari aku 4, aku laju2 jawab 20. Yeay aku menang lg, dapat tiket Jungle Adventure kat I-city. Lama tak pergi I-city, pasni boleh pergi I-city pulak. Hehehe.



tiket i-city




Dah habis main games dengan crew Suria fm tu, aku pun pergilah beli kuali Tefal mak aku tu. Pastu pergi makan nasi beriyani JM Beriani sebab aku lapar giler baru balik kerja.


makan JM beriani



Semalam rezeki 2 kali. Alhamdulillah bersyukur sangat.






 bye!
eimanhikmah

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

miss shizakiena said...

Nurzakiah Hanum : best la jugak..rejeki katanya..hehe

Ezy Loy said...

untungla asek menang je.. bak sini sume adiah! haha

miss shizakiena said...

Ezy Loy : amik lah! hehehe..pg mydin pg beli sendiri, xde gst..hehehe