Sunday, March 29, 2015

275 Picnic kat Sungai Tua

Sunday, March 29, 2015
Assalamualaikum…

Hari sabtu hari tu pergi lagi manda mandi kt sungai Tua. Kawan2 aku la seronok sangat nak pergi. Aku ketua rombongan Cik Kiah tu. Aku tunjuk jalan. Aku dah puas pergi mandi sungai ni. Jadi aku teman je la kawan2 aku pergi sini. Kali ni berpicnic sungguh2. Siap ada BBQ bagai,nasi lemak, nasi goreng, kek, nugget, French fries. Makan2 pastu berendam, makan2 berendam lagi. Sebijik dugong! Hahaha

Kawan aku bawak GoPro dia. Apa lagi, adalah aksi2 bergambar dalam underwater. Nak bergambar tapi  tutup mata sebab mata pedih. Kawan2 aku memang ting tong. Nak2 pergi hari jumaat, takde orang. Memang seronok la. Lama gila mandi. Kul 5 baru aku sampai rumah.


masa baru sampai. dari kiri, ateng, kak nora, yani, yan, alicia, yana,aku, aina n abby









gambar aku dalam air yang paling ok. hahaha


Ni baru sikit geng yang ikut sebab yang lain2 tak cuti. Next time kot. Next time aku nak cadangkan sungai lain sebab aku dah selalu sangat pergi sungai ni. 


Ok bye!
eimanhikmah




2 comments:

Ezy Loy said...

ni mcm dkt sekayu terengganu..hihik..
syoknye la aih mndi manda..
huhu

miss shizakiena said...

Ezy Loy : seronok sgt walaupun mandi tmpt same je tp x pnh bosan tau