Thursday, March 26, 2015

273 Kaya di hari pertama gaji je

Thursday, March 26, 2015
Assalamualaikum..


Akhirnya kerinduan terhadap gaji telah berakhir. Hikhikhikhik. Aku rasa cara aku saving masih lagi tak betul. Sedih aku. Sebab bila duit sikit ke duit banyak ke habis jgk. Hari tu terdraw RM200. So ada duit kat tangan, time tu jugak la aku rasa pencuci muka habis, deodorant habis, krim muka takde, lotion takde, semualah habis.  Terus laju2 pergi NSK kul 1pagi. Beli itu ini, semua nak beli cm banyak sangat duit. Sigh~~


Duit simpanan sikit naw. Duit nak berjalan pun sikit naw. Aku rasa kalau emergency nak pakai duit, mati kutu aku dibuatnya. Sebelum ni, aku tak reti nak bank online. Gigihlah aku pergi setiap bank walk in untuk masukkan duit. Bila draw duit untuk segregate ke bank2 tu. Korang faham tak perasaan bila duit banyak kat tangan tibe2 bila dah habis bila bank in kat setiap bank. Walaupun memang simpan dalam bank sendiri tapi tetap rasa sedih.


So sekarang aku dah wat semua bank online. Cuma satu bank lagi aku tak wat online sebab asyik terlupa nak register no. handphone. So bila tak daftar BSN, maknanya aku tak bayar PTPTN. Hehehe. Matilanakkk kalau aku kena tahan imegresen tak boleh pergi obersea nanti. Kang ada masa aku pergilah daftar no. handphone, kang boleh buat BSN online pulak. Hiks~~


Dah selesai segregate semua termasuk byr bil. Kan aku dah cakap kaya time 1st day gaji je. Aku rasa kena amalkan segreagate duit awal2 untuk mengelakkan aku terguna duit tu. Berangan nak jalan obersea kan kengkonon. Kena simpan duit awal2.


Minggu depan dah start GST, aku rasa seram2 sejuk nak menempuh alam GST. Tak tau apa yang naik apa yang turun.  Sebab information GST ni tak jelas. Semua ayat dalam iklan GST cam tak jelas. Aku ada dengar dari kawan2, ada kedai2 yang dah kenakan GST awal2. Dia nak beli pampers anak dia, selama ni harga RM33.00, sekarang dah naik RM5.00 jadi RM38.00. Isk isk


Aku harap company aku bagi kenaikan gaji sempena GST ni. Boleh??  Hahaha.
Aku taip entry ni dari siang tapi sekarang masuk dalam blog. Busy sengsangat. Yeay esok last kerja pastu cuti 2 hari.




 semoga orang sentiasa murah rezeki termasuk aku. Amin!


bye!
eimanhikmah


2 comments:

muhammad nizam said...

GST memang menyeramkan.... lebih seram dari kak limah tak balik rumah

miss eimanhikmah said...

muhammad nizam : mmg seram..segalanya GST..sampai nk shopping pun terfikir kan GST..