Tuesday, March 24, 2015

272 Panas berdesing!

Tuesday, March 24, 2015
Assalamualaikum…


Pagi2 aku dah melantak makan nasi dengan lauk sardine. Malam tadi, akak Teha aku dah sms suh makan kat umah bila balik kerja. Tapi bila sampai umah, aku malas dah nak makan. Mula2 tahan lagi, duk layan tv tapi aku tak tahan lapar, aku wat milo. Perghhhh nikmat betul. Lepas minum terus ngantuk. Spoil mood nak layan movie malam2. Aku cuma tengok Teman Lelaki Upahan yang dah rekod sampai habis. Kenapa minggu ni cm sedih2 je. Tak sabar nak tengok malam ni punya.


Tadi pergi kerja cam lambat sikit. Memang dekat kul 12 tengahari. Bila masuk dalam kereta perghhhh berdesing panas dia! Aku tukar kete dengan abang aku, kete dia color hitam. Bila masuk kete, terus berpeluh2 muka aku. Cair mekap aku. Hahaha.


So sekarang aku kena amalkan beberapa perkara untuk musim panas ni. Ni antara yang aku wat.


Minum air sebanyak boleh. Aku minum air dekat 3liter to 3.5liter sehari. Senak perut aku. Bila minum air banyak, kencing pun banyak. Tapi best bila minum banyak, kulit tak kering sgt. Kat office, aku nya botol air 1liter, so aku bajet minum 2liter to 2.5liter kat office saje. Kat umah pun botol air aku 1liter nya, kat rumah aku akan minum another 1liter. So jadi 3liter to 3.5liter sehari.


Pakai lotion n pelembab muka. Aku tak suka pakai lotion sebelum ni. Rimas wehh. Lekit2. Bila kena air terus minyak2. Tapi sejak pakai lotion Safi. Kini tidak lagi. Hehehe. Pastu dulu, jangan harap aku nak jaga muka aku. Aku cuci muka je dah. Tapi abang sarankan aku pakai pelembab muka sebab dia tengok muka aku kering siap mengelupas. So aku beli jugaklah pelembab muka Safi yang murah tu. RM8 lebih boleh pakai berbulan2. Aku jenis kedeksss untuk benda2 cmni. Hiksss. So sekarang dah berapa kali pakai, aku rasa ok je. So sebelum tidow, aku memang selalu pakai. Takde jaminan benda murah takde kesan, benda mahal akan ada kesan.


Pakai lipstick ada pelembab. Haaa ni lagi satu, aku ni amatlah jarang pakai lipstick. Tapi hari tu, masa balik kampung, along aku pakai lipstick ada pelembab jenama Silkygirl. Pastu aku sibuklah ushar lipstick ni kat Watson. Ada! Aku terus rembat satu pastu kena pow dengan akak Teha aku jgk liptick lain. Cis! So sekarang bibir tak kering pecah2 macam dulu. 


Mandi sungai. Eh ni pun boleh ehhhh. Hahaha. Dengan kesejukan air sungai tu aku rasa boleh membangkitkan kelembapan kulit. Chewahhh. Hari tu dah pergi sekali. Akan datang nak pergi lagi. Syokkk woo mandi sungai panas berdesing ni. Dah plan2 dengan kawan2 dah ni. Tinggal tunggu hari je. plan bukan main lagi. Siap nak BBQ bagai.


Letak air depan kipas. Ok ni kelakar! Klasik sgt. Aku gelak2 dengan akak aku bila kitorang letak air depan kipas. Tapi bila tengah malam, pergghhh memang sejuk giler tidow bergulung2 dalam selimut wooo. Hari tu abang Apik aku pun tidow kat rumah. Aku tanya dia, nak tidow kat dalam bilik ke kat ruang tamu. Dia cakap nak tidow kat ruang tamu sebab sejuk sikit. berderet2 kitorang tidow depan tv. Aku pun letaklah air depan kipas, aku tengok abang aku tidow bergulung2 dalam selimut. Aku tanya sejuk ke, dia cakap sejuk giler. Dan dalam masa yang sama, kucing2 aku pun minum air dalam bekas tu. Hahaha.


So far itu yang aku wat. Takde la rasa dehydrated sangat. Nanti bulan puasa janganlah panas berdesing macam ni. Time tu nak minum air siang2 takleh dah.

celpie2 nak pergi kerja tadi



Ok la itu saje.

bye!
eimanhikmah


5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

banyakan minum air

mr boroboro said...

Nurzakiah Hanum : byk dah minum air..hehehe..sampai kembung perut hehe

Ezy Loy said...

minom air masak ni sedap sbnrnye..
nk2 lg time dahaga..
tp musim panas gni lebih mudah tergoda ngn ais.. ayarkk.. macam mane ni... haha

miss shizakiena said...

Ezy Loy : sbnrnya boleh je minum ais..tp jgn minum abc yg manis2, tu yg x elok..hehehe

FAYYADHAH said...

Betul.musinm panas ni banyak kena jage takot dehydration