Monday, March 23, 2015

271 Pertabalan Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim

Monday, March 23, 2015
Assalamualaikum..


Nak bagitau yang Baby Affan semakin sihat. Dah takpayah pakai bantuan pernafasan lagi setakat semalam. Abang Apik bagitau, Baby Affan hanya memerlukan dos antibiotic yang cukup, kalau dah cukup kuat Baby Affan dah boleh kuar hospital. Yeay boleh kendong2 Baby Affan nanti. Sukanya Ucu dia!


baby affan dah tak pakai bantuan pernafasan


Dah apply cuti untuk balik kampung. Boleh kepit kepit dengan Baby Affan pulak. Seronoknya. Alhamdulillah Baby Affan semakin sihat. Pagi tadi Along wasap ajak pergi Bandung tapi last2 tgk tarikh tu tak cuti sekolah lagi, cehhh aku dah semangat2 dah. Sebab time tu je murah. Kalau dah cuti sekolah, harga tiket flight mahal gilerrr. Mungkin next time. Ada masa banyak lagi.

Hari ni 23 Mac 2015 adalah Hari Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor yang Kelima. Daulat Tuanku!




Aku sebagai anak Johor bangga dengan Kemahkotaan  DYMM Sultan Ibrahim. Orang2 Johor di jemput meraikan perarakan yang diadakan di Istana Bukit Serene. Aku tengok kat fb ramai orang datang tengok. Rugi tak balik cuti kan, kalau tak boleh tengok sekali. Kereta2 raja2 Johor ni antic tapi exclusive. Pastu baca kat suratkabor, ramai orang wish Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim ni. Daulat Tuanku!






Alhamdulillah, Pertabalan Sultan Johor selesai dengan jayanya. Daulat Tuanku. Sangat tertarik dengan kain biru belakang Permaisuri Johor dan Sultan Johor tu. Tu namanya kain pelayang diraja.

Daulat Tuanku!


bye!
eimanhikmah

2 comments:

Ezy Loy said...

comelnye babyyyyyyy!

mr boroboro said...

Ezy Loy : mestilah comel mcm ucu dia...hehehe