Sunday, March 22, 2015

270 Doakan Baby Affan cepat sihat

Sunday, March 22, 2015


Assalamualaikum..



Semalam2 cuti dua hari tapi sangat kelam kabut sebab akak ipar aku, Syera bersalin. Ada bagitau last entry sikit2 je sebab baby tak kuar lagi. Balik kerja kul 5ptg terus chow pergi hospital. Main redah je sebab tab tak bawak, power bank tak bawak. Takde GPS. Matilanakkkk. Aku pengguna Papago dalam tab aku, Papago bagus sebab dia bagi arahan awal2. So takkan sesat. Last2 terpaksa bukak waze. Aku bukan penggemar waze sebab waze kena guna internet. Aku pulak pakai wifi broadband, simpan battery untuk live update wasap dengan family. Memang kelam kabut sangat. Dalam redah2 tu aku rasa tak confident, sebab rasa macam sesat. . Terpaksa la bukak waze jgk. Time ni la waze br nk update macam2. Haishhh.


Ok dah bukak waze, rupanya aku memang kat jalan yang benar. Benar sangat sebab Hospital Ampang dalam 1.9km je. Haha. Ok terus je masuk simpang kiri, aku terus nampak wad bersalin. Cari parking pulak. Tapi aku tak berani nak parking jauh2. Aku u-turn pastu terus masuk  dalam hospital. Alhamdulillah ada parking. Terus tanya kaunter mana wad bersalin. Terus tuju tinggal 4, terus pergi bed. Takde orang. Abang Apik aku takde. Call abang Apik, dia cakap dia kat tingkat 3 kt dewan bedah! Alamak, aku memang cuak giler tapi aku cool2 jek. Aku jumpa abang Apik, dia yang tak cool. Sian aku tengok abang aku.

abg apik senyum tap dalam hati dia tak tau resah mcm mana



Dalam setengah jam aku tunggu depan bilik bedah, Syera kuar dari bilik bedah. Sebelum Syera kuar, nurse cakap kat abang aku tengok lah baby dulu kat NICU. Tapi abang aku tetap nak jumpa isteri dia dulu. Of couse la kan, isteri kena bedahkan. Mana tak risau. Abang aku cakap, ‘takpe abang nak tunggu Syera jgk’. Ok la tunggu Syera dan follow nurse hantar sampai bed. Syera masih mamai dan bius masih kuat lagi. Tapi aku ada borak2 dan buat lawak sebab taknak dia stress sebab dia tak jumpa baby lagi.


Aku tunggu kat hospital sampai habis waktu melawat sampai mak guard tu dah round 3 kali. Sampai 7.30pm aku dalam wad lagi. Dengan berat hati, aku balik jugak. Tapi nak balik, jem giler teruk. Aku stay kat lobi sampai 8.30pm. Aku call abang aku tak dapat, aku call Syera, dia cakap abang aku turun bawah nak amik cable power bank. Aku tunggu2 kat lobi, tak jumpa pun. Aku pun balik. Dengan tak tau arah nak balik, wifi broadband dah habis battery, minyak kereta dah kelip2, handphone tak cukup credit, akak aku kat Penang, Kak Eda call tanya aku kat mana, aku cakap nak balik dah, akak aku suh aku patah balik pergi hospital jumpa doctor untuk tanya perkembangan baby sebab family aku risau sangat pasal baby. Sesampai hospital, aku sikit lagi nak bertekak dengan mak guard kat kaunter tu sebab diorang die2 tak bagi aku naik. Aku kengkonon nak pass kunci kereta kat abang Apik. Diorang call wad suh abang aku turun. Abang aku turun, muka dia kepenatan dan tak cukup tidow. Abang aku ajak makan Mcd n belikan Syera bubur. Dia makan pelan2 je, sian dia. Tapi still tak tau perkembangan baby camner sebab tak dapat jumpa doctor.


Semalam seharian aku jaga Syera. Aku dengan akak Teha masak. Kitorang masak ikan salmon bakar, dengan sayur masak lemak. Siap picnic kat dalam wad. Syira bagitau dia dah boleh discharge. Kitorang makan2, pastu setelkan bil pastu balik. Hantar Syera balik rumah kakak dia, Kak Baby. Kak Baby tanya makan apa tadi, Syira jawab makan sayur masak lemak. Kak Baby terus jerit mana boleh makan minyak2 lemak2. Hahaha. Bukan main sedap lagi siap picnic dalam wad, rupanya orang pantang takleh makan minyak2 lemak2. Kitorang yang anak dara mana tau kan. Main hentam je.


picnic dalam wad



nampak tu sayur lemak, selera orang pantang makan


Abang aku decide nak namakan anak dia Affan Anaqi bin Wafiq. Panggil Affan. So sekarang baby Affan. Sekarang kitorang tengok update bila abang aku curik2 amik gambar dalam NICU je. Dalam NICU takleh amik gambar sebab menganggu mesin2 dalam NICU tu. Dapat amik gambar curik2, kitorang kongsi2 gambar dalam wasap. Kak eda tanya kawan dia yang memang doctor baby, bagi gambar Baby Affan kat kawan dia, kawan dia cakap Baby Affan stable.  Cuma perlukan bantuan pernafasan. Bila tau tu, semua orang lega. Tapi aku tau, abang Apik n Syera mesti lagi sedih.


baby Affan dalam NICU


Berat baby Affan 3.23kg dan panjang 50cm. Sepanjang pregnant, Syera ok je. Cuma masa nak bersalin, bukaan slow sangat, baby dah poopoo. Tu yang kitorang sekeluarga terkilan sikit. Bukan nak marah hospital kerajaan,tapi bila dah tau baby dah poopoo, cepat2 lah c-zer. Ni tak nak tunggu jgk normal. Tapi last2 terpaksa jugak C-zer.


Tunggu Baby Affan kuar, then Abang Apik n Syera akan berpantang kat Johor. Semoga ada hikmah atas semua yang berlaku. Semua orang berdoa pada Allah semoga Baby Affan cepat sembut. Amin Yaa Rabb.


bye!
eimanhikmah



No comments: