Thursday, March 19, 2015

269 Nama panggilan awak apa?

Thursday, March 19, 2015
Assalamualaikum..



Uwarghhhh ngantuk giler nak bangun pagi tadi. Malam tadi tidow lambat. Sebab malam tadi aku pergi jumpa abang aku n kakak ipar. Kakak ipar aku tu dah sarat2 nak bersalin dah, dah 39 minggu dah tapi gigih jugaklah ajak aku n kakak aku pergi makan. Hahaha. Pergi makan bubur berlauk je. Sepenuh2 mangkuk, perghhh kenyang giler.


Pagi tadi baca wasap, abang aku cakap, kak ipar aku dah pecah air ketuban. Yeay anytime boleh bersalin. Kalau hari ni bersalin, aku terus chow pergi hospital sebab akak ipar aku bersalin kat Hospital Ampang, dekat je dengan office. Tak sabar nak cium bau baby. Last anak buah aku sekarang ni dah 5 tahun. Dah masuk sekolah tadika dah. Rindu nak bau baby.

Eksaited terlebih aku ni. Pasal baby aku nak cerite kendian sebab baby belum kuar lagi. Sebenarnya aku nak ceritakan pasal nama panggilan. Aku ni boleh dikatakan banyak nama panggilan. Nama pun ada 3 patahkan, tapi nama last mostly tak guna langsung, melainkan ada orang gedik2 nak panggil aku Hikmah. Hahaha.


First nama panggilan aku dari kecik ialah adik. Adik sebab aku anak bongsu. Semua family aku panggil aku adik. Disebabkan aku adik, so aku paling over manja. Manja giler. Dimanjakan sangat sampai aku paling lama pakai pampers, pastu aku dulu2 masa kecik aku selalu ngompol kat tilam. Haha. Malu giler. Pastu aku kuat merajuk. Bab merajuk ni mak aku cakap paling tak boleh blah, sikit2 merajuk. Merajuk mencebik duduk belakang pokok. Masa tu kitorang sefamily pergi Zoo Buaya. Aku merajuk mencebik siap gigit jari. Ayah aku siap snap gambar tapi gambar tu takde sekarang ni, ada kat kampong. Hahaha. Kelakar bila ingat.


Kedua, nama panggilan aku nama aku sendiri either Nurul or Eiman or Hikmah. Aku ni kategori kanak2 nakal, aku tak ayu, aku tak lembut, aku jenis tak sopan sangat. Aku lasak. Dulu masa tadika, kawan2 aku panggil aku Nurul. Cikgu tadika pun panggil aku Nurul. Nurul tu nampak cam baik je, cam lembut je. Tapi kureng sesuai dengan aku. Aku cam tomboy dulu2. Lama2 cikgu n kawan2 aku panggil aku Eiman. Eiman Nampak ganas, nampak cam lelaki sikit. Sebab dulu kecik2 aku rambut pendek. Ganas sikit. Jadi nama Eiman lagi sesuai. Aku rasa pun lagi sesuai. Lagipun Eiman tu unik, orangnya perempuan tapi nama lelaki. Hehe. Nama Hikmah tu guna, aku paling ingat, cikgu sekolah rendah ada panggil. Dia panggil Hikmah cam pelik aku rasa. Sebab time tu sekolah ada projek Hikmah. Projek Hikmah adalah projek kelas tambahan. Cam projek khas untuk aku tapi sebenarnya tak eh. Takde kena mengena langsung. Hahaha.


Time kat UiTM Sarawak, aku jumpa kawan aku ni, dia mula start panggil aku Nurul. Sebab aku yang perkenalkan diri aku Nurul. Oklah kawan2 lain pun start panggil aku Nurul. Tapi lama2, kan aku budak ladang. Pergi masuk ladang semua, style pakaian pun ganas sikit, kawan2 aku cakap nama Nurul tak sesuai. Nama Eiman lagi sesuai. Diorang start panggil aku Eiman. Eh tukar pulak. Sesuka suki diorang je kan. Tapi aku gelak je lah. Time tu pun aku lebih sesuai pakai nama Eiman. Kenangan lama mengusik jiwa. KLMJ sangat. Hahaha.


Ketiga, panggilan Ucu. Aku dapat panggilan bila dapat anak buah masa umur 13thn. Bayangkan, kecik2 lagi aku dah dapat anak buah. Dah aku anak bongsu, confirmlah panggil ucu kan. Aku taknak panggil mak usu or moksu or mokcu ke. Sebab nampak makcik2,panggil Ucu simple n comel cam aku. So sekarang anak buah aku panggil aku Ucu yang mana anak buah aku dah 14tahun dan 13tahun. Cam kawan2 je aku tengok diorang ni. Dressing pun lebih kurang aku je.

Keempat, panggilan sayang. alaa ni panggilan dari bf kepada aku je. Huhu. Kenapa panggilan sayang, sebab best. Tu je. Hahaha


Kelima, panggilan mok. Ok mok ni panggilan untuk akak aku ke aku je. Dia je panggil mok sebab aku lagi gemok dari dia. Camnerlah nak kurus kalau hari2 panggil mok. Huuhu. Aku tak reti nak ko aku dengan adik beradik lain sebab aku anak bongsu. So, along (anak no.1), abg adi (anak no.2), kak eda (anak no.3), abg apik (anak no.4) panggil aku adik dan aku panggil diorang cam nama yang aku tulis tadi. Kecuali Mok dari kak fetty aku (anak no.5)


Tu belum nama panggilan anak nanti. Memandangkan belum ada anak, aku berangan nak anak aku panggil ibu. Panggilan ibu cam best kan. Penuh keibuan. Erkkk berangan je.


Eh panjang gila aku membebel hari ni. Sebab kerja hari ni cam sendu je kan, aku ada banyak masa mengadap blog. Huahuahaua.

tgk pc aku tu slow nak on. seselow mood aku nak kerja hari ni.



Nama panggilan awak2 semua apa?


bye!
eimanhikmah



6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

assalamualaikum
singgah pagi
banyak gak nama panggilan ya

mr boroboro said...

Nurzakiah Hanum : waalaikumsalam..
hahaha byk panggilan pastu pening jgk kadang2

Ezy Loy said...

hoho.. bykny name panggilan..
kite ade dua tiga je name panggilan.. hehe

Macikz konah Ias nur hidayahI said...

salam singgah blogwalking dan follow. Nice topic. aah when you bring this topic aaah. kita semua banyak nama timangan ahahah

mr boroboro said...

Ezy Loy : ha a, kadang2 tersasul2 ckp dgn mak 'sayang2' pulak

mr boroboro said...

Macikz konah Ias nur hidayahI : tu lah, nama pun dh 3 patah perkataan..tu belum nama timangan manja2..hehe