Saturday, March 14, 2015

264 Food Hunting + Berendam kat Sungai Tua

Saturday, March 14, 2015
Assalamualaikum…



Selamat hari Sabtu. Mesti ramai yang pergi pesta Hot Balloon kan. Aku beriya nak pergi. Kawan aku ajak, aku cakap 'nak ikut sangat, teringin sangat nak tengok hot balloon' tapi aku tak pergi pun. Hukhukhuk. Dulu time belajar kt UiTM, akak aku ajak tapi time tu aku ada presentation ke test ntah, aku tak join. Pastu tahun tahun berikutnya pun aku tak pergi jugak. Sedih. Kawan aku ajak dalam wasap tapi aku takleh confirmkan, last last aku decide takyah pergilah. Lagipun aku lagi suka pergi dengan abang je. Kalau aku pergi dengan dia, aku dengan dia mesti boleh melencong tempat lain. Ke Seremban ke Nilai ke. Hekhekhek.


Akak aku cakap jom pergi breakfast kt Restoran Tuu Diaaa..Pak Tam. Selection makanan kat sini ko jangan cakap la, banyak gilerrrr. Naik rambang mata aku, tergoda tengok lauk, breakfast aku dah macam lunch. Tak sempat nak amik gambar, terus habis. Kahkahkah.

Kenyang giler eh, tapi disebabkan tak pergi Hot Balloon tu kan, aku cakap kt akak aku, nak food hunting lah. Food hunting lah sangat. Orang kalau food hunting, makan mahal mahal, sedap sedap, kt restoran bagai, akunya food hunting kire hampagas je. Aku yang drive, ikut suka aku je nak pergi mana. Tengah drive, aku nampak gerai Coconut Shake. Aku jerit nak Coconut Shake! Haha.Aku beli siap tabur Orea tabur, taknak kalah. Sedap gak budak perempuan tu buat. Ohhh baru tahu rasa Coconut Shake ni camni rupanya.

coconut shake!


Jalan lagi, celah lorong mana ntah, aku nampak pulak gerai makcik jual jambu asam boi. Aku berhenti, aku beli lagi. Murah makcik ni jual, 2 potong jambu tu RM1 je. Bila dah potong kecik kecik, jadi banyak dalam satu plastik. Berkkkkkk kenyang dah aku. Hahaha. 

jambu asam boi


Hari ni macam panas giler. Dalam kereta dah pasang air-cond sampai no.2, tapi panas lagi. Tapi aku tak suka pasang air-cond kuat kuat, bukan sebab tak suka sejuk, tapi sebab tak suka bunyi air-cond tu kuat sangat. Sakit telinga. Menyampah je akak aku, sebab aku selalu slowkan air-cond tapi dia kepananasan. Padan muka.

Akak aku ajak mandi sungai, mula mula aku malas sebab ingat lepas breakfast aku nak balik rumah je, lepak lepak tengok tv. Tapi pastu aku pulak ajak dia pergi. Pergi lah kitorang kat Sungai Tua tu berendam sampai kecut. Kitorang kalau mandi sungai, kitorang suka port yang sama je, sampai je tempat tu, tempat tu tutup. Tengok dari jalan, macam tanah runtuh. Takpelah pergi tempat lain je lah. Nampak cam kereta banyak jek, masuk je lah.

jalan jalan cari port bestttt


takut nak masuk air sebab sejuk sangat

pehhh menggigil!

muka tahan sejuk lagi ni


Berendam la dalam sejam camtu kot. Cari port best, air deras gilerrrr. Sakit badan nak lawan arus.

dah siap tukar baju, nak balik dah


Dah siap mandi, aku cakap nak cari cempedak goreng lah pulak. Sebab aku pernah beli cempedak goreng makcik kt tepi jalan tu cam sedap, tapi tadi tengok pusing sekali round, takde pulak jual. Takde cempedak goreng cari pisang goreng je lah. Port pisang goreng yang mesti aku pergi kat Warung Pak Dom kt Kepong tapi tadi tutup. Aku suka makan pisang goreng kat sini sebab ada sambal kicap, makan pisang goreng mestilah dengan sambal kicap, apa kelas makan pisang goreng kosong camtu jek. Memandangkan kedai pakcik tu tutup, aku cari kedai pisang goreng lain la. Jumpa kedai pisang goreng cheese. Alaaa malas betul nak cheese bagai, mahal pulak tu last last aku beli pisang goreng biasa je RM5.00, amik ko penuh plastik. 

pisang goreng rm5 baru penuh plastik

balik rumah, makan kat rumah je sebab kt rumah je ada sambal kicap akak aku buat


Kenyang + penat + happy + release tension + habis duit, marilah kita pulang ke rumah. Sampai rumah, kemas sikit, basuh baju yang buat mandi kt sungai tadi, mandi solat, tidow. Eh aku tak tidow. Hehe. Penat padahal aku round kat sini sini jek. Asalkan happy, aku no hal. 

Ok lah, aku nak layan Astro Best jap.


bye!
eimanhikmah

No comments: