Wednesday, March 11, 2015

262 K-colly Sweet 17

Wednesday, March 11, 2015
Assalamualaikum..


Hari ni terjaga dari tidur terus pukul 9.30pagi. Terus tengok bukak tv, tengok cerita Rindu Bertamu di Abu Dhabi. Sebelum ni dah layan dah cerita ni, jadi kali ni aku layan lagi. Pas cerita Rindu Bertamu di Abu Dhabi, aku layan Cinta Jangan Pergi. Drama ni dulu aku tak layan sebab tak sempat. Kalau tak silap, drama ni dulu kat TV9 pastu siaran malam. Dulu kan aku kutu malam, selalu kuar makan malam malam. Sekarang dah jarang dah. Pastu cerita siar pagi, boleh la tengok sebelum pergi kerja. Kalau kerja pagi, aku recordlah, pastu malam sempat la tengok. Sweet sangat Tiz Zakiyah dengan Remy Ishak. Hewhew



Dalam aku melayan drama drama kat tv, sempat lah aku ke dapur, buat breakfast. Breakfast konon, padahal aku rebus telur je. Huahuahua. Aku makan hardboiled je, yang cair cair aku takleh telan. Makan dengan kicap, walaupun kicap takleh dalam diet tapi aku abaikan je. Haha. Bila iklan je aku ke dapur, basuh kuali la, sapu rumah lah, sidai baju la. Tapi kerja stop stop sebab nak layan drama.



Dah settle semua, aku plan nak goreng ayam untuk bawak bekal ke office. Dah masuk ayam dalam kuali, aku blah la, siap masuk bilik tutup pintu. Tapi aku rasa something wrong lah, aku tengok ayam aku berendam dalam minyak! Huahuahua. Gas habis! Aku try try dapur tu takleh nyala api. Aku pun gigihlah goreng ayam dalam rice cooker, ayam dah masak separuh kan kena la teruskan jugak. Tapi masak dalam rice cooker tu lambat. Tapi tergerak hati nak cuba nyalakan dapur yang sebelah tadi, eh boleh hidup pulak. Dalam hati, cis cis cis. Saje nak bagi banyak kerja cuci banyak periuk. Haha. Padan muka aku kenapa tak try dapur sebelah tu awal awal. Haha. Dah menyala api, tuang semula ayam dalam kuali. Itu kejadian hari ni.

Ayam goreng diet aku hahaha



Pastu aku nak cerita, sekarang aku consume K-Colly Sweet17. Wah nama panjang gitu. Akak aku la, dia beriya riya nak beli. Siap survey sana sini. Akak aku cakap boleh sekatakan kulit, cerahkan kulit kusam, pastu macam macam lah. Aku tak pernah survey sebab tak pernah dengar pun pasal K-Colly ni. Bila akak aku nak beli, aku cakap nak beli jugaklah. Dia beli online. Bagus orang yang jual tu, duit masuk hari Isnin, semalam Selasa dah dapat. So sekarang aku baru consume 1 scoop. Manis giler hokkey tapi aku suka. Aku kan pemanis nak mampuih, aku boleh minum susu pekat tu selamba mamba je. Tapi aku dah lama rentikan tabiat buruk tu. Sekarang kan kengkonon diet, aku jarang amik gula dengan karbohidrat. Bila dapat makan K-Colly ni yang manis ni, aku rasa best sebab adalah tenaga aku nanti.

Model & K-colly sweet 17




Aku tak mengharap tinggi dengan produk ni. Aku saje je try. Kot kot makin putih, baguslah kan. Kulit aku sekarang macam kering. Kering ya amat. Maybe sebab aku berdiet, walaupun sehari aku minum air dekat 3liter, tapi still kering. Masuk banyak, yang kuar pun banyak. Tengok kat testimony, bukan main lagi. 3 hari pun dah bagi kesan kaw kaw. Entah betul atau tak aku berani nak jamin. Kite tengok je la nanti camner. Hohoho.

nak gebu cam Boro

muka baru consume 1 scoop K-colly sweet 17



kena bambu dengan Boss, serammmmmmm badan!

oleh kerana update ni dari tadi lagi dalam draft, aku lawan cakap boss,last2 aku menang..huahuahua


bye!
eimanhikmah



2 comments:

Ezy Loy said...

mcm best je kcolly yp manis 2 xmenahan..
xsuke sgt manis2..
hewhew

mr boroboro said...

Cik Ezy Loy : sedap sebenarnya, manis2 masam gitewww