Tuesday, March 10, 2015

261 Bagaimana nak happykan diri sendiri?

Tuesday, March 10, 2015
Assalamualaikum...


Ni tengah kerja lagi. Kalau style kerja yang macam sekarang memang aku tak boleh nak update blog ni hari hari. Hukhukhuk. Tengok la follower pun sikit je sebab aku tak cari follower. ada blogger tu pandai cari follower, hari hari bertambah. Siapa lagi kalau cik Ezy Loy kite tu. Hehe. Aku ni balik kerja terus golek golek atas tilam. Malas dah nak online online. Astro pulak full package. Aku kalau dah tengok movie, memang tak bergerak lah kerja. Hahaha.

Tapi takpelah, asalkan aku happy. Happy dengan cara aku sendiri. Kadang kadang tengah  drive, aku selalu terfikir macam macam. Contohnya, balik ni nak makan kat mana, sedapnya makan ni makan tu. Eh tadi baca kat blog, blogger tu tunjuk makan aiskrim dalam tempurung, makan cendol bakar. Sedapnya. Pastu aku berangan lagi, bestnya pergi makan kt KLCC, ngade ngade pergi naik LRT sampai KLCC pastu pergi makan makan kat sana. Hehe. Berangan pun aku dah happy. Lagi happy kalau ada orang belanja. Aku rasa dah lama takde orang belanja aku makan makan best best ni. Kalau nak makan best, memang aku kena bayar sendiri la jawabnya. Perut sendiri kenyang, duit sendiri la kena keluar.



Aku plan, tahun ni aku nak banyak berjalan. Tu pun salah satu cara nak happy diri sendiri. Aku dengan kawan kawan dah plan nak Krabi tahun ni. Tapi tak plan apa apa lagi, maksud aku tiket flight, hotel semua tak book lagi. Cuma dah bagi nama untuk join. Tu pun lama lagi, dalam bulan 8. Hewhewhew. Passport pun aku tak renew lagi,mampos! Aku ada jugak ajak ayah aku pergi Batam, saje jalan jalan. 1 ke 2 malam pun jadilah. Isk berangan berangan. Semua ni kena pakai duit, mana aku nak cekau duit pun aku tak tau, berangan macam ko anak tan sri je. Haha



Lagi satu, perkara yang boleh aku happy, aku tengok drama Teman Lelaki Upahan. Akak aku boleh lupa nak recordkan drama tu untuk hari Khamis lepas, menangis aku. Akak aku suh tengok kt Tonton. Alaaaa. Susahlah. Data internet bukannya banyak. El tu hensemnya la hai.

Aku berangan jugak benda ni, benda yang tak patut sangat untuk aku beli tapi aku teringin sangat nak beli, mengong tak. Aku rasa mengong. Aku dah ada PC and Macbook, tapi aku berangan nak beli laptop lain. Laptop main main yang boleh aku pakai ganas ganas. Tapi aku rasa tak perlu kot. Membazir jek. Tapi berkemungkinan aku beli Sony Tablet. Nampak cun lah. Hahaha. Tamak sangat. Samsung Tab dah adakan. Janji aku happy. Kot kot terbeli kang, aku update la. Hewhew.



Berangan la Cik Eiman, berangan sampai gemok!

bye!
eimanhikmah


6 comments:

Ezy Loy said...

haha.. ezy loy ni pon spisis mls nk cr follower tau..


berangan pon dh happy kan..
kalo angan2 jd knyataan lg la happy..
haa gitu..


kalo dpt g jalan2 jgn lupe belikan ole2 utk saye ye..

kehkeh

mr boroboro said...

hahaha tgk cik Ezy Loy ni, ada je komen kt sini, hahaha
mana tak byak follower sebab peramah sgt.
InsyaAllah..tgu pg dulu, sb skrg ni berangan je lebih! hehe

Lizzie Yasmin said...

Banyaknya wishlist dia, harap - harap berangan jadi kenyataan lar ..

mr boroboro said...

cik Lizzie Yasmin : tu la, berangan je la dulu..kikiki

Amsran Sanuin said...

MOGA HAPPY SELALU..

mr boroboro said...

en Amsran Sanuin : insyaAllah...