Sunday, March 8, 2015

260 Aku jatuh cinta dengan cinta monyet

Sunday, March 8, 2015
Assalamualaikum..


Hari ni rasa macam berbunga-bunga sikit hati. Tak tau kenapa. Orang cakap, kalau kita tak happy dengan relationship sendiri, apa kata kita gembira dengan relationship orang lain. Eh, tu aku main cakap je. Relationship aku sendiri ok je, takde masalah. Tapi hati berbunga ni memang happy untuk relationship orang lain sebab aku rasa diorang sweet. Hehehe.





Aku tau aku dah umur 26thn setengah tapi tak kawen lagi. Masih lagi dalam zaman bercinta yang tak tentu lagi arah hidupnya. Aku dah lalui zaman bercinta yang sweet. Dah berlalu dah. Jadi bila aku tengok orang bercinta sweet-sweet, aku gelak sendiri. Dulu-dulu,masa aku bercinta sweet-sweet, makan orang suapkan, makanan orang orderkan, naik motor orang pakaikan lemet. Lemet tu bahasa manja aku untuk helmet. Hahaha. Sampai sekarang pun aku panggil lemet lagi. Kalau hantar wish gudnite, bapak panjang. Segala isi hati, jiwa raga semula kuar dalam satu sms wish gudnite. Sweet kan. Hahaha. Agak-agak kalau rindu, bacalah msg tu, maka berbunga-bungalah hati. Kelakar betul. Sebab tu kalau sekarang, aku dengan dia ingat balik sms tu, kitorang pun malu dan rasa taknak ingat. Malu seyhh. Sms-sms tu pun dah hilang sebab handphone rosak. Sebab tu sekarang wish gudnite just say ‘I love u..assalamualaikum’ je. Pendek dan ringkas.





Kisah yang buat aku rasa sweet-sweet ni masa aku baca kat facebook cousin aku. Alah budak baru nak naik, baru lepas STPM. Budak naw lagi. Dia selalu up status kat fb dia, status yang sweet-sweet. Rindu-rindu boyfriend dia. Makan-makan dengan boyfriend. Dia tunjuk kat fb. Some people will think, alah budak baru nak naik, dah sibuk bercinta. Tunjuk kat facebook lagi. Tak malu ke kat mak dia, makcik-makcik, sepupu-sepupu besar yang ada facebook. Alah biarlah, kite semua pun pernah becinta time budak-budak kan. Aku ok je. Sebab aku lagi lah, time sekolah belum SPM lagi, aku dah ada boyfriend. Mak aku tau sebab ex-bf aku tu anak murid mak aku. Hahaha. Sweet kan. Ex-bf siap teman aku pergi amik result SPM. Pastu aku mintak putus sebab aku kena sambung belajar ke Sarawak time tu.Huhuhu

Kadang-kadang, cousin aku tu up status kat Instagram dia, lagi lah sweet. Siap boyfriend dia datang beraya rumah nenek aku lagi. Siap tolong lapah daging korban lagi. Aku yang baca status dia rasa sweet. Mesti cousin aku rasa melayang-layang, terhoyong-hayang dek rasa bahagia. Hehe. Time aku bercinta sweet-sweet, aku tak suka update pasal boyfriend aku kat facebook. Lepas tu dia pun tak suka aku update ape-ape pasal dia.


Walaucamner pun, hubungan yang serius tu jugaklah yang kita kena tempuhi. Takde dah nak sweet sweet sangat. Gaduh tu dah jadi rutin harian dah. Nak pujuk pujuk lah, taknak pujuk takyah pujuk.Hahaha





Siapa yang pernah cinta monyet, angkat tangan!






bye!

eimanhikmah

2 comments:

Ezy Loy said...

suke gak stalk fb bebudak yg sweet2 bercinta..
kehkeh..

dulu ms sklah xprnh bercinta..
bercinta ngn buku je..
haha

mr boroboro said...

bgusnya cik Ezy Loy.
sy nakal time sekolah dah ada pakwe..hehe