Wednesday, March 4, 2015

258 Zumba zumba

Wednesday, March 4, 2015
Assalamualaikum..

Selamat pagi. Hari ni pergi kerja pakai baju kurung, officemate pun pakai baju kurung. Aku ni pergi kerja jarang sangat nak pakai baju kurung. Aku sarung t-shirt, jeans, sandal or sneakers, aku chow terus pergi kerja. Hehehe. Takyah susah-susah. Aku sempoi je. Kadang-kadang je aku ngada-ngada nak mekap, pakai eyeliner, pakai lipstick. Hahaha. 
Aku macam nak berzumba zumbalah. Aku first time dengar pasal zumba ni dari officemate aku jgk. Dia kata isteri dia berzumba.  Aku tak tau apa pun pasal zumba, aku ye ye kan dia cakap konon konon aku tau. Taknak kalah. Kihkihkih. Tapi otak aku pandai, boleh digest zumba tu apa, bila first time dengar pun aku tau mesti joget-joget. Pastu aku bukak kat Youtube, tengok zumba ni. Haaa dah agak dah. Betul zumba ni joget-joget yang macam aerobic senaman tu. Ada yang senang je nak ikut, ada yang susah nak ikut.


Aku bab-bab download ni janganlah bagi aku, aku memang tak reti. Aku mintak tolong orang downloadkan zumba yang simple-simple. Yang senang aku nak follow. Hehe. Dasar tak reti menarikan, pastu ngada-ngada nak zumba zumba. Comel je tarian diorang wat. Aku rasa dalam sebulan aku dah terer dah nak wat. Chewahhh berlagak. Kalau baru sebulan sekali nak berzumba, sampai doblas tahun pun ko tak reti reti.





Jom berzumba zumba. Kata nak cantik macam Kyra Lidya kan. Hiks~~



bye!
eimanhikmah



1 comment:

Anonymous said...

Come and support our National Kidney Foundation 'Dance Marathon' event at Strand Mall, Kota Damansara this coming 29th March 2015 at 8am-11am.
Any inquiry you may call 03-79549048 or email to fundraising@nkf.org.my