Sunday, March 1, 2015

257 Astro Fest 2015

Sunday, March 1, 2015
Assalamualaikum..

Semalam aku pergi Astro Fest 2015 anjuran Astro. Start kul 5pm – 10pm. Tapi aku sampai kul 5pm lebih lebih cmtu lah. Mula-mula sampai kt Technology Park Malaysia, aku tersalah masuk roundabout. Tersilap, jadi agak berpusing-pusing la dalam tu. Mula-mula dah betul pastu aku ngada-ngada buat u-turn pastu sesat mana hala ntah. Yeay! Ada Nampak bunting-bunting Astro, jadi betullah tu. Jalan dah start jem. Ramai giler orang. Nasib baik dapat parking.

wrist tag untuk masuk

Punyalah ramai orang. Nak main games beratur, nak main amik hadiah beratur, nak makan pun beratur! Haha. Punyalah ramai staff Astro ni. Last-last aku makan whealoaf bun, nasi goreng dengan chicken wing je. Nak beratur amik apam balik pun panjang, last-last aku fedup. Aku bagi je kupon makan tu kat akak opismate aku. Rezeki akak tu, sebab aku tengok dia macam nak stay lama je kat event tu. Aku awal-awal lagi dah ajak balik.

Astro Broadcast Centra, Bukit Jalil


Best la jugak. Banyak hadiah diorang sediakan tapi satu hadiah pun aku tak dapat. Aku dapat doorgift je back pack. Hahaha. Sebab aku malas gilerr nak beratur. Ada hadiah yang boleh senang senang je, contohnya Big Jump, tapi nak beratur tu aku rasa makan sejam. Tak koser! Pastu aku main child games je, main-main dapat 8 kupon, pastu redeem dapat jajan je. Lagi sedih! tengah-tengah beratur nak dapatkan Ribena free pun orang Ribena cakap Ribena dah habis. Double sedih!

firework, cantik!

cantik jugak!

Jalan-jalan, mcm cun-cun aku sampai ke Tarian Naga, ada firework. Cantik sangat. Macam sambut new year dah. Eh memang dah new year kan, Chinese New Year. Hehe. Muka dah berminyak, aku dah rimas. Aku lebih kenyang minum air, sebab air ada dimana-mana. Jalan sikit, ada air, jalan sikit ada air. Nasib baik buat petang ke malam, jadi tak panas sangat.



 
ni time aku dah penat giler nak berjalan

dah minyak muka,tp sebenarnya nak tunjuk signboard Astro belakang tu

sampai rumah dalam kul 10 tapi pergi isi minyak kereta. Beratur lagi! Hari beratur sedunia. Hahaha.

bye!
eimanhikmah

2 comments:

Ezy Loy said...

letihla.. haha..
skit2 beratur..

mr boroboro said...

mmg pun..penat beratur seharian..