Monday, March 30, 2015

276 Terima kasih Team Suria.FM & Red.FM

Monday, March 30, 2015
Assalamualaikum..


Semalam balik kerja terus pergi Selayang Mall sebab mak nak kuali Tefal kat SengHeng. Aku jugak promote kat mak yang kuali Tefal tu murah. Aku pun terbeli untuk aku jgk.  RM42 untuk saiz 26cm, murah oi! Masa nak masuk ke dalam Selayang Mall, aku nampak cam ada Suria FM & Red FM road show. Alahh yang bagi2 hadiah tu. Masa aku sampai, crew Suria FM tu tanya nama Perdana Menteri  ke-4. Ada akak tu dah jawab then dapat hadiah. Soalan sng2 je tu.


Pastu diorang tanya, apa benda merah yang paling besar yang ada kat badan korang, aku aim beg aku. Aku terus hulur ke depan, aku lupa yang aku pakai baju merah, bila akak sebelah aku tegur, aku terus tukar ke baju pulak. Hahaha. Aku dah kedepan nk join. Game nya, minum air badak sampai habis dan bila habis minum, kena buat muka garang. Sekali, aku seri dengan akak sebelah. Pastu nak penentuan, kena main osom pulak. Last2 akak tu menang, aku dapat Nata De Coco jek.

nata de coco yang dpt smlm


Pastu crew tu tanya lagi, siapa ada Instagram. Apa lagi, aku kedepan lagi lah. Muka aku lagi. Haha. Diorang suh selfie dengan diorang pastu hashtag #suriafmmalaysia & #redfmmalaysia. Aku paling lambat selfie dengan diorang sebab macam nervous. Tapi last2 aku menang jugak sebab aku paling cepat upload. Dapat hadiah dari Saji. Ada macam2 dalam beg tu. Rejeki orang kata. Alhamdulillah.

selfie dgn crew suria fm tu


ni lah yg dlm beg tu, semua produk saji


Pastu last sekali, game Captain & Hook. Main pegang hidung dengan telinga cara bersilang. Main2 punya main, aku final 2. Penentuan pemenang, kena darabkan berapa jari aku dengan berapa jari akak lg sorg tu. Aku tengok jari dia 5, jari aku 4, aku laju2 jawab 20. Yeay aku menang lg, dapat tiket Jungle Adventure kat I-city. Lama tak pergi I-city, pasni boleh pergi I-city pulak. Hehehe.



tiket i-city




Dah habis main games dengan crew Suria fm tu, aku pun pergilah beli kuali Tefal mak aku tu. Pastu pergi makan nasi beriyani JM Beriani sebab aku lapar giler baru balik kerja.


makan JM beriani



Semalam rezeki 2 kali. Alhamdulillah bersyukur sangat.






 bye!
eimanhikmah

Sunday, March 29, 2015

275 Picnic kat Sungai Tua

Sunday, March 29, 2015
Assalamualaikum…

Hari sabtu hari tu pergi lagi manda mandi kt sungai Tua. Kawan2 aku la seronok sangat nak pergi. Aku ketua rombongan Cik Kiah tu. Aku tunjuk jalan. Aku dah puas pergi mandi sungai ni. Jadi aku teman je la kawan2 aku pergi sini. Kali ni berpicnic sungguh2. Siap ada BBQ bagai,nasi lemak, nasi goreng, kek, nugget, French fries. Makan2 pastu berendam, makan2 berendam lagi. Sebijik dugong! Hahaha

Kawan aku bawak GoPro dia. Apa lagi, adalah aksi2 bergambar dalam underwater. Nak bergambar tapi  tutup mata sebab mata pedih. Kawan2 aku memang ting tong. Nak2 pergi hari jumaat, takde orang. Memang seronok la. Lama gila mandi. Kul 5 baru aku sampai rumah.


masa baru sampai. dari kiri, ateng, kak nora, yani, yan, alicia, yana,aku, aina n abby









gambar aku dalam air yang paling ok. hahaha


Ni baru sikit geng yang ikut sebab yang lain2 tak cuti. Next time kot. Next time aku nak cadangkan sungai lain sebab aku dah selalu sangat pergi sungai ni. 


Ok bye!
eimanhikmah




Thursday, March 26, 2015

274 Seriously bosan

Thursday, March 26, 2015
Assalamualaikum...


Hari ni aku seriously bosan. Bosan dengan cara kerja another department yang aku paksa-rela kena join. Dah la join department atas dasar membantu sahaja tapi dengan membantu tu, semua kesalahan ditimbulkan. Aku geram plus bosan. Bukan takleh nak tegur aku depan2, bagitau salah apa. Ni nak email pastu cc dengan bosses semua, pastu aku kena sound dengan boss sekali. Aku bengang. Kalau bagitau aku personally, aku boleh terima dan aku takkan ulang kesalahan tu lagi.


Aku mengadu kat kawan2 aku tapi aku cakap kuat2 supaya orang yang tuduh aku tu bengang terasa. Tapi tak taulah kalau tak terasa. Aku kalau boleh nak update blog benda yang happy2 je. Tapi hari ni aku bengang giler. Mamat sebelah aku pandai pulak pujuk aku, dihulurnya jajan sotong kering tapi aku tak makan. Aku tak makan jajan sotong kering yang halus2 tu. Pujukan tak berjaya. Aku tetap bengang.

Arghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!



bye!
eimanhikmah

273 Kaya di hari pertama gaji je

Assalamualaikum..


Akhirnya kerinduan terhadap gaji telah berakhir. Hikhikhikhik. Aku rasa cara aku saving masih lagi tak betul. Sedih aku. Sebab bila duit sikit ke duit banyak ke habis jgk. Hari tu terdraw RM200. So ada duit kat tangan, time tu jugak la aku rasa pencuci muka habis, deodorant habis, krim muka takde, lotion takde, semualah habis.  Terus laju2 pergi NSK kul 1pagi. Beli itu ini, semua nak beli cm banyak sangat duit. Sigh~~


Duit simpanan sikit naw. Duit nak berjalan pun sikit naw. Aku rasa kalau emergency nak pakai duit, mati kutu aku dibuatnya. Sebelum ni, aku tak reti nak bank online. Gigihlah aku pergi setiap bank walk in untuk masukkan duit. Bila draw duit untuk segregate ke bank2 tu. Korang faham tak perasaan bila duit banyak kat tangan tibe2 bila dah habis bila bank in kat setiap bank. Walaupun memang simpan dalam bank sendiri tapi tetap rasa sedih.


So sekarang aku dah wat semua bank online. Cuma satu bank lagi aku tak wat online sebab asyik terlupa nak register no. handphone. So bila tak daftar BSN, maknanya aku tak bayar PTPTN. Hehehe. Matilanakkk kalau aku kena tahan imegresen tak boleh pergi obersea nanti. Kang ada masa aku pergilah daftar no. handphone, kang boleh buat BSN online pulak. Hiks~~


Dah selesai segregate semua termasuk byr bil. Kan aku dah cakap kaya time 1st day gaji je. Aku rasa kena amalkan segreagate duit awal2 untuk mengelakkan aku terguna duit tu. Berangan nak jalan obersea kan kengkonon. Kena simpan duit awal2.


Minggu depan dah start GST, aku rasa seram2 sejuk nak menempuh alam GST. Tak tau apa yang naik apa yang turun.  Sebab information GST ni tak jelas. Semua ayat dalam iklan GST cam tak jelas. Aku ada dengar dari kawan2, ada kedai2 yang dah kenakan GST awal2. Dia nak beli pampers anak dia, selama ni harga RM33.00, sekarang dah naik RM5.00 jadi RM38.00. Isk isk


Aku harap company aku bagi kenaikan gaji sempena GST ni. Boleh??  Hahaha.
Aku taip entry ni dari siang tapi sekarang masuk dalam blog. Busy sengsangat. Yeay esok last kerja pastu cuti 2 hari.




 semoga orang sentiasa murah rezeki termasuk aku. Amin!


bye!
eimanhikmah


Tuesday, March 24, 2015

272 Panas berdesing!

Tuesday, March 24, 2015
Assalamualaikum…


Pagi2 aku dah melantak makan nasi dengan lauk sardine. Malam tadi, akak Teha aku dah sms suh makan kat umah bila balik kerja. Tapi bila sampai umah, aku malas dah nak makan. Mula2 tahan lagi, duk layan tv tapi aku tak tahan lapar, aku wat milo. Perghhhh nikmat betul. Lepas minum terus ngantuk. Spoil mood nak layan movie malam2. Aku cuma tengok Teman Lelaki Upahan yang dah rekod sampai habis. Kenapa minggu ni cm sedih2 je. Tak sabar nak tengok malam ni punya.


Tadi pergi kerja cam lambat sikit. Memang dekat kul 12 tengahari. Bila masuk dalam kereta perghhhh berdesing panas dia! Aku tukar kete dengan abang aku, kete dia color hitam. Bila masuk kete, terus berpeluh2 muka aku. Cair mekap aku. Hahaha.


So sekarang aku kena amalkan beberapa perkara untuk musim panas ni. Ni antara yang aku wat.


Minum air sebanyak boleh. Aku minum air dekat 3liter to 3.5liter sehari. Senak perut aku. Bila minum air banyak, kencing pun banyak. Tapi best bila minum banyak, kulit tak kering sgt. Kat office, aku nya botol air 1liter, so aku bajet minum 2liter to 2.5liter kat office saje. Kat umah pun botol air aku 1liter nya, kat rumah aku akan minum another 1liter. So jadi 3liter to 3.5liter sehari.


Pakai lotion n pelembab muka. Aku tak suka pakai lotion sebelum ni. Rimas wehh. Lekit2. Bila kena air terus minyak2. Tapi sejak pakai lotion Safi. Kini tidak lagi. Hehehe. Pastu dulu, jangan harap aku nak jaga muka aku. Aku cuci muka je dah. Tapi abang sarankan aku pakai pelembab muka sebab dia tengok muka aku kering siap mengelupas. So aku beli jugaklah pelembab muka Safi yang murah tu. RM8 lebih boleh pakai berbulan2. Aku jenis kedeksss untuk benda2 cmni. Hiksss. So sekarang dah berapa kali pakai, aku rasa ok je. So sebelum tidow, aku memang selalu pakai. Takde jaminan benda murah takde kesan, benda mahal akan ada kesan.


Pakai lipstick ada pelembab. Haaa ni lagi satu, aku ni amatlah jarang pakai lipstick. Tapi hari tu, masa balik kampung, along aku pakai lipstick ada pelembab jenama Silkygirl. Pastu aku sibuklah ushar lipstick ni kat Watson. Ada! Aku terus rembat satu pastu kena pow dengan akak Teha aku jgk liptick lain. Cis! So sekarang bibir tak kering pecah2 macam dulu. 


Mandi sungai. Eh ni pun boleh ehhhh. Hahaha. Dengan kesejukan air sungai tu aku rasa boleh membangkitkan kelembapan kulit. Chewahhh. Hari tu dah pergi sekali. Akan datang nak pergi lagi. Syokkk woo mandi sungai panas berdesing ni. Dah plan2 dengan kawan2 dah ni. Tinggal tunggu hari je. plan bukan main lagi. Siap nak BBQ bagai.


Letak air depan kipas. Ok ni kelakar! Klasik sgt. Aku gelak2 dengan akak aku bila kitorang letak air depan kipas. Tapi bila tengah malam, pergghhh memang sejuk giler tidow bergulung2 dalam selimut wooo. Hari tu abang Apik aku pun tidow kat rumah. Aku tanya dia, nak tidow kat dalam bilik ke kat ruang tamu. Dia cakap nak tidow kat ruang tamu sebab sejuk sikit. berderet2 kitorang tidow depan tv. Aku pun letaklah air depan kipas, aku tengok abang aku tidow bergulung2 dalam selimut. Aku tanya sejuk ke, dia cakap sejuk giler. Dan dalam masa yang sama, kucing2 aku pun minum air dalam bekas tu. Hahaha.


So far itu yang aku wat. Takde la rasa dehydrated sangat. Nanti bulan puasa janganlah panas berdesing macam ni. Time tu nak minum air siang2 takleh dah.

celpie2 nak pergi kerja tadi



Ok la itu saje.

bye!
eimanhikmah


Monday, March 23, 2015

271 Pertabalan Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim

Monday, March 23, 2015
Assalamualaikum..


Nak bagitau yang Baby Affan semakin sihat. Dah takpayah pakai bantuan pernafasan lagi setakat semalam. Abang Apik bagitau, Baby Affan hanya memerlukan dos antibiotic yang cukup, kalau dah cukup kuat Baby Affan dah boleh kuar hospital. Yeay boleh kendong2 Baby Affan nanti. Sukanya Ucu dia!


baby affan dah tak pakai bantuan pernafasan


Dah apply cuti untuk balik kampung. Boleh kepit kepit dengan Baby Affan pulak. Seronoknya. Alhamdulillah Baby Affan semakin sihat. Pagi tadi Along wasap ajak pergi Bandung tapi last2 tgk tarikh tu tak cuti sekolah lagi, cehhh aku dah semangat2 dah. Sebab time tu je murah. Kalau dah cuti sekolah, harga tiket flight mahal gilerrr. Mungkin next time. Ada masa banyak lagi.

Hari ni 23 Mac 2015 adalah Hari Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor yang Kelima. Daulat Tuanku!




Aku sebagai anak Johor bangga dengan Kemahkotaan  DYMM Sultan Ibrahim. Orang2 Johor di jemput meraikan perarakan yang diadakan di Istana Bukit Serene. Aku tengok kat fb ramai orang datang tengok. Rugi tak balik cuti kan, kalau tak boleh tengok sekali. Kereta2 raja2 Johor ni antic tapi exclusive. Pastu baca kat suratkabor, ramai orang wish Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim ni. Daulat Tuanku!






Alhamdulillah, Pertabalan Sultan Johor selesai dengan jayanya. Daulat Tuanku. Sangat tertarik dengan kain biru belakang Permaisuri Johor dan Sultan Johor tu. Tu namanya kain pelayang diraja.

Daulat Tuanku!


bye!
eimanhikmah

Sunday, March 22, 2015

270 Doakan Baby Affan cepat sihat

Sunday, March 22, 2015


Assalamualaikum..



Semalam2 cuti dua hari tapi sangat kelam kabut sebab akak ipar aku, Syera bersalin. Ada bagitau last entry sikit2 je sebab baby tak kuar lagi. Balik kerja kul 5ptg terus chow pergi hospital. Main redah je sebab tab tak bawak, power bank tak bawak. Takde GPS. Matilanakkkk. Aku pengguna Papago dalam tab aku, Papago bagus sebab dia bagi arahan awal2. So takkan sesat. Last2 terpaksa bukak waze. Aku bukan penggemar waze sebab waze kena guna internet. Aku pulak pakai wifi broadband, simpan battery untuk live update wasap dengan family. Memang kelam kabut sangat. Dalam redah2 tu aku rasa tak confident, sebab rasa macam sesat. . Terpaksa la bukak waze jgk. Time ni la waze br nk update macam2. Haishhh.


Ok dah bukak waze, rupanya aku memang kat jalan yang benar. Benar sangat sebab Hospital Ampang dalam 1.9km je. Haha. Ok terus je masuk simpang kiri, aku terus nampak wad bersalin. Cari parking pulak. Tapi aku tak berani nak parking jauh2. Aku u-turn pastu terus masuk  dalam hospital. Alhamdulillah ada parking. Terus tanya kaunter mana wad bersalin. Terus tuju tinggal 4, terus pergi bed. Takde orang. Abang Apik aku takde. Call abang Apik, dia cakap dia kat tingkat 3 kt dewan bedah! Alamak, aku memang cuak giler tapi aku cool2 jek. Aku jumpa abang Apik, dia yang tak cool. Sian aku tengok abang aku.

abg apik senyum tap dalam hati dia tak tau resah mcm mana



Dalam setengah jam aku tunggu depan bilik bedah, Syera kuar dari bilik bedah. Sebelum Syera kuar, nurse cakap kat abang aku tengok lah baby dulu kat NICU. Tapi abang aku tetap nak jumpa isteri dia dulu. Of couse la kan, isteri kena bedahkan. Mana tak risau. Abang aku cakap, ‘takpe abang nak tunggu Syera jgk’. Ok la tunggu Syera dan follow nurse hantar sampai bed. Syera masih mamai dan bius masih kuat lagi. Tapi aku ada borak2 dan buat lawak sebab taknak dia stress sebab dia tak jumpa baby lagi.


Aku tunggu kat hospital sampai habis waktu melawat sampai mak guard tu dah round 3 kali. Sampai 7.30pm aku dalam wad lagi. Dengan berat hati, aku balik jugak. Tapi nak balik, jem giler teruk. Aku stay kat lobi sampai 8.30pm. Aku call abang aku tak dapat, aku call Syera, dia cakap abang aku turun bawah nak amik cable power bank. Aku tunggu2 kat lobi, tak jumpa pun. Aku pun balik. Dengan tak tau arah nak balik, wifi broadband dah habis battery, minyak kereta dah kelip2, handphone tak cukup credit, akak aku kat Penang, Kak Eda call tanya aku kat mana, aku cakap nak balik dah, akak aku suh aku patah balik pergi hospital jumpa doctor untuk tanya perkembangan baby sebab family aku risau sangat pasal baby. Sesampai hospital, aku sikit lagi nak bertekak dengan mak guard kat kaunter tu sebab diorang die2 tak bagi aku naik. Aku kengkonon nak pass kunci kereta kat abang Apik. Diorang call wad suh abang aku turun. Abang aku turun, muka dia kepenatan dan tak cukup tidow. Abang aku ajak makan Mcd n belikan Syera bubur. Dia makan pelan2 je, sian dia. Tapi still tak tau perkembangan baby camner sebab tak dapat jumpa doctor.


Semalam seharian aku jaga Syera. Aku dengan akak Teha masak. Kitorang masak ikan salmon bakar, dengan sayur masak lemak. Siap picnic kat dalam wad. Syira bagitau dia dah boleh discharge. Kitorang makan2, pastu setelkan bil pastu balik. Hantar Syera balik rumah kakak dia, Kak Baby. Kak Baby tanya makan apa tadi, Syira jawab makan sayur masak lemak. Kak Baby terus jerit mana boleh makan minyak2 lemak2. Hahaha. Bukan main sedap lagi siap picnic dalam wad, rupanya orang pantang takleh makan minyak2 lemak2. Kitorang yang anak dara mana tau kan. Main hentam je.


picnic dalam wad



nampak tu sayur lemak, selera orang pantang makan


Abang aku decide nak namakan anak dia Affan Anaqi bin Wafiq. Panggil Affan. So sekarang baby Affan. Sekarang kitorang tengok update bila abang aku curik2 amik gambar dalam NICU je. Dalam NICU takleh amik gambar sebab menganggu mesin2 dalam NICU tu. Dapat amik gambar curik2, kitorang kongsi2 gambar dalam wasap. Kak eda tanya kawan dia yang memang doctor baby, bagi gambar Baby Affan kat kawan dia, kawan dia cakap Baby Affan stable.  Cuma perlukan bantuan pernafasan. Bila tau tu, semua orang lega. Tapi aku tau, abang Apik n Syera mesti lagi sedih.


baby Affan dalam NICU


Berat baby Affan 3.23kg dan panjang 50cm. Sepanjang pregnant, Syera ok je. Cuma masa nak bersalin, bukaan slow sangat, baby dah poopoo. Tu yang kitorang sekeluarga terkilan sikit. Bukan nak marah hospital kerajaan,tapi bila dah tau baby dah poopoo, cepat2 lah c-zer. Ni tak nak tunggu jgk normal. Tapi last2 terpaksa jugak C-zer.


Tunggu Baby Affan kuar, then Abang Apik n Syera akan berpantang kat Johor. Semoga ada hikmah atas semua yang berlaku. Semua orang berdoa pada Allah semoga Baby Affan cepat sembut. Amin Yaa Rabb.


bye!
eimanhikmah



Thursday, March 19, 2015

269 Nama panggilan awak apa?

Thursday, March 19, 2015
Assalamualaikum..



Uwarghhhh ngantuk giler nak bangun pagi tadi. Malam tadi tidow lambat. Sebab malam tadi aku pergi jumpa abang aku n kakak ipar. Kakak ipar aku tu dah sarat2 nak bersalin dah, dah 39 minggu dah tapi gigih jugaklah ajak aku n kakak aku pergi makan. Hahaha. Pergi makan bubur berlauk je. Sepenuh2 mangkuk, perghhh kenyang giler.


Pagi tadi baca wasap, abang aku cakap, kak ipar aku dah pecah air ketuban. Yeay anytime boleh bersalin. Kalau hari ni bersalin, aku terus chow pergi hospital sebab akak ipar aku bersalin kat Hospital Ampang, dekat je dengan office. Tak sabar nak cium bau baby. Last anak buah aku sekarang ni dah 5 tahun. Dah masuk sekolah tadika dah. Rindu nak bau baby.

Eksaited terlebih aku ni. Pasal baby aku nak cerite kendian sebab baby belum kuar lagi. Sebenarnya aku nak ceritakan pasal nama panggilan. Aku ni boleh dikatakan banyak nama panggilan. Nama pun ada 3 patahkan, tapi nama last mostly tak guna langsung, melainkan ada orang gedik2 nak panggil aku Hikmah. Hahaha.


First nama panggilan aku dari kecik ialah adik. Adik sebab aku anak bongsu. Semua family aku panggil aku adik. Disebabkan aku adik, so aku paling over manja. Manja giler. Dimanjakan sangat sampai aku paling lama pakai pampers, pastu aku dulu2 masa kecik aku selalu ngompol kat tilam. Haha. Malu giler. Pastu aku kuat merajuk. Bab merajuk ni mak aku cakap paling tak boleh blah, sikit2 merajuk. Merajuk mencebik duduk belakang pokok. Masa tu kitorang sefamily pergi Zoo Buaya. Aku merajuk mencebik siap gigit jari. Ayah aku siap snap gambar tapi gambar tu takde sekarang ni, ada kat kampong. Hahaha. Kelakar bila ingat.


Kedua, nama panggilan aku nama aku sendiri either Nurul or Eiman or Hikmah. Aku ni kategori kanak2 nakal, aku tak ayu, aku tak lembut, aku jenis tak sopan sangat. Aku lasak. Dulu masa tadika, kawan2 aku panggil aku Nurul. Cikgu tadika pun panggil aku Nurul. Nurul tu nampak cam baik je, cam lembut je. Tapi kureng sesuai dengan aku. Aku cam tomboy dulu2. Lama2 cikgu n kawan2 aku panggil aku Eiman. Eiman Nampak ganas, nampak cam lelaki sikit. Sebab dulu kecik2 aku rambut pendek. Ganas sikit. Jadi nama Eiman lagi sesuai. Aku rasa pun lagi sesuai. Lagipun Eiman tu unik, orangnya perempuan tapi nama lelaki. Hehe. Nama Hikmah tu guna, aku paling ingat, cikgu sekolah rendah ada panggil. Dia panggil Hikmah cam pelik aku rasa. Sebab time tu sekolah ada projek Hikmah. Projek Hikmah adalah projek kelas tambahan. Cam projek khas untuk aku tapi sebenarnya tak eh. Takde kena mengena langsung. Hahaha.


Time kat UiTM Sarawak, aku jumpa kawan aku ni, dia mula start panggil aku Nurul. Sebab aku yang perkenalkan diri aku Nurul. Oklah kawan2 lain pun start panggil aku Nurul. Tapi lama2, kan aku budak ladang. Pergi masuk ladang semua, style pakaian pun ganas sikit, kawan2 aku cakap nama Nurul tak sesuai. Nama Eiman lagi sesuai. Diorang start panggil aku Eiman. Eh tukar pulak. Sesuka suki diorang je kan. Tapi aku gelak je lah. Time tu pun aku lebih sesuai pakai nama Eiman. Kenangan lama mengusik jiwa. KLMJ sangat. Hahaha.


Ketiga, panggilan Ucu. Aku dapat panggilan bila dapat anak buah masa umur 13thn. Bayangkan, kecik2 lagi aku dah dapat anak buah. Dah aku anak bongsu, confirmlah panggil ucu kan. Aku taknak panggil mak usu or moksu or mokcu ke. Sebab nampak makcik2,panggil Ucu simple n comel cam aku. So sekarang anak buah aku panggil aku Ucu yang mana anak buah aku dah 14tahun dan 13tahun. Cam kawan2 je aku tengok diorang ni. Dressing pun lebih kurang aku je.

Keempat, panggilan sayang. alaa ni panggilan dari bf kepada aku je. Huhu. Kenapa panggilan sayang, sebab best. Tu je. Hahaha


Kelima, panggilan mok. Ok mok ni panggilan untuk akak aku ke aku je. Dia je panggil mok sebab aku lagi gemok dari dia. Camnerlah nak kurus kalau hari2 panggil mok. Huuhu. Aku tak reti nak ko aku dengan adik beradik lain sebab aku anak bongsu. So, along (anak no.1), abg adi (anak no.2), kak eda (anak no.3), abg apik (anak no.4) panggil aku adik dan aku panggil diorang cam nama yang aku tulis tadi. Kecuali Mok dari kak fetty aku (anak no.5)


Tu belum nama panggilan anak nanti. Memandangkan belum ada anak, aku berangan nak anak aku panggil ibu. Panggilan ibu cam best kan. Penuh keibuan. Erkkk berangan je.


Eh panjang gila aku membebel hari ni. Sebab kerja hari ni cam sendu je kan, aku ada banyak masa mengadap blog. Huahuahaua.

tgk pc aku tu slow nak on. seselow mood aku nak kerja hari ni.



Nama panggilan awak2 semua apa?


bye!
eimanhikmah



Wednesday, March 18, 2015

268 Sabar separuh dari iman

Wednesday, March 18, 2015
Assalamualaikum..

Semalam kerja banyak sangat. Bertimbun2 email aku dapat. Dalam kul 3.30pm dapat email dari bos suh create email untuk work process. Bagi masa setengah jam, memang tak siap la kul 4pm. Last2 aku amik terpaksa amik short break untuk setelkan email pastu aku send to all officemate. Kul 5.10pm aku balik. Aku taknak balik lambat sebab jalan jem giler. nanti terlepas nak tengok Teman Lelaki Upahan. Semalam banyak scene sedih. Sesedih sesendu hati aku semalam.


Aku dapat bertimbun2 email termasuk bos yang suka cari salah orang. Aku geram betul. Ko tak wat kerja, aku yang salah. Aku mengamuk kat bos lagi satu, tergagap2 nak jawab. Dia pun cakap bos pompuan tu meroyan hari ni, period kot. Huhuhu.


Ok lupakan kisah kerja, semalam aku memang nak update blog. Tapi takde masa nak taip, idea dah ada tapi tak sempat nak wat. Sedih wuwuwuwuwu. Sebab janji nak update setiap hari. Ok ni update satu, kang kalau rajin, kalau rajin ye petang kang aku update lagi. Kot2 petang ni aku tak mengamuk dengan bos aku ke kan. Hahaha.

Semalam hari memang serba tak kena.

Eiman sabar. Sabar Eiman.




bye!
eimanhikmah

Monday, March 16, 2015

267 Follow la Instagram

Monday, March 16, 2015
Assalamualaikum…


Selamat pagi Isnin. Semalam sebelum tidow, aku cakap kat akak aku nak kuar awal awal sebab nak dapatkan parking murah. Tapi last last aku kuar lambat jugak dan aku parking kat tempat mahal. Menangis. Sebab rate parking kalau kerja pagi mesti mahal giler. Sabar je la. Nasib baik boleh claim. Hehe. Settlekan makanan anak anak kucing dan pasir syisyi diorang, aku geraklah pergi kerja. Hari ni pakai baju kurung bertudung hijau hewhewhew.

Siapa takde Instagram? Of coz semua orang ada Intagram kan. Mostly lah.  Aku suka selfie. Time drive selfie. Time makan selfie. Time jalan jalan selfie. Semua nak selfie. Jadi semua gambar Instagram aku memang la gambar selfie. Hehe. Orang perasan camtulah. Takde kerja lain, selfie saje. 
 
Jadi kat instagram aku penuh gambar selfie aku. Haha. Orang kalau perasan memang camtu. Takde benda nak update, update muka sendiri. Meh la follow instagram aku.


Sejak akhir akhir ni ada ramai orang follow aku, especially yang jual jual tu. Bagi aku, aku ok je. Orang follow aku, aku follow balik. Apa salahnya. Boleh aku cuci mata tengok apa yang diorang jual. takyah private sangatlah Instagram ko tuh! Menyampah aku. Eh over pulak. Hehee.


follow la insta aku 'eimanhikmah'

ekk selfie lagikkkkk

Ok nak sambung buat kerja. Ni namanya takde kerja, kite cari kerja. Selagi melampaui batas, menutup aurat. Apa salahnya kan kan kan.


bye!
eimanhikmah


Sunday, March 15, 2015

266 New Layout new features

Sunday, March 15, 2015
Assalamualaikum..

Hari ni kerja macam so so, jadi aku amik kesempatan mengadap blog aku. Hahaha. Aku tak makan gaji buta sebab kerja aku ni memang computer je, takde kerja, aku online bukak blog aku ni. Aku fikir nak tukar layout belakang tu. Tapi aku macam tak jumpa yang best best. Aku nak white simpe layout tapi tak jumpa. Iskkk mana la layout yang best best dulu dulu tu. Takpelah aku pakai yang memang sedia ada kat setting blogspot ni. Malas nak cari dah.

Bila cuba satu satu, aku suka yang aku pakai sekarang ni. Aku suka yang wide cmni sebab aku jenis taip entry panjang  panjang ntah apa apa. Jadi layout yang wide cmni yang sesuai. Lain daripada yang lain. Hehe. Sebelum ni, follower aku letak kat bawah, aku nak naikkan tapi tak reti dah. Tu yang bila tukar layout, follower aku jadi kat atas. Walaupun tersembunyi tapi still kat atas. Suka pulak aku tengoknya. Hehehe.

Ada beberapa features yang berubah. Meh aku bagitau ek. Ceh kengkonon je aku.







Cam best kan. Semua features tu tersembunyi, jadi tak nampak serabut sgt blog aku ni. Rasa teruja pulak. Padahal nak layout yang comel comel tapi layout ni ok dah. Aku tak reti dah nak wat cantik2. Hahaha.

Ok la, chow cin cau..

bye!
eimanhikmah

265 Senyum tak perlu kata apa apa

Assalamualaikum...

Hari ni kerja. Ahad kerja. Kite senyum tak kata apa apa. Hahaha. Jeles aku tengok akak aku tidow lagi. Aku sengaja tak kejut dia supaya dia tak pergi hot balloon kt Putrajaya. Hohoho aku kejam. Sebab aku tak pergikan. Aku cakap kat akak aku, janganlah pergi hot balloon, nanti adik jeles. Akak aku cakap kat ko bengonglah wek wek wek. Haha. 

Aku suka kerja ahad sebab jalan lengang dan parking kt office aku murah. Jalan pergi kerja smooth je, aku harap kerja aku pun smooth sama cam perjalanan aku ke office tadi. InsyaAllah.

Senyum tak perlu kata apa apa.

sedapnya makan lempeng coklat nih!

Doakan terbaik untuk aku ye kawan kawan.

bye!
eimanhikmah

Saturday, March 14, 2015

264 Food Hunting + Berendam kat Sungai Tua

Saturday, March 14, 2015
Assalamualaikum…



Selamat hari Sabtu. Mesti ramai yang pergi pesta Hot Balloon kan. Aku beriya nak pergi. Kawan aku ajak, aku cakap 'nak ikut sangat, teringin sangat nak tengok hot balloon' tapi aku tak pergi pun. Hukhukhuk. Dulu time belajar kt UiTM, akak aku ajak tapi time tu aku ada presentation ke test ntah, aku tak join. Pastu tahun tahun berikutnya pun aku tak pergi jugak. Sedih. Kawan aku ajak dalam wasap tapi aku takleh confirmkan, last last aku decide takyah pergilah. Lagipun aku lagi suka pergi dengan abang je. Kalau aku pergi dengan dia, aku dengan dia mesti boleh melencong tempat lain. Ke Seremban ke Nilai ke. Hekhekhek.


Akak aku cakap jom pergi breakfast kt Restoran Tuu Diaaa..Pak Tam. Selection makanan kat sini ko jangan cakap la, banyak gilerrrr. Naik rambang mata aku, tergoda tengok lauk, breakfast aku dah macam lunch. Tak sempat nak amik gambar, terus habis. Kahkahkah.

Kenyang giler eh, tapi disebabkan tak pergi Hot Balloon tu kan, aku cakap kt akak aku, nak food hunting lah. Food hunting lah sangat. Orang kalau food hunting, makan mahal mahal, sedap sedap, kt restoran bagai, akunya food hunting kire hampagas je. Aku yang drive, ikut suka aku je nak pergi mana. Tengah drive, aku nampak gerai Coconut Shake. Aku jerit nak Coconut Shake! Haha.Aku beli siap tabur Orea tabur, taknak kalah. Sedap gak budak perempuan tu buat. Ohhh baru tahu rasa Coconut Shake ni camni rupanya.

coconut shake!


Jalan lagi, celah lorong mana ntah, aku nampak pulak gerai makcik jual jambu asam boi. Aku berhenti, aku beli lagi. Murah makcik ni jual, 2 potong jambu tu RM1 je. Bila dah potong kecik kecik, jadi banyak dalam satu plastik. Berkkkkkk kenyang dah aku. Hahaha. 

jambu asam boi


Hari ni macam panas giler. Dalam kereta dah pasang air-cond sampai no.2, tapi panas lagi. Tapi aku tak suka pasang air-cond kuat kuat, bukan sebab tak suka sejuk, tapi sebab tak suka bunyi air-cond tu kuat sangat. Sakit telinga. Menyampah je akak aku, sebab aku selalu slowkan air-cond tapi dia kepananasan. Padan muka.

Akak aku ajak mandi sungai, mula mula aku malas sebab ingat lepas breakfast aku nak balik rumah je, lepak lepak tengok tv. Tapi pastu aku pulak ajak dia pergi. Pergi lah kitorang kat Sungai Tua tu berendam sampai kecut. Kitorang kalau mandi sungai, kitorang suka port yang sama je, sampai je tempat tu, tempat tu tutup. Tengok dari jalan, macam tanah runtuh. Takpelah pergi tempat lain je lah. Nampak cam kereta banyak jek, masuk je lah.

jalan jalan cari port bestttt


takut nak masuk air sebab sejuk sangat

pehhh menggigil!

muka tahan sejuk lagi ni


Berendam la dalam sejam camtu kot. Cari port best, air deras gilerrrr. Sakit badan nak lawan arus.

dah siap tukar baju, nak balik dah


Dah siap mandi, aku cakap nak cari cempedak goreng lah pulak. Sebab aku pernah beli cempedak goreng makcik kt tepi jalan tu cam sedap, tapi tadi tengok pusing sekali round, takde pulak jual. Takde cempedak goreng cari pisang goreng je lah. Port pisang goreng yang mesti aku pergi kat Warung Pak Dom kt Kepong tapi tadi tutup. Aku suka makan pisang goreng kat sini sebab ada sambal kicap, makan pisang goreng mestilah dengan sambal kicap, apa kelas makan pisang goreng kosong camtu jek. Memandangkan kedai pakcik tu tutup, aku cari kedai pisang goreng lain la. Jumpa kedai pisang goreng cheese. Alaaa malas betul nak cheese bagai, mahal pulak tu last last aku beli pisang goreng biasa je RM5.00, amik ko penuh plastik. 

pisang goreng rm5 baru penuh plastik

balik rumah, makan kat rumah je sebab kt rumah je ada sambal kicap akak aku buat


Kenyang + penat + happy + release tension + habis duit, marilah kita pulang ke rumah. Sampai rumah, kemas sikit, basuh baju yang buat mandi kt sungai tadi, mandi solat, tidow. Eh aku tak tidow. Hehe. Penat padahal aku round kat sini sini jek. Asalkan happy, aku no hal. 

Ok lah, aku nak layan Astro Best jap.


bye!
eimanhikmah

Thursday, March 12, 2015

263 Astro Muffin Thursday

Thursday, March 12, 2015
Assalamualaikum..


Hari ni kat office ada muffin day. Tema hari ni kena pakai baju purple. Dapat email semalam, baca lebih kurang je. Ingat ingat lupa pasal muffin day ni. Time nak pergi kerja tadi, baru teringat purple day, terus sarung t-shirt purple dengan tudung purple siap kasut purple. Suka sebenarnya sebab dapat muffin free tapi kan diet, aku takut nak makan tapi bila dapat free takkan aku nak tengok je kan. Hehe. Confirm aku makan punya. Hahaha








muka tak sabar nak makan muffin

selfie sebelum dapat muffin

yeay dah dapat muffin, boss baik siap round kt semua meja untuk bagi semua orang muffin

ni lah muffin nye, comel je

kasut purple yang aku cakap tu..hehe
Habis diet aku, hahaha. Kira dah cheat satu hari. Matilanak. Esok kena zumba zumba untuk hilangkan kadar gula dalam darah. Yeay esok cuti!

bye!
eimanhikmah