Thursday, February 26, 2015

254 Teman Lelaki Upahan

Thursday, February 26, 2015
Assalamualaikum..

Semalam dengan hari ni kerja, esok cuti balik 2 hari. Tak sabar. Bukan apa, sebenarnya banyak benda nak settle. Kan dah gaji kan. Nak pergi bayar bil bagai. Pastu along pesan belikan baju pastu suh pos lagi. Kalau boleh nak settle kan cepat pastu takyah kelam kabut sangat. Dah habis duit baru duk diam. Hahaha.

Sekarang kan, aku giler nak tengok cerita Teman Lelaki Upahan. Aku rasa cerita ni best giler. Hari-hari aku tengok. Kalau kerja, aku rekod pastu balik kerja aku tengok. Gigih giler. Bagus jgk aku amik Astro PVR ni. Takde masa nak tengok, aku rekod pastu ada masa tengok balik. Senang.

Aku suka cerita yang light-light macam ni. Senang nak faham. Pelakon cerita ni pun best-best. Aku dah lama minat Ungku Ismail ni, sejak drama Syurgamu Ramadan. Masa tu Ungku Ismail rambut panjang pastu Ungku Ismail gemuk sikit. Hahaha.

Untuk petang ni, aku dah siap-siap rekod. Balik kerja terus tengok. Semalam cerita bersambung dengan feeling nebes-nebes. Apa lah yang jadi petang ni. Tak sabar nak tengok. Hehehe watak Kyra Lidya pun ok. Dia berlakon berlagak-berlagak yang ok, tak over sangat. Lek-lek je. Tak menyampah sangat nak tengok. Likeeee sangat. Pastu watak El pun cool-cool je. Tak macho sangat. Macam bengong bengong sengal sengal. Macam ni la bagus. Best nak tengok.


Alahai lama pulak kul 10 malam. Tak sabar nak tengok cerita ni! Masa cepatlah berlalu. 



bye!
eimanhikmah

No comments: