Tuesday, February 17, 2015

252 Kisah wayang aku

Tuesday, February 17, 2015
Assalamualaikum…

Hari ni bekerja lagi. Ok last day! Yahoo lepas ni nak balik kampong terus. Seghonok nyeeee. Sejuknya la hai office ni. Walaupun sejuk cam kat London, aku mood lemau ni. Lemau dah kerja 5 hari. Huhuhu.

Sebenarnya aku dah lama tak tengok wayang. Rasa tahun ni memang tak pernah lagi tengok wayang.  Reason tak tengok wayang sebab nak berjimat dan takde masa dan kat rumah ada Astro full package. HBO ada, Fox Movies Premium ada, Cinemax ada. Walaupun cerita-cerita lama tapi aku jenis melayan je. Aku rasa aku tengok movie Devils Wears Prada tu dah beratus-ratus kali. The Vow  dengan Safe Haven dah puluh-puluh kali tengok. Hahaha. Sampai naik boring dia sebab aku malas nak tengok wayang dengan dia. Padan muka dia. Pastu cerita-cerita lain pun not so bad, aku rasa ok je. Kalau nak tengok yang agak-agak baru, aku beli je Astro Best or Astro First. Senang, murah dan tak makan masa aku. Lagipun aku lagi suka nak golek-golek depan tv je. Aku rasa heaven gila! Walaupun takde popcord bagai, aku boleh je goreng keledek, buat air the o suam. Perghhhhh. Takde dalam wayang semua tu. Hahaha.


Kalau cerita pengalaman tengok wayang. First time in my life, movie pertama aku tengok adalah The Lord of The Ring yang first punya. Masa tu dalam tingkatan satu kot. Kot la.  Betullah sebab masa yang first chapter tu tahun 2001. Masa tu abang aku dia pergi tengok dengan kawan dia. Pagi tu aku tengok ada mangkuk pop corn yang memang ada gambar The Lord of The Ring tu dalam kereta dia. Sengajalah tu taknak bawak masuk rumah sebab taknak kantoi. Last-last kantoi jugak. Akak aku la bagitau aku. Dia suh hendap dalam kereta abang aku ada mangkuk pop corn. Abang aku tengah tidow masa tu, aku terus  kejut dia sebab dia pergi tengok wayang tak ajak aku. Aku buat-buat merajuk sebab aku teringin nak tengok wayang sebenarnya. Hahaha.  Last-last dia tak ajak aku memang aku merajuk la kan.

Akhirnya, kemerajukan aku berjaya. Mak aku cakap kat abang aku, bawaklah adik-adik tu tengok wayang. Jadi abang aku pun ok. Kena dengarlah kan cakap mak aku. Petang tu jugak abang aku ajak tengok wayang. Dengan akak aku sekali. Bukan main happy lagi. Gila tak happy, memang teringin kan. Kawan-kawan aku time tu dah puas dah tengok wayang, aku tak lagi. Aku dengan akak pun siap-siap lah. Dulu-dulu, nak pergi wayang jauh gilerrrrr. Kena pergi Bandar besar Johor Bahru time tu, kat City Square kot. Aku pun lupa. Tapi rasa betul sebab tempat lain takde wayang terdekat. Tu je satu-satunya. Kesian kan. Hahaha.

Ok time nak beli tiket, aku follow je abang aku. Aku dengan akak aku ikut je abang aku. Dia yang pilih seat. Of course la kena duk sama-sama kan. Sekali seat penuh hokkayyy. Ada seat paling bawah sekali. Faham tak, bawah sekali. Memang ko mendongak la sampai habis cerita. Masa tu cerita tu terasa lama gila nak habis. Aku yang first time tengok wayang, takut gila nak pusing-pusing badan kiri ke kanan. Sampai kematu bontot aku. Serius kamatu. Sebab aku tak bergerak langsung. Cuba ko bayangkan. Kelakar pulak bila ingat balik. Sebab aku takut kalau aku bergerak, orang belakang akan marah sebab tak nampak screen. Padahal screen kan kt atas. Ko ingat screen tu sama rata dengan seat?? Isk terasa kebongokkan aku time tu. Malu seyhhhh.

Ok layan punya layan wayang. Dah lah cerita omputih. Faham pulak aku. Aku dah la baru tingkatan 1 time tu. English aku memang hancur. Sekarang hancur jugak tapi tak sehancur dulu. Sebab sekarang kalau kena cakap dengan omputih, aku no hal. Ko speaking cair, aku ok lagi nak faham. Walaupun aku faham bait-bait hujung ayat je. Ok la kan, at least aku tak misunderstanding kan.  Hiks~ tapi kadang- kadang ada jugak salam faham kalau eksen ko tu pekat sangat cam kuah rojak. Hahaha. Aku blur tengok The Lord of The Rings tu. Kuar-kuar dari wayang, aku tanya akak aku, cerita tu pasal apa. Akak aku cerita balik kat aku. Ohh baru aku faham sikit-sikit cerita tu. Terukkan aku. Bila dah besar-besar, aku tengok lagi kt laptop, ohh baru faham banyak. Keji tol aku ni.

ni lah cerita yang first time aku tengok

Sekarang The Lord of The Ring dah banyak chapter dah. Sampai jadi Hobbit dah. Yang Hobbit yang last je aku tak tengok lagi. Takde masa nak tengok sampai takde dah kat wayang. Aku siap dapat tiket free lagi tapi satu seat, memang tak lah aku nak tengok sorang-sorang kan. Dah lah kat Sunway Piramid, bapak jauh. Burn je la tiket. Huhuhu.

Esok-esok ni aku cuti, aku ingat nak tengok wayang. Gedik tak. Wayang kt KL ni dekat dengan rumah, taknak pulak pergi tengok. Sekarang wayang kat rumah kampung dah dekat. Takyah masuk sampai Bandaraya nun jauh tu. Kalau kat Bandaraya pun aku tak tau jalan. Aku lebih tau jalan KL dari jalan JB. Sekarang wayang yang dekat kat Jusco Bukit Indah je. Bagi aku dekat la jugak kan. Dalam sejam camtu sampai. Sambil-sambil dah sampai Jusco boleh shopping-shoping. Gitewwww. Apa cerita baru ek sekarang?

Meh google jap.


aku rasa cerita ni aku tunggu kuar kat Astro First je
cerita ni aku memang nak tengok sesangat dari masa mula tengok trailer kt wayang tahun lepas
aku ada baca orang review cerita ni best
lagi satu cerita yang aku tunggu kuar kat Astro First jugak. hahaha
tengok tajuk pun rasa cam best
Aku rasa cerita yang aku nak tengok sangat tu cerita Jupiter Ascending. Dia tengok ok cerita ni sengsorang. Aku geram betul. Aku tanya dia nape tak ajak, dia cakap, kalau ajak bukan nak pergi. Kalau bagitau cerita apa nak tengok, mestilah aku nak ikut. Waduh-waduh. Ni pergi senyap-senyap tanpa pengetahuan aku. Bengang tau tak. Haha. Aku suspek, tak lama lagi, habis lah  tayangan. Melepas la aku kan. Melepas lagi! Aku tengok kat tv, ada cerita baru, Dragon Blade. Ada Datuk Jackie Chan. Kalau Jackie Chan yang berlakon, confirm la best kan kan kan.

cam best kan cam best kan

Ok entry panjang. Tadi aku tengok jalan kat bawah office tak jem sangat. Cam best je. Mungkin orang dah cuti awal. Ngee~


bye! 
eimanhikmah

No comments: