Monday, February 16, 2015

251 Sumbat jangan tak sumbat

Monday, February 16, 2015
Assalamualaikum..
Hari ni kerja lagi. Kerja 5 hari untuk dapatkan cuti yang 7 hari. Cuti raya cina. Aku pulak over minta cuti lama-lama. Aku dah lemau kerja lama-lama ni sebab bidang aku ni kerja paling lama 5 hari tapi aku jarang kerja 5 hari. Kadang 1 hari kerja, 1 hari cuti, kadang 2 or 3 hari kerja cuti 1 hari, ataupun kerja 4 hari cuti 2 hari. Ikut suka management nak bagi. Aku redhooo je lah. Tapi kerja 5 hari untuk cuti 7 hari aku rasa dah lemau dah.
Aku tak sabar nak travel jauh-jauh balik dengan anak kucing 3 ekor dalam kereta. Hehehe. Terjerit-jerit la aku dalam kereta bila setiap sekor kucing nanti ada yang duk kt riba, ada yang duk atas dashboard, ada yang duk bawah seat. Yang paling tak tahan bila diorang nk syisyi or yakyak dalam kereta. Jadi sepanjang malam la kitorang akan berbekal kan sumber oksigen plus bau yakyak diorang. Sebab malas nak berhenti buang yakyak diorang sebab ada kang yang kuar dari kerete. Kot aku rajin, aku nak update journey aku dengan kucing-kucing aku tu nanti. Seronoknya sebenarnya, at least ada kawan masa drive, walaupun kawan tu adalah kucing.

Nanti bila sampai kampung, yang terlebih excited ayah aku lah, bukan sebab kitorang balik tapi sebab cucu kucing dia balik. Time nil ah ayah aku nak baik-baik dengan kucing. Nak-nak dengan Boro sebab boro paling penakut antara semua. Dia paling tak peramah. Takdenya dia nak meleset-leset. Dia akan sembunyi bawah katil or bawah kerusi. Loki dengan Lucy ok je, peramah je, tak takut orang. Nak belai-belai dia no problem.
Aku tadi masa nak start nak taip ni rasa cm tak tau nak update apa. Sebab hari ni aku rasa biasa-biasa je. Aku memang nak start balik blogging ni. Jadi kalau boleh kalau, 1 hari 1 entry. Walaupun takde orang nak baca sangat sebab aku tau pembaca setia tu adalah aku sorang je.
Sebab aku dah start blog semula. At least aku ada bahan bacaan lain. Ada jugak info-info yang aku boleh tau. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Walaupun bukan kisah undang-undang, ekonomi, politik tapi oklah kan. At least otak aku ni aku pakai jugak. Takdelah 30% je. Hehehe.  Walaupun lebih kepada gossip-gosip artis, ada jugak aku search-search pasal hal-hal agama. Kadang-kadang aku goolge pasal kawen-kawen yang mana kawen-kawen tu takde lagi dalam plan aku untuk tahun ni. Sebab rasa macam tak jadi je kawen tahun ni, aku takut nak berharap nanti kecewa.
Eh padahal kan, aku tak tau nak melalut apa kat sini tapi hamek kawww. Panjang dah aku membebel sorang-sorang kt sini. Kawan aku cakap “Eiman kalau dah mengadap PC, senyap je. Adalah benda yang dia buat tu’. Kawan-kawan aku tak tau aku ada blog. Aku tak pernah nak bagitau. Hehehe. Malu.
Ok lah, byk dah aku melalut. Semua nak sumbat dalam satu entry padahal ntah apa-apa je.

Bye!
eimanhikmah

No comments: