Sunday, February 15, 2015

250 Harap aku tak terjebak

Sunday, February 15, 2015
Assalamualaikum..

Hari ni kerja lagi. Hari dilalui macam biasa. Pagi-pagi aku masak sup sayur dengan goreng ayam. Breakfast sup,lunch pun sup. Haha. Asalkan senang. Sebab semalam, aku beriya buat pizza telur pastu aku kengkonon nak buat nugget ayam, pastu aku terlambat nak pergi kerja. Hari ni aku masak sup sayur je. Sedappp. Eh terpuji diri sendiri. Satu periuk aku makan sorang. Aku bawak bekal pergi kerja. Makan lagi. Kengkonon boring makan ayam je. Jadi aku terfikir nak buat sup sayur je untuk beberapa hari ni. Semalam beriya aku pergi NSK nak memborong sayur. Sempena Tahun Baru Cina, ada kawalan harga untuk barang kawalan, jadi sayur seikat RM1.00 je. Timun jepun berbatang-batang RM2.00 je. Tu yang aku main capai, jadi penuh bakul. Banyak giler sayur aku beli. Hahahaha.


Lepas pergi memborong sayur, aku pergi makan. Kedai makan memang selalu pergi pun. Takde lain aku order sup sayur je. Yang kat kedai punya of course la sedap. Tu yang berangan nak buat sup sayur sendiri. Dan confirm sup sayur aku ala-ala untuk buat aku makan sorang jadi lah. Semalam masa tengah tunggu order sampai. Aku tertoleh kat satu meja ni, ada sebuah keluarga comel. Anak 3 orang. Seorang dah tertidow atas meja…..


Bermula la kisah, aku terdetik dalam hati. Kenapa mak bapak tu macam tu. Nak tau apa yang jadi. Aku tengok mak bapak budak tu duk sibuk main handphone. Sibuk online! Anak-anak tengah makan self service je. Amik lauk sendiri. Minum air sendiri. Faham kalau anak dah pandai. Tapi kesian sebab tak dapat perhatian dan nak manja-manja. Ye lah kan, cuti hujung minggu, dapat pulak makan kat luar, anak-anak seronoklah kan tapi mak bapak sibuk main handphone. Lagi pulak anak yang paling kecik tu siap dah tertidow kat meja dah. Ternganga mulut. Dalam beberapa kali toleh, anak dia masih tidow atas meja. Pastu toleh sekali lagi baru dia pangku anak tidow kat peha. Tapi tangan masih lagi main handphone. Kesian-kesian. Pastu anak-anak yang besar sikit dah siap makan, termangu-mangu tak tau nak buat apa. Duduk la diam-diam. Pastu aku tengok lagi, sampai dah terbaring anak yang besar sikit atas meja jugak.

Aku tau gejala ni memang dah lama berlaku. Semua orang pernah update kat Facebook, blog-blog, macam-macam lagilah. Yang mak bapak budak-budak tu tak sedar ke? Tak kesian kat anak-anak ke? Aku yang tengok pun kesian. Kesian anak diorang tu tak dapat perhatian.

Aku berazam, kalau aku ada anak kelak, aku taknak jadi macam tu. Kalau setakat nak main handphone sekejap-sekejap tu takpe lah. Time makan, makan betul-betul. Layan family baik-baik. Barulah mesra. Barulah anak gembira. Barulah suami sayang. Barulah bahagia. Barulah lebih diberkati. Gitewww. Mungkin time aku ada anak, semua gadjet cukup, tab, smartphone, laptop, pc, PS1, PS4, eh semua lah, tapi minta-mintalah aku tak ajar anak aku main semua tu. InsyaAllah. Dulu-dulu mak aku takde handphone, boleh je besarkan anak 6 orang. Sihat-sihat lagi tu. Haha.


Panjang dah aku taip ni. Kerja satu apa tak jalan. Hahampeh betul. tinggal lagi 2 hari nak kerja. Yeay yeay.







































Bye!
eimanhikmah


No comments: