Saturday, February 14, 2015

249 Semalam sikit lagi nak eksiden

Saturday, February 14, 2015
Assalamualaikum..

Aku rasa malam tadi aku tidow nyenyak gila. Aku pergi makan, balik makan cam dalam kul 12 cmtuh, aku cuci muka cuci kaki, aku terus naik tilam, baring elok-elok, tarik selimut aku cm terus terlelap. Super sleep. Tak tau mimpi apa. Lena sangat!

Pastu tadi bangun-bangun pagi tadi, aku terus masak breakfast tau. 4 biji telur aku ngap sorang. Aku bajet untuk akak aku sekali, sekali dia sakit tekak nak demam, dia makan sesudu je, yang lain-lain aku ngap sorang-sorang. Ehm diet konon! Kenyang. Tapi tu untuk breakfast. Masa dah kul 10.30am, aku belum masak apa-apa untuk lunch. Aku ni bab-bab masak kantoi sikit, puaslah google. Tengok resepi mana yang simple tapi boleh diet. Google google google, letak tab atas peti sejuk, aku decide nak masak ayam nugget. Ikut resepi tu rebus dulu ayam, aku pun dengan bangganya seketul ayam aku rebus. Hahaha. Bila dah siap rebus, aku sediakan bawang cili bagai-bagai semua. Masa dah suntuk ni, aku nak pergi kerja dah. Last-last nugget ayam aku jadi ayam goreng je versi pizza. Kemana ntah nugget ayam aku. Hahaha. Lantaklah asalkan sedap dan sihat dan boleh diet dan aku boleh kurus. Hik~

Kawan depan aku ni doklah ajak aku shopping. Ahh duit takde, takdenya aku nak shopping. Tapi aku dah berangan dah cm nak pakai instant shawl. Tapi kawan aku cakap mahal. Dalam RM50 cmtu. What?! What?! Baik aku beli tudung RM5 tuh. Hahaha. Tapi aku ni kalau pakai shawl, jawabnya pakai sekali pastu simpan sampai berhabuk. Baik aku pakai bawal murah tu, berkali-kali pakai. Bukak sebab apa, muka aku tak sesuai pakai shawl. Tapi instant shawl tu cm best je.

Semalam aku kena ot 2 jam, aku nak nangis dah. Sebab bila tengok jam kul 5 tapi kerja berlambak-lambak lagi memang ko kena balik lambatla jawabnya. Hari jumaat pulak. Hujan pulak. Memang jem melekat gila babeng punya. Aku decide nak lalu Ampang. Ok baru kuar office dah jem, sampai Ampang lagilah jem. Aku sabar lagi. Pastu dalam setengah jam, aku dapat kuar dari jem tu, aku pun speed lah. Aku pantang betul lampu kereta belakang beam tinggi, silau tau tak! Aku anti betul sebab aku ni rabun silau. Dia macam follow belakang aku, aku bagi dia potong kereta aku, pastu aku terus masuk balik belakang dia, aku pulak naik lampu tinggi. Padan muka ko. Tapi tak lama, dalam 10 saat je. Tapi orang tak faham bahasa. Dia wat dek jek. Dia makin laju ke depan. 

Aku pun speed la jugak, tengah aku speed-speed, OMG ada eksiden cun-cun kt selekoh, aku terus tekan break, memang dah jejak dinding belakang tu, kereta aku siap menggelongsor ke depan. Aku rasa dalam sejengkal je jarak kereta aku dengan kereta eksiden tu. Memang sikit lagi nak bercium, kereta diorang dahlah memang eksiden tambah aku plak langgar kereta diorang. Alhamdulillah tak jadi ape-ape. Lega. Aku rasa kereta semua tengok aku. Yelah, speed-speed pastu break emergency plk. Gilalah. Bila dah macam tu, aku takut dah nak speed tak tentu pasal pastu nk follow belakang kereta dekat-dekat lagi. Tapi aku masih berangan nak tukar kereta baru akan-akan-akan datang yang tak pasti. Hehehe


Tak sabar nak balik kampong minggu depan. Jumpa mak ayah aku. Rindu sangat kt diorang. Akak aku pagi-pagi dah wasap kt family group, dia odw ke Bandung. Dalam sejam lebih cmtu, dia cakap dah sampai. Best nye. Aku nk order ape pun tak tau. Cam best kalau order telekung tenun-tenun tu kan wat hantaran. Chewah. Malam kang nak wasap tanya apa yang best kat sana. Huhuhu. Kang kalau best, aku order lah. Bukan selalu pun kan. 

Nak tengok kucing aku nama boro tak. Kucing paling baik sekali kt dunia. Dia yang paling tak buat sepah kt rumah. Tidow baik-baik je. Aku sayang sangat kt Boro aku.


Hujung miggu aku kt office. Mengular. Hahaha.

bye!
eimanhikmah

2 comments:

Ezy Loy said...

fuhh.. nasi baik xcium bontot kete dpn..
ati2 mandu ye!

mr boroboro said...

ha a takut kitew, pastu tobat dah taknak drive laju2..terima kasih Cik Ezy Loy