Friday, February 13, 2015

248 Al-fatihah...

Friday, February 13, 2015
Assalamualaikum…

Semalam masa nak tidow, kakak aku bagitau yang Murshidul Am Pas, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (10 January 1931 – 12 February 2015) telah meninggal dunia lebih kurang sejam lebih dia keluar dari hospital. Tapi dia cakap, berita ni tau dari Twitter. Ye lah Twitter ni aku tak percaya sangat. Diorang ni memandai-mandai je. Aku pun terus tidow. Tak baca Al-Fatehah pun. Tapi sebelum tu, masa antara solat Maghrib dengan Isyak, aku sempatlah baca surah Yaasin. Aku sedekahkan untuk umat Islam yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.


Pastu bila kerja, aku dengar radio, DJ AG dan DJ Fizie, bagitau yang Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat memang betul-betul meninggal. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Aku terus sedekah Al-Fatihah.


Bila dengar DJ cm sedih, aku pun cam sedih. Takde kenangan pun dengan arwah tapi dulu, masa remaja-remaja, ada lah beraya AidilFitri kat Kelantan, rumah nenek aku kat sana, orang-orang lelaki semua pergi solat raya. Aku tak pergilah. Hehe. Abg ipar dengan ayah aku gembira gila dapat salam dengan arwah. Diorang kata, wangi je. Tu je la aku ingat.



Pastu berita pengulas sukan Malaysia, Datuk Hasbullah Awang meninggal. Beliau meninggal dalam tengahari semalam. Ni berita aku tau dari facebook, facebook Berita Harian. Yang aku ingat pasal arwah, masa dia jadi pengulas Le Tour de Langkawi, dia selalu lah sebut nama pemain basikal tu, sampai la aku kenal pemain basikal tu, sampailah aku LTDL tu datang Pontian, aku sanggup ponteng sekolah, pastu pergi event LTDL tu, pastu aku dengan kakak aku, berlari-lari menentang arus orang ramai cari pemain basikal tu. Dapatlah bergambar-gambar dengan pemain basikal tu. Tapi sekarang aku lupa dah nama pemain basikal tu. Hahaha. Hampeh tol aku.


Al-fatihah untuk kedua-duanya. Amin. Sekarang kat Awani 501 tengah menyiarkan pengkebumian Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Semoga kedua-duanya dicucuri rahmat.





 bye!
eimanhikmah

No comments: