Wednesday, February 11, 2015

247 Membibikkan diri dihari cuti

Wednesday, February 11, 2015
Assalamualaikum semua!



Hari ni lambat sikit update blog. Hehehe. Sekarang dah free, dah golek-golek depan tv. Hari ni bukak laptop uoll. Aku ni sangat-sangat la jarang bukak laptop, malas. Kadang-kadang update blog pakai tab je. Gigih sangat. Ni tengah update sambil baring. Kahkahkah. 



Hari ni cuti, apa lagi nak buat, membibik la aku. Akak aku kerja. Tinggallah aku sorang-sorang kat rumah. Takde benda lain nak buat. Celik-celik mata, aku dah tengok sinki dah penuh pinggan kotor. Lantai berhabuk. Baju kotor bertimbun-timbun. Aku jugak cakap kat akak aku, biar je la pinggan-pinggan kotor dalam sinki, esok cuti esok je basuh. Hahaha. Stok baju kotor tu memang sengaja dikumpul-kumpulkan. Bila dah siap basuh, penuh ampaian. Amekkk kawwww!



Dalam aku membibik sorang-sorang tadi, sempat jugakkan lah aku layan wasap dengan kakak-kakak aku yang lain. Borak-borak. Jual-jual kerepek. Sebab kakak aku yang sulong tu bisnes kerepek pisang tanduk. Sedap woooo.

Aku kerja melibatkan orang. Kadang-kadang deal dengan orang tak berapa kaya, kadang-kadang dengan orang kaya. Bila aku bercakap dengan orang kaya, almost 70% tu mesti poyo berlagak! Tak pernah la nak cakap elok-elok, baik-baik. Pastu diorang mesti la persoalkan procedure kerja aku, pastu suka-suka hati suh aku follow prosedure dia sendiri. Teruknya perangai. Sabar je lah. Tapi bila fikir balik, lantak lah. Yang penting aku buat kerja aku betul-betul. Hujung bulan aku dapat gaji dan enjoy!


Tak sabar nak balik kampung minggu depan. Jumpa mak ayah. Hari tu mak bagitau ayah tak berapa sihat. Muntah-muntah. Tapi dah bawak pergi klinik, dan dia ok dah sekarang. Lega hati kite. Ayah aku dah umur 64tahun. Dah tua sangat, tapi dia ni tak retti duk diam. Pagi-pagi nak pergi kebun. Kang petang-petang dia pergi jeti pulak jaga ferry. Tapi dah tu dia suka, kitorang adik beradik takleh nak cakap ape dah. Asalkan dia sihat dan tak sakit-sakit pun dah kira ok. Mak aku maintain je. Badan fit je. Bab jaga makan, perfect. Anak-anak dia je gemuk makan tak ingat dunia. Bila dah gemuk baru, baru sibuk nak diet bagai. Aku la tu! Hiks~~


Hari ni first day aku diet. Breakfast telur rebus 2 biji. Pastu lunch aku masak sup ayam makan dengan timun jepun dengan salad. Tak kena sangat menu tapi hentam sajalah. Hahaha. Sekarang lapar, tapi aku kena kuat semangat. Cuma aku fikir, camner aku nak makan masa balik kampung nanti. Confirm mak aku masak sedap-sedap. Uwaaaa nak makan jugak. Mana boleh tahan. Huhuhu. Pastu plan nak buat BBQ tu, aku rasa time tu takde masalah. Confirm BBQ ayam kan, aku suka je kalau makan ayam. 24 jam makan, lama-lama jadi ayam. 




Ok lah panjang melebar dah aku membebel. chow cin cau



Bye! 
eimanhikmah


No comments: