Tuesday, February 10, 2015

246 Aku gemuk gila!

Tuesday, February 10, 2015
Assalamualaikum!

Hari ni bangun pagi, kaki cramp giler. Aduhai. Tu la tidow lagi sejuk-sejuk, pastu kipas nak pasang sampai 2! Pastu kaki cramp, menjerit la kau. Menjerit dalam hati je, kang kalau menjerit kuat-kuat, terkejut pulak kakak aku dalam toilet. Hehehehe. Tahan je lah, kaki cramp kejap je kot. Lagipun kaki kiri, kan drive kaki kanan. Sampai office, kaki sakit lagi sikit-sikit, tapi dah pekena kuey tiaw. Tiaw terus rasa sakit tu.

Hari ni pergi kerja, jalan cam ok sikit. Sampai office kul 7. Jumpa plak member, terajak dia pergi café, alaaa terbeli pulak kuey tiaw. Pagi-pagi dah makan berat. Kawan-kawan aku sekarang tengah diet Atkins. Diorang ajak sekali, tapi aku ni lemah semangat, ikut sangat kata keinginan perut. Perut kata nak makan kuey tiaw, aku turutkan. Nak makan pisang goring cheese, aku turutkan. Nak makan nasi banyak-banyak, tambah sampai 2 3 kali. Uwaaaaa. Ko sedar tak, ko dh gemuk! Perut berlipat-lipat cam sumo. Abg dh kutuk-kutuk aku, gemuk gedempol. Dia cakap, duit sentiasa tak cukup, tapi badan naik jugak. Duit tak cukup, tapi makan terlebih cukup plk. Haha. Padan muka aku.

Kawan aku promote diet Atkins. So far, dia dah diet Atkins ni 6 hari tapi dah turun 4kg. Hebatkan. Aku yang dengar pun excited. Dia yang turun berat badan pun lagilah semangat. Aku ni bila nak start. Diet Atkins ni rules dia senang je, no karbo no gula. Aku ni hantu ayam, aku rasa cam boleh. Bila isi ayam yang boneless tu. Ko goreng or rebus or bakar je lah. Pastu sayur-sayur hijau tu rebus or wat sup. Simple! Tapi nafsu, iman,godaan kena kuat lah. Jangan terpedaya. Akak aku godaan terkuat. Dia masak hari-hari, pastu goda aku untuk makan masakan dia. Habis lah.

Insyaallah, aku cuba untuk diet Atkins ni. Perut aku ni melampau-lampau gemuknya. Sampai sendat seluar pastu rasa panas je kat bahagian lipatan tu sebab berpeluh. Sedih aku. Allah nak uji aku, dia bagi aku gemuk awal-awal supaya aku jaga makan lepas ni. Makan beringat-ingat. Jangan kerja makan cam dah takde hari esok. Allah nak bagi aku pakai aku cantik-cantik nanti. Nak-nak baju kahwin nanti. Hiks~~

Ok diet! Untuk sihat untuk cantik. Chaiyok chaiyok.




Ni la perasaan aku, aku rasa badan aku cam ok-ok, chubby sikit-sikit je, padahal aku dah siksa badan aku. Pakai suar yang aku rasa longgar tapi sebenarnya siksa kat perut aku. Aku rasa aku tak gemuk sangat tapi bila jalan sikit aku dah semput. Baru round satu MR.DiY dah semput semacam. Tu pun belum kalau aku berangan nak melancong jauh-jauh. Kihkihkih..

Ok lah, sampai sini saja.

Bye!
eimanhikmah


No comments: