Monday, February 9, 2015

245 Selamat Pagi Isnin

Monday, February 9, 2015
Assalamualaikum..


Hari ni hari isnin, aduh liat betul nak bangun tapi haip haip kne solat subuh tau, bangun jgk la pelan-pelan, tunggu turn nak mandi . Bangun-bangun, mandi-mandi, siap-siap,doa-doa dulu depan pintu past terus pergi kerja.


Dalam hati selalu beringat, aku taknak kutuk orang bila kt atas jalan raya, tapi terkeluar jugak perkataan-perkataan macam ‘bongok betul’, ‘eh bagilah jalan’, laju la sikit drive tu’, ‘woi signal mana!!’. Mana taknya, ada jugak driver yang ‘berhemah’ sangat bila kat atas jalan. 


Ada yang tak tentu arah, jap nk kanan, jap nk kiri. Dah la tu pulak, tak reti pulak nak bagi signal, pastu suka-suka hati nak masuk lane kiri or lane kanan. Kang berlanggar, bising pulak. Lagi satu hal, wat tambah jem. Aku tak kisah kalau korang nak bertekak kat situ, tapi aku lambat masuk kerja, aku malas nak bertekak dengan bos aku pulak.

Macam pagi tadi, aku nampak satu kereta myvi, dari flyover bulatan tu, dia jap kiri jap kanan. Rileks la, hari isnin memang jem lain macam sikit. Aku punya style, bila turun dari bulatan, aku terus pelan-pelan masuk lane tengah pastu duk diam-diam kat situ je. 



Aku bukanlah driver yang baik or berhemah sangat. Tapi aku sentiasa tetapkan lane mana yang patut aku guna. Aku selalu guna lane tengah-tengah, dan aku pastikan speed aku pun sesuai. Dalam 60-80km/jam kalau kereta banyak. Kalau memang lengang, ko speed la selaju mana pun asalkan ko tak kena saman. Setakat ni tak pernah kena saman lagi. Pernah kena saman parking je. Hahaha
 




Bye!
eimanhikmah


2 comments:

Ezy Loy said...

semoga dimurahkan rezeki..
;)

mr boroboro said...

terima kasih Cik Ezy Loy =)