Sunday, February 8, 2015

244 Lama tak update blog

Sunday, February 8, 2015

Assalamualaikum..


Perghhh lama gila tak update blog ni.

Dekat 10bulan kot tak update.
Last cerita masa main go-kart dulu-dulu.
Tu awal tahun lepas okay.
Walaupun sebenarnya takde orang baca blog ni.
Lantak lah!
Konon-konon untuk bacaan sendiri.
Sebenarnya banyak benda nak cerita, banyak jugak benda yang berlaku tahun-tahun lepas.
Nak kata takde komputer, naik berhabuk komputer atas meja.
Nak kata takde laptop, siap laptop dah kena curi tahun lepas, pastu siap dah ada Macbook Pro pun malas gila nak on.
Nak kata takde tab, sampai nak kena beli baru dah sebab aku rasa tab Samsung aku dah old fashion.
Pastu handphone pun cam up to date, tapi malas jugak.
Interner wifi on setiap waktu.
Siap karoke kt smart tv pastu sampai kuota wifi aku habis gitu je..
Hehehe..





Ni la sebab aku lebih suka golek-golek depan TV layan Astro je. Heaven!

Aku tak faham kenapa orang lain rasa Astro tu bosan. Biasa la weh cerita ulang-ulang. Dia saje nak bagi korang hafal skrip movie tu.



Pastu kat rumah aku masak-masak, pastu makan sendiri. Badan pun makin bulat. Baju pun makin ketat. Lebih kepada akak aku yang suka masak, dia masak-masak, pastu dia taknak makan, pastu suh aku habiskan. Aku balik kerja, dia suh makan dulu. Awal-awal dh sms, jangan makan kat luar, aku dah masak dia cakap. Terpaksa makan. Pastu sendiri merungut badan dh gemok yang sediakala dh gemok.



Time aku taip blog ni, dalam kepala ni terfikir, eh banyak nya berlaku tahun lepas. Abang aku kawen, mak dengan kakak-kakak dengan abang aku pergi umrah. Aku satu family pergi jalan-jalan Penang. Aku pergi balik Ipoh dengan Kuantan dalam satu hari. Giler banyak. Tapi malas nak bukak cerita lama. Aku nak cerita benda baru je.



Semalam aku pergi makan, pastu dia ajak pergi uptown Gombak. Mula-mula dia tanya, kenapa taknak naik kereta je. Aku cakap malas lah sebab kalau bawak kereta, aku yang kena drive. Hahaha. Jadi awal-awal, aku sms dia cakap naik motow je la. Then pergi lah makan dulu, pastu dia ajak pergi downtown tu, jem hokkayyy kat area kuil Batu Caves tu. Nasib baik naik motow, kalau tak, aku rasa sama-sama aku pergi panjat tangga kt Batu Caves tu. Tengah malam bila baru turun. Hahaha. Meriah rupanya kalau diorang sambut Thaipusam, ada jual-jual jugak. 


Cuma kalau kita raya, jual-jual tu sebelum raya, hari raya takde jual-jual dah. Kalau Thaipusam, dah lepas Thaipusam, pun masih ada jual-jual. Semalam nampak ada jual baju, kain, bantal, barang perhiasan, gelang pastu barang-barang sembahyang diorang la kot. Bau kat situ dah macam apa dh, semua bau ada. Selit sana, selit sini, dua-dua pun gemok, aku kena tegakkan badan supaya motow stabil, pastu tangan aku terangkat ke atas, sikit-sikit aku depangkan tangan, sebab aku takut kereta sondol motow kitorang. Mesti bengang kereta-kereta kt situ. Biar, janji aku selamat tak kena sondol.


Aku dah berapa hari ni, termengidam nak makan apam balik. Sedap nya. Jenis apam balik yang gebu-gebu bak aku tu. Yang inti kacang tu siap leleh tu. Selalu apam balik ni ada jual kat pasar lambak je. Aku dh berapa kali rabu, asyik kerja shift malam, balik kul 10 malam tu ko nampak sampah-sampah je la kat tapak pasar lambak tu. Damn! Kempunan. Minggu ni, kot-kot cuti rabu dan rajin, boleh la kot pergi. Nak pergi sorang, aku? Hampeh.



Aku takdelah nak amik internet unlimited kuota, kosser sgt.
Aku pakai cukup-cukup aku. Tapi bila over pakai, menganga la ko bila takde internet. Padan muka aku.



Tengah kerja ni, hari ahad selalunya takde kedai makan bukak, tapi sebenarnya kedai makan bukak ke tak bukak ke, aku hari-hari bawak bekal pergi kerja. Hari ni, aku bawak sambal sotong. Aku dah la tak breakfast,lapar nya. Terngiang-ngiang sambal sotong bawah meja ni, laparrrrrrrr. Cepatlah kul 2.



                                                 

pergghh dia punya tu wat aku tergoda..arrghhhhh


Eh banyak pulak aku taip, kotnye tengah idle ni. Kerja tak banyak la katakan. Kadang-kadang bila time free cmni, aku rajin la baca blog orang. Silent reader jek, sebab blog sendiri tak update kan. Aku tengok orang lain, best nye berjalan overseas. Aku dah lama gila tak pergi overseas. Passport dah lama mati, ntah zaman bila nk renew pun tak tahu sebab kalau renew pun nak pergi mana. Passport yang ada pun aku cop 2 kali je kot, pastu mati cmtu je. Hujung tahun kang, akak aku ajak pergi China. Tiket murah.Yang penting tiket murah. Hahaha. Senang pakai pakej je. Orang lain settlekan untuk kita. Aku on je. InsyaAllah. Bila dah kerja ni, kita kena ada perkara yang mendorong kepada kegembiraan. Kalau orang lain takleh bagi kegembiraan, kita gembirakan diri sendiri. Biar berhabis duit. Walaupun sebenarnya, belum tengah bulan duit aku dah habis. Haha.

Ok lah. Nak sambung wat kerja pastu aku nak baca blog orang lain.


Bye!
eimanhikmah

No comments: