Thursday, March 20, 2014

242 Cara-cara menjadi customer yang bagus

Thursday, March 20, 2014
Assalamualaikum

Saya nak cerita sikit,saya kerja as customer service. Alaaa yang jawab call tu. Kalau customer duk maki-maki,telinga ni jugak la yang duk mendengar. Sampai tak kuasa nak layan. Hehe. Aku dalam hati gelak jek. Ada aku kisah.
Kalau nak explain pasal prosedure kerja ni mcm takpayah la kot. Korang takkan faham. Seriously,sebab kalau bagitau macam lah nak dengor.
Cuma rasa macam nak bagita,rules yang korang perlu tahu sebelum mengsubcribe sesuatu produk.


1) Kenali produk yang kita nak subcribe.

Google lah! Sekarang ni macam-macam ada,korang taip je. Mesti ada sesuatu mengenai produk tu. Pro n cons. Ni tak,bila dh subcribe,kompken itu ini. Korang tau tak apa produk korang amik? Sesuai ke dengan jiwa raga? Sebab sesetengah customer,bengong! Ingat benda tu baik,sebenarnya tak baik. Ingatkan sesuai,rupanya tak sesuai. Ingatkan murah,rupanya mahal! Pastu terjerit-jerit macam orang gile. Serius korang nampak bodoh kt situ.


2) Terms & condition

Fahamkan terms & condition ataupun pendeknya tnc. Kalau customer servis tu bagitau pasal tnc tu silalah dengor betul-betul. Ni tidak,dengar main-main pastu tak habis contract,dh sibuk-sibuk nak tutup or potong account. Apelagi,time ni lah boleh gaduh-gaduh dengan customer which is i like it! Hahaha. Aku mute pastu aku gelak.



3) Tak payal call banyak-banyak kali.


Katakan lah kalau account korang kena potong,pastu call untuk penyambungan. Kalau boleh sambung,of course lah boleh sambung. Kalau kitorang cakap tak boleh,means tak boleh lahhhhh! Aduh tak faham bahasa tol! Ni tak call banyak kali,try luck kot2 boleh sambung. Takkan boleh la until payment masuk cik abg cik akak cik adik oiiii..

4) Duit


Saya tau korang cari duit. Saya pun. Kerja siang malam,sb shift..hehe. Penat wooo carik duit. Mestilah korang berkira pasal duit kan. Kalau tak mampu,kenapa subcribe benda mahal. Tengok macam saya, free. Ape yang free,rahsia! Hehe

5) Tanggungjawab


Ada pernah customer call,cakap 'tolong la sambung account saya,anak saya dh nanges tu nak tengok tv'. Hello ni bukan tanggungjawab kitorang anak korang nangis. Hehehe. Korang kerja,ada gaji,ada duit,ada tanggungjawab. Adalah menjadi tanggungjawab korang pasal bil korang. Tengok due date,pastikan payment prompt. Tak kiralah due date awal bulan,tengah bulan,akhir bulan ke,tanggungjawab la tu. Bayar lahhhh!



Ada banyak lagi sebenarnya,tapi ni je la dulu. Letih la taip kt tab. Hehe. Sambil-sambil taip,sambil tu makan nasi n sup ayam. Kenyang. Alhamdulillah.



Assalamualaikum.

No comments: