Wednesday, August 1, 2012

227 My Mr.Marlboro

Wednesday, August 1, 2012
Assalamualaikum semua! 

Dah kul 6 lebih ni..kita dah siap-siap masak dah. hehe



Kari ikan u olll. First time masak kari ikan tu tau. Gigih pergi Giant pergi cari bahan nak masak.

Kalau masak bahan takleh nak sikit-sikit. Lengkap semua. Walaupun tengok resepi dan resepi kata letak terung,beli jugak terung. Walaupun dalam resepi kata optional. Hehehe. Cuma tak tau apa rasa la. Kan puasa. Kita kalau merasa tu takleh hujung-hujung sudu. Kena merasa sesenduk. Haha. Kang merasa sesenduk batal pulak pulak puasa.


Ok tu kisah masak hari ni. Sebenarnya nak cerita pasal my Mr. Marlboro. Saya panggil dia Boro jek. Boro ni kucing la. Dah pandai bela kucing sekarang. Dulu takut kucing. Sekarang siap tidow dengan Boro tu lagi. Boro ni jantan tapi manja ya amat sangat. Tidow mesti kat lengan je. Kalau terlebih ngada-ngada tidow kat leher tau. Hehe. Ni tengah menaip cerita pasal dia pun dia tengah tidow kat atas bantal tu haa. Hehe


Nak tau camner boleh terbela Boro ni??


Mula-mula camni, suatu hari pergi Low Yatt naik LRT kt Sentul Timur. Balik dari Low Yatt tu, kt Stesen Sentul Timur terjumpa la Boro ni meow meow bawah motor. Ingatkan kaki dia patah sebab kena langgar motor. Pastu aku pun angkat lah Boro ni tengok betul ke kaki dia patah kan. Rupa-rupanya tak patah pun. Aku tak suka kucing. Masuk kan dalam plastik pastu bawa balik rumah. Hehehe


Sampai rumah, mandikan dia pastu bagi makan. Masa tu Boro tu kecik je badan dia. Kurus! 
Kitorang pergi 7e cari kotak. Budak kt 7e tu bagi kotak rokok jenama Marlboro! Hahaha. Tu yang terus namakan kucing tu Marlboro dan nama panggilan dia Boro! Hehe


Tapi kucing duduk dalam kotak tu dia terlepas la. Pandai dia menyelinap keluar. Malam kedua keluar lagi pergi cari kotak besar lagi. Kita buatkan tingkap. Pastu esok dia boleh keluar jugak lalu tingkap. Takleh jadi ni, hari ketiga tu kita terus pergi beli sangkar kucing tu. Takpe berhabis sikit janji tak susah sangat nak jaga kan. Letak semua dalam rumah dia, so dia ok la.


Sekarang kalau panggil Boro dia dah pandai menyahut. Meow meow. Sekarang ni Boro la teman saya kat rumah. Sebelum pergi kerja, saya pastikan yang saya dah bagi Boro makan dan bersihkan rumah dia. Balik kerja pun saya bagi Boro makan lagi. Kalau nak main dengan Boro, saya pastikan saya mandikan dia. Paling tak pun cuci bontot,kaki & tangan Boro. Baru boleh main kt ruang tamu rumah. 

Cuma kesian kalau saya pergi kerja, memang saya kurung dia dalam rumah dia. Cam hari ni cuti, saya lepaskan dia. Boleh la dia lari-lari. Tapi sekarang perut dah bobok, Boro cam dah malas nak lari. Dia kuat tidow! Dulu kalau saya baling bola pingpong tu berebut nak kejar. Sekarang pandang sebelah mata jek! Haha. Dah sombong dah. Ye lah kucing makan makanan dalam tin, poyo sikit! Kekekeke











nampak muka Boro cam luka sikit kan. Dia la suka sondol-sondol rumah dia sampai luka muka dia. Tapi sekarang dah baik dah. Kita sapu minyak gamat. 


sekarang Boro dah jadi kesayangan saya! Setiap masa dengan Boro jek. Kalau nak bercakap pun dengan Boro jek. Peluk cium kat Boro jek. Sejak ada Boro ni kita rasa tenang sikit. Apa-apa hal mesti dengan Boro. Orang sekeliling tu memang tak hirau dah. Hari tu beli makanan untuk Boro 10 tin terus. Senang. Maknanya stok makanan untuk Boro tak terputus la. Boro dah macam bf saya. Hehe.


Manja budak Boro ni. Kalau kita mandi,dia duduk jek kt depan bilik air. Paling tak pun dia duduk kt dapur. Kalau saya keluar bilik air,dia berlari-lari nak masuk bilik jugak. Comel kan?

Boro la penghibur lara hati saya. Hehe


p/s Boro saya warna oren. Tulisan pun warna oren! =p