Sunday, July 29, 2012

225 Ramadan Mubarak

Sunday, July 29, 2012
Assalamualaikum semua..MyEm0.ComMyEm0.Com

Alahai lamanya tak bukak blog apatah lagi nak menaip kan. Serius takde masa. Mana taknye, kerja hari-hari keluar rumah pagi-pagi buta. Balik rumah dah dekat malam,dengan penatnya lagi. Huhuhu..MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com




Kesian kt blog sendiri sebab tak berupdate. Empunya blog ni ada macam-macam cerita nak cerita tapi tak tercerita sampai lupa apa benda nak diceritakan. Hehe.



Sampaikan nak wish Selamat Berpuasa pun tak buat kan. Hehe. Sorry la ek.



Sekarang dah busy dengan kerja baru. Kerja baru yang mencabar minda dan jugak badan! Ulang alik pergi KL yang 'jauh' disebabkan jem! Menyampah tapi nak buat cmner. Hadapi jugak lah!


Nasib ada kesayangan-kesayangan yang selalu menemani setiap masa. Hehe. Kesayangan lama tetap ada pastu dah ada kesayangan baru pulak. Manja nak mampuih! Orang pergi mandi pun ikut! Hahaha. Apa benda tu nanti la reveal. Hehe. Sebab malas nak transfer gambar dari kamera pergi laptop. Hehe..MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com




Camner puasa sekarang? Ok tak? Saya ok jek. Cuma sekarang bibir dah kering semacam pastu tekak selalu kering. Nama pun puasa kan. Tapi kalau dah lepas buka puasa pun memang kurang minum air. Adalah minum setengah botol which means setengah liter (tak sampai kot) pastu terus tidow. Kalau sahur tu pun kalau tersedar,kalau tak memang tak sahur. Tengok kencing pun color kuning! Hahaha. Memang tak baik untuk kesihatan ye kawan-kawan. Cuaca panas pastu minum air kurang pulak kan. Memang padan muka! Padan muka kt diri sendiri! =p




Tadi plan nak berbuka puasa kt luar. Keluar rumah pun lambat-lambat, pastu tengok semua kedai makan semua penuh! Buka puasa makan ais krim Mcd dulu! Makan kt tepi jalan! Hahaha. Lepas tengok semua orang dah mcm dah balik baru serbu kedai makan. Makan nasi dengan ayam black pepper tapi sekarang macam lapar balik, teringat sardin dalam peti sejuk. Pergi panaskan makan dengan nasi best jugak. Tapi tak buat lagi nih. Tunggu jap lagi lah. (Kalau rajin!) huahuahua



Sekarang baru seminggu puasa tapi kedai-kedai baju semua dah jual baju raya siap pasang lagu raya. Sayu siot sebab ada kisah dengan lagu raya tuh. Tu pun nanti baru nak reveal. Hehhe. Sekarang semua rahsia. =p MyEm0.Com
MyEm0.ComMyEm0.Com



Sekarang ni musim orang kawen la. Alaa sebenarnya pun musim orang kawen ke tunang ke. Sekarang ni orang nak kawen ke tunang ke anytime jek. Jeles siot! Doakan saya ek. Saya nak bahagia macam orang lain jugak! Doakan saya boleh bahagia macam orang tanpa ada halangan eh. Amin.



Amboi dah panjang melebar nih! Banyak pulak yang nak ditaipkan. Hehehe. Nanti sok lusa tulat ke minggu depan update lagi la blog nih! Hehe



Jumpa lagi di next entry!

Jangan lupa niat puasa!

Selamat Berpuasa Semua!






No comments: