Thursday, May 24, 2012

222 Bela ikan ke bela kucing ehhh

Thursday, May 24, 2012
Assalamualaikum...



sekarang ni banyak sangat masa terluang. sebab takde kerja dan kerja pun takde. nak cari benda yang boleh kita luangkan masa bersama dan habiskan masa bersama. hehe


sejak dua menjak ni asyik takde kerja sangat. ingat tak rasa bersalah ke kalau cabut dari office awal-awal. bukan suka-suka hati tau kita cabut dari office tu tapi keadaan memaksa. hehe. seriously kita cakap orang kat office tu tak layan pun kitorang kt office tu. even kita OJT je pun kan, tapi diorang pandang lain macam je. siap halau kita dari bilik mesyuarat. kitorang memang lepak bilik mesyuarat je hari2. mana lagi nak lepak kan. situ je la segala-galanya. 


rasa macam nak bela pet la. sekarang ni dah berani pegang kucing. geletek-geletek bawah leher kucing, pastu kucing tu naik-naikkan kepala, rasa macam dia comel sangat je. pastu dia duduk kaki bengkok ke depan, alahai comel sangat! terfikir nak beli kucing jek. kalau dengan kucing boleh la peluk-peluk. tapi kita cam tak berani la sebab bulu kucing tu boleh terbang-terbang pastu masuk dalam hidung. hukhukhuk


second choice nak bela ikan. kalau bela ikan boleh letak dalam akuarium je la. eh memang la ikan dalam akuarium je kan. hehe. paling tak boleh tengok dia berenang-berenang jek kan. orang kata tengok ikan berenang-berenang, kita boleh rasa calm and dapat release tension. kadang-kadang pergi selayang mall, selalu gak tengok kedai pet yang jual ikan. ikan bukan mahal pun. affordable lah. boleh beli ni. konon-konon cam hobi baru la..uwekkkk. hehe


hehehe. hati cam tengah bersuka riang menunggu time yang sesuai nak buat semua tu.


eh tadi tengok facebook member and tengok cover photo dia anak arnab. wah cute nyeee. tapi masalah nak bela haiwan2 gini berbau satu rumah nanti. masalah tu especially saya yang tak suka bau-bauan menusuk kalbu. satu kerja pulak nak kerjakan semua tu hari2 kan. huhuhu

tak janji tapi cam nak sangat tapi tengok keadaan dulu cmner..

InsyaAllah...


kalau kucing comel macam ni siapa tak tergoda kan! hehe

ikan ni ikan laga. cantik kalau ada lampu atas dia tau!



2 comments:

mama leen said...

hye yang.. takdak tmpat folo la.. nanti i folo ok..

miss shizakiena said...

ada kak..kt bawah entry..hehe..nti folo la.,=)