Thursday, May 24, 2012

221 Ragut dan kereta kena tembak

Thursday, May 24, 2012
Assalamualaikum... Hai u all!!


Sebenarnya cerita ni dah 2 hari lepas. Nak cerita awal-awal tapi cam takde mood nak cerita. Kejadian tu hari Selasa. Hari ni hari Khamis kan. Jadi 2 hari lepas lah. 


Hari tu semangat-semangat pergi office tapi takde kerja nak buat.  Selalu buat kerja kat luar tapi minggu ni memang takde kerja. Bos pun takde. Tengok kiri kanan, jalan slow2 pastu chowww la kan. Nak buat apa kat office tu kan, nak online pun takleh,laptop tak bawak,pc kt office ada orang guna. Hehe. Alasan nak cabut je tu. Haha


Alang-alang dah balik awal tu, saja la ajak housemate pergi riki jalan ke Taman Melati sebab nak tengok LRT kt situ. Tengah syok2 drive tiba-tiba ada orang lari2 pastu dia lintas jalan depan kereta kita drive. Terkejut sehhh. Ada orang jerit-jerit 'peragut2'. Kalau tau dia tu peragut. Kita langgar je dia kan. Tapi dia lari laju. Kalau kita langgar dia mesti kita kena pergi balas polis pulak jadi saksi. Hehe


Terus je tekan kunci pintu and naikkan tingkap. Cuak beb. Jadi depan mata pulak. Malam tu pergi 7E, tanya member kerja situ cakap peragut tu ragut rantai leher abang roti. Apa laaaaa pergi ragut rantai orang lelaki, kena kejar pastu kena belasah. Padan muka! Nasib la kan. Salah sendiri.


Masa drive ke Taman Melati tu, nak naik MRR2, nampak kereta kena tembak pulak tepi jalan. Ingatkan kereta langgar divider jalan je. Tapi rupanya kereta kena tembak. Cuak lagi sekali. Macam2 jadi dalam sehari. Dub dab dub dab lagi time drive. Ntah apa kes pulak tu kan. Dadah? Ragut? Rompak? Selisih manusia sekarang kan. =(


Kita dah tak selamat duduk kt negara sendiri. Takut woooo.


Peringatan kepada diri sendiri. Selalu berhati-hati dan jaga keselamatan diri. Nasib baik selalu keluar dengan kesayangan saya. Jadi dia lah jaga saya. Hehe







Hari ni kita puasa. Nak buka puasa kt luar lah! Dalam kepala dah ada nasi + ayam masak kicap. Sedap nyeeee. Hehe



Belum kul 1 wehhh. Lama lagi nak buka puasa ni. Berangan nak makan apa dah ada dalam kepala. Haha





salam~~

No comments: