Thursday, May 17, 2012

218 Aduh rambut asyik gugur je!

Thursday, May 17, 2012
Assalamualaikum...





Salam malam jumaat..korang buat apa eh malam2 jumaat. Hehehe. Eh jangan fikir bukan2. Kita tak kawen lagi. Sila duduk diam2 saje. Duduk online dari tadi. Heh!


Padahal dah plan dari kat office tadi nak setelkan tengok movie 7 Pounds. Malam tadi dah tengok separuh. Mesti korang tak tau tu movie apa kan. Cerita zaman bila ntah. Will Smith yang berlakon. Kita tengok je kalau cerita tu best. Tengok separuh2 bukan bermakna cerita tak best. Besttt tapi ngantuk. Tapi apa kes ntah malam tadi susah gila nak lelap. Puas pusing sana sini. Last2 tidow muka ngadap kipas baru terlelap. Tu pun dah pukul 2 lebih. Dah hari ni liat betul nak bangun pergi kerja. Pergi dengan mata ngantuk gila! Haha


Hari ini buat kerja kat luar. Habis basah seluar sebab masuk segala becak lecak. Sabar je lah! Nasib baik kerja sikit je. Tengahari dah siap pastu cabut pergi office cepat2. Boleh merasa air-cond n tidow! Huahuhua..


Alaaaa nak cerita pasal rambut gugur sebenarnya. Sejak dua menjak ni rambut ni asyik gugur. Adoi. Memang tak suka sangat kalau kes rambut gugur ni. Ni kes masa balik kampung hari tu. Balik kampung nenek kt Kelantan. Masa tu tukar2 pakai syampoo. Kita pakai Sunsilk orange. Tapi masa singgah rumah abg kt Muadzam, kita pakai syampoo Sunsilk biru. Pastu sampai rumah nenek tu siang tu pakai syampoo ape ntah  sebelum minta tolong along kita pergi carikan jugak syampoo Sunsilk orange tu malam tu jugak!


Pastu balik semula Johor tu tukar2 pakai syampoo lagi. Pakai jenama Safi kot. Adoi! Start dari tu rambut lagi teruk gugur. Asal sikat je rambut, berhelai2 rambut gugur. Memang jatuh ke lantai. Kalau kutip memang cukup segenggam! Segenggam hokeey!!


Pastu balik semula KL. Rambut masih gugur until now. Huaaaa sedih sangat. Benci rambut gugur. Dah la kita ni pengemas, memang anti sikit kalau bilik sepah especially kalau nampak rambut gugur. Mesti nak kutip. 


Lepas dah 2 minggu lebih rambut masih gugur, rasa dah boleh start risau. Risau gila! Kita dah pakai syampoo Sunsilk orange + conditioner Sunsilk orange gak tapi macam tak berkesan. Dan kita memang pemakai minyak zaitun kat rambut secara tetap tiap2 kali lepas mandi. Suka pakai minyak zaitun sebab kalau pegang rambut, rambut lembut je. Hehe



Tadi ada baca petua, kalau taknak rambut gugur, pakai minyak zaitun banyak2 macam mandi minyak tu, pastu balut pakai towel berlembabkan air suam (kelakar je bunyik!). Pakai dalam 30minit and then mandi and syampoo. Rasa boleh try kot tu. Ok start sok boleh try! Hehe. Habis la stok minyak zaitun aku! Haha


Second, petua jugak. Pakai daun lidah buaya + bunga raya putih. Blend pastu bubuh kat kepala. Rasa takleh nk ikut sebab takde  daun lidah buaya tu. Lidah buaya darat banyak lah. Huahuahua!!


Third, jangan sikat rambut time rambut basah. Sikat time rambut dah kering. Tapi kena sikat dari hujung rambut dulu pastu baru dari atas ke bawah. Ni boleh ikut kot kalau2 tangan tak gatal sikat time rambut basah. I kan suka cantik2 kemas2. Mana boleh tak sikat rambut kan. Hikhikhik. Tapi kalau taknak rambut gugur, ok la kot! =)

Fourth, dah baca petua2 lain tapi takleh nak ikut. Hehe. Sebab kt mana pulak nak cari daun inai lah, daun rambutan muda lah. Kalau kat kampung ok lah! Tapi sekarang kt KL. Kes malas nak cari pun ye jugak. Hehe. Tapi hati kuat suruh follow petua yang first tu sebab benda tu semua ada depan mata. Sekarang nak buat pun boleh. *suke2 sambil melompat riang*


Harap lepas semigggu mencuba petua tu akan berhasil lah! Tak tahan tengok rambut gugur banyak. Rambutkan mahkota wanita, mana boleh hilang macam tu je! Sayang woooo..


Ehhh panjangnye entry. Rajin pulak nak taip panjang2. Hehehe.


I love u for a thousand years~~~ lalala...



Till then. See you all later...


Salam~~



ni petua nak elak sunburn. Gambar takde kena mengena dengan tajuk entry! hikhik

No comments: